Tuesday, June 29, 2010

Pemakaian

Assalamualaikum :)

Hai hello guys. SELAMAT PAGI semua. Senyuuum ^___^.

First of all, again, saya mahu kasitau you all yang kucing saya yang kiut miut macam tuan dia (Sila Tampar) masih belum beranak, sama seperti Kakak saya yang tengah pregnant tu. Masing-masing overdue. Huh. Mau dibuat pertandingan ba ni, Pertandingan SIAPA BERANAK DULU DIA MENANG. Muahaha ;D

Gambar tidak jelas. Salahkan handphone.=__=''

Okay hari ini saya tiba-tiba semangat mahu cerita pasal pakaian.

Dari segi pemakaian, keluarga saya sangat sangatlah ambil berat terutama MAK. Jarang sangat kami pakai T-Shirt kalau keluar nak jalan-jalan. Mungkin kalau saya pun pakai baju T pun, tidak lah seketat orang lain pakai sampai nampak body yang kononnya lawa padahal nampak tayar-tayar terkeluar, tidaklah berlengan pendek seperti orang lain pakai sampai nampak bulu ketiak, tidak lah pendek seperti orang lain yang nak sangat kasi tunjuk punggung dorang yang kononnya montok dan tidaklah senipis seperti orang lain yang nak tunjukkan warna bra dorang masing-masing.

Kedua-dua kakak saya sentiasa memakai baju kurung setiap kali mereka keluar dari rumah. Saya pula, jenis orang yang pakai baju punjabi atau baju yang labuh tutup punggung.Bukan lah saya tidak suka memakai baju kurung, cuma lebih selesa dengan baju Punjabi. Yang penting tutup aurat kan. Tanya lah rakan-rakan saya. Dorang pun tahu macam mana pemakaian saya ni.

Saya teringat satu peristiwa di mana saya pernah bertanya kepada salah seorang rakan saya, mengapa dia memendekkan lagi baju PJ dia, atas punggung dan ketat padahal baju asal itu suda mengikut body dia. bayangkan lah dia pendekkan lagi itu baju. dan WAH ini jawapan dia "Ndak selesa ba khal kalau baju bawah punggung, macam punggung kita dipegang-pegang ini" Ya. Saya akan sentiasa ingat jawapan dia.

Ada lagi satu. Masa tu saya pakai baju kurung warna kuning. Dan setiap kali keluar, stokin wajib pakai. OKOK. Tetiba kawan tusyen saya yang duduk sebelah saya tanya soalan yang cukup bonus :"Khal, kau ndak malu kah pakai baju macam ni (baju kurung), kalau aku malu suda owh. Mau pergi tusyen pun mau pakai baju kurung, siap dengan stokin lagi tu. Ndak panaskah". Seraya saya menjawab "AKU TIDAK MALU DENGAN KAU. AKU MALU DENGAN TUHAN AKU, ALLAH"

Perghh kalau dia bukan Islam ndak pa, ini ISLAM. Takkan asas utama pun ndak tau =__=''

Dan kadang-kadang saya GERAM. Pasal apa? Ermm entahlah macam mana mau cakap. Sekarang kalau kita tengok mentaliti orang zaman sekarang, yang memakai baju kurung atau baju yang panjang kerapdipanggil MAKCIK walaupun usianya masih muda. Yang memakai baju T-Shirt dipanggil kakak.

Eh tolong lah, orang tua umur 50an pakai baju T pun aku pernah dengar dorang panggil kakak. Ni kawan aku sendiri, yang lagi cun dari aku pakai baju punjabi pun boleh-boleh ni ba kena panggil makcik. Terutama SALER tepi tepi jalan tu, siapa tertarik dengan produk dorang tu kalau dorang sendiri panggil makcik pada kakak-kakak muda, atau budak budak sekolah. Perghh =.=''

Pastu ada lagi, kalau di luar punyalah pakai tudung elok comel suda, sekali gambar profile dalam Facebook, nahh terbang segala tudung. Nauzubillahminzalik. Bukan setakat tak pakai tudung, ada yang gambar dia pakai singlet jak, nampak segala belahan. Tak kira lah belahan dada kah, belahan lemak ka semua ditayangkan.

Soal pemakain di rumah pula, okay ini pun kadang-kadang buat saya sakit hati juga. "Kenapa kau pakai tudung juga di rumah? Abang ipar jak pun" Eh hello, aurat aku dengan abang ipar aku seluruh badan okay! Pernah sekali abang sulung aku cakap yang kawan dia pernah nampak aku Tidak pakai tudung keluar membeli di kedai depan. PUI. Naik darah seluruh badan aku. Ndak pernah pernah ni bah. Keluar duduk beranda di luar pun aku pakai tudung, inikan pula pi kedai. Bukanlah nak bangga, tapi ini kenyataan dan insyallah cara yang betul untuk berpakaian.

Firman Allah lagi yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Ahzab, ayat 59).



Sekian.
Yang baik itu datangnya dari ALLAH, dan yang buruk itu datangnya dari salah saya sendiri.
Mohon maaf banya-banyak. Tapi renung-renungkan lah dan selamat beramaaaal :)
 
P/s : Saya mau pergi makan BAKSO luk. Jan jeles ^__^
 
Terima kasih.

1 comment:

Arrharatnasari Kachong Ma'arof said...

haha.bagus!

kadang2 org2 macam ne perlu cakap terus-terang jak.ko cakap berlapik sekadar mau jaga hati pun nda guna jugak.tahu tapi buat2 xtahu.sakit hati.

=)