Thursday, September 30, 2010

Fun Fun Fun

Assalamualaikum :)

Hai hai. Hari ni seharian kami di shopping mall, City Star. Sebenarnya bukan lah seharian, tapi almost lah. Hehe. Jalan jalan dengan housemate memang best. Merapatkan ukhwah. Tadi 10 orang kami pi sana, campur dengan 3 musyrif - Karl, Tamaw dan abang Abai. 

Bukan lah ada tujuan sangat pi sana tu, cuma mau jalan jalan. Ya lah, lusa ni insyallah mungkin kami semua yang ambil medik akan dipindahkan ke Zagazig, satu kawasan yang dorang kata macam pekan. Di sana tiada shopping mall macam City Star tu. Huhu. Tamaw kata City Star tu shopping mall TERBESAR di BENUA AFRIKA. Woaaaah ;)

Ada dua orang dari kami, Kak Fathiyah dan Jannah sempat beli laptop kat kedai Radioshack. Dua dua beli Dell. Bangga i sebagai pengguna Dell. Muahahaha ;D

Huhuhu dahsyat sini. Banyak sangat style. Terutama dari segi baju dan shawl. Auww. Kepada peminat-peminat sgawl sekalian, kalau kamu datang sini, lagi lagi City Star fuhhh kalah kamu. Hehehe. 

Haha. Tadi sempat lagi kami main BUMPER CAR. Alaah, yang macam kat Fun Square tu yang main kereta langgar-langgar orang tuuu. Tapi versi laju. Ya sangat laju. Sterring dia pun auww susah mau cakap. Susah mau handle. Sebenarnya senang, cuma mau kena cepat-cepat. Dahsyat kalau suda melanggar dan dilanggar orang. Sampai terlompat lompat ni bah. Dahsyaat =.=''

Tadi alhamdulillah sampai rumah lebih kurang jam 9.30 malam. Sini ni pelik, makin malam makin ramai orang keluar rumah. Tapi kalau time pagi keluar, fuhhh sunyi dan sepi.

Oh ya, sebelum saya out. Di sini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada adik adik yang mengambil PMR 2010. Banyakkan solat hajat dan doa ya. :)

Sekian sahaja untuk kali ni.
Terima kasih.

Wednesday, September 29, 2010

Kebenaran

Assalamualaikum :)

Tadi tengah bongkar-bongkar folder dalam hard disk, tetiba jumpa ni gambar. Woah saya rindu mereka. Serius ! Rindu sangat. Rindu mau berkumpul di bilik bawah, kumpul di dapur sambil cerita-cerita, ketawa-ketawa dan menari nari, =.=''

Al kisah semalam.
Haha saya gembira sebab kumpulan saya dah lepas dari tugas memasak. Saya dan beberapa kawan, 10 orang gitu ditempatkan di sya'ah(rumah) 8. Setiap sya'ah ada satu ruang tamu besar, satu dapur, 4 bilik tidur dan 2 bilik air. Habis ja SMS, kami semua dibahagi kumpulan ikut hari untuk masak. Kemarin adalah turn kami, saya, Sarinah dan Fathiyah. Kami masak Kari ayam, sayur terung dan buah tembikai. First time masak kan, tau2 la macam na perasaan time tu. Hehehe Terima kasih kepada Kak Ann, Kak Ken dan Kak Nana sebab tolong komen2 tu kari.;)

Okok. Next. Tidak tau lah kenapa. Tapi kebanyakan orang sini ingat saya ni ambil Pengajian Islam. Mungkin disebabkan cara berpakaian saya. Berdasarkan apa yang saya perhatikan sini, cara berpakaian mahasiswi yang ambil pengajian dan ambil perubatan sangat jauh beza. Terutama dari segi baju dan tudung. Tapi tidak apa lah kan, masing-masing ikut cara sendiri. Saya pun insyallah akan teruskan dengan apa yang saya pakaikan sekarang. Y Allah ya Tuhanku, teguhkan dan kuatkan lah hati dan pendirianku di sini ya Allah.

Hehe tadi saya ada baca satu artikel yang Saiful Amri share kat Fb dia. Saya suka. Mau baca juga? Meh la klik SINI.

Sebenarnya banyak lagi saya yang saya nak ceritakan pasal di sini tidak kira lah yang ok kah yang tak ok. Tapi entah lah, Tak tertulis, tak terkata dari mulut. Dalam hati jelah saya simpan, Wallahualam.

Sekian sahaja untuk kali ni.
Terima kasih.

Monday, September 27, 2010

Kegilaan

Assalamualaikum :)

Saya gila gila gambar di sini. Macam semua saya mau tangkap. Auww !

Hehehe. Suka Suka Suka !

Sekian.
Terima kasih.

Saturday, September 25, 2010

Syaza, best buat Video Call sama Kau

Assalamualaikum :)


Haha. Ini kah muka excited aku? Lebih kurang la. hehe.

Semalam. Eh bukan semalam. Maksud saya kemarin, saya sangat gembira sebab dapat bervideo call dengan Syaza. First time telefon Syaza setelah berkali kali ndak dapat telefon dia. Wuhuuu. Susah nak explain betapa happy nya kita orang kemarin. Sampai ada masa kami tak bercakap, penuh dengan gelak ketawa sahaja. 

Syaza, terima kasih atas entri yang kau buat khas untuk aku tu. *Terharu. Serius. Kalau nak baca, lawat lah blog Syaza Syafeeqah.

Dan terima kasih juga atas segala nasihat yang kau tujukan untuk aku. Insyallah aku akan buat apa yang aku mampu ya. Doakan jak aku sini. 

Buat Syaza juga,
Jaga diri kau baik-baik dalam menuntut ilmu tu. Insyallah, aku akan sentiasa doakan engkau menjadi seorang Cikgu yang boleh dan banyak melahirkan generasi masa depan yang berkualiti. Dakwah sesama kita jangan lupa ya. Aku akan selalu ingat kat kau Syaza. Miss U ;)

Sekian sahaja untuk hari ni.
Terima kasih.

Friday, September 24, 2010

Itu Yang Saya Rasa

Assalamualaikum :)

Hai hai semua. Saya sekarang tengah online di maktabah (library) rumah Sabah. Seorang diri. Ya sorang-sorang ja ni. Tidak apa lah, masing-masing ada hal sendiri kan. ;)

Petang ni lepas solat Jumaat, sebenarnya ada jemputan Open House tapi malas sangat ok mau join dorang. Lagipun saya hari ni macam kurang sihat sikit. Sakit tekak. Kurang minum air kot. Suara pun jadi serak serak dah sekarang. =.=''

Serius, tengah saya dengar lagu Sunnah Orang Berjuang,saya tiba-tiba teringat dengan orang rumah. Rindu sama Mak ngan ayah, Kak ann, Syaakirah, Syafiq, kadek, bilik tidur, aihh semua lah. Tapi demi berjuang dalam mencari ilmu ni, saya jadikan rindu itu sebagai pembakar semangat. Betul serius. 

Saya diberi tanggungjawab atau AMANAH yang sangat besar apabila sampai di bumi Anbiya ini. Amanah dari Allah, ibu bapa, cikgu-cikgu sekolah, rakan-rakan dan dari pusat zakat. Teringat beberapa pesanan dari Kakak senior sini. Dia kata "Jangan kamu main-main bila sampai sini. Ingat balik duit siapa kamu guna untuk datang ke sini. Duit Zakat kan? ZAKAT ! Zakat dah beri kamu amanah, beri kamu kepercayaan untuk belajar sungguh-seungguh sini. Jangan pernah sesekali kamu sia siakan peluang kamu berada di sini."

Di sini selalu diperingatkan tentang niat. Ya NIAT. Banyak niat yang saya buat sebelum sampai ke Mesir ni. Siap letak dalam hp lagi niat tu. Hari tu masa SMS, ada kami lawat Makam Imam Syafi'e, di situ kakak kakak senior kata bagus doa banyak-banyak supaya dimakbulkan. Uishh ndak tau la macam mana mau cakap masa datang situ. Sayu sangat. Masing-masing berdoa. Saya lagi lah berdoakan memperkuatkan niat yang ada, mumtaz dalam segala ujian dan peperiksaan, beri kesihatan kepada diri dan keluarga, kurangkan nafsu makan, ish banyak la lagi.

Dari segi pemakaian kat sini, banyak pengaruh la. Nak yang mana satu, nak seksi meksi pun ada, nak berjubah tudung besar pun ada. Entah la, saya adalah saya. Saya nak berubah sikit kat sini. Bukan berubah apa nya, satu jak. Mau try tidak pakai selendang di sini. Selain tu, mak pun banyak kali pesan kalau bole jangan lah beli baju kat sana, kalau nak beli, beli lah yang panjang dan berlengan. Jangan pula beli yang tiada lengan, dan pandai pandai pakai baju inner kat dalam. Itu bukan tutup aurat, itu sekadar tutup kulit. Ya mak. ilah faham. Insyallah ilah akan ikut semua yang mak cakap. Kakak sini pun banyak pesan jangan pakai baju tshirt yang atas punggung, tetap ada yang pakai macam tu terutama kalau keluar jalan-jalan. Ya Allah, jauhilah aku daripada perkara-perkara sebegitu.

Dari segi makanan pula, di sini tiada masalah juga. Ya betul tiada maslaah, banyak pilihan lagi. Tapi itulah semua yang berat-berat. Huhu ndak pa, niat saya sekarang sangat tinggi untuk kuruskan badan. Makan malam pun kurang juga sini. Tak tahulah masa musim sejuk nanti sebab ramai senior kata kompem cepat lapar . Saya tidak mau jadi orang yang kuat makan di sini. Doakan lah saya ya. 

Okay. Malam ni ada majlis ramah tamah lagi tapi tidak tahu dengan siapa. Semua Banat(perempuan) dijemput di surau. Tak tahu mau pakai baju apa bab nanti dalam gambar baju yang sama jak kan yang di pakai. hehehe.

Ok. Itu sahaja yang bole saya kongsi untuk hari ni. 

Sekian.
Terima Kasih.

Wednesday, September 22, 2010

Jalan Jalan Sekitar EGYPT

Assalamualaikum :)

Hai hai. Hari ni kami semua sudah free. 3 hari berturut-turut kami kat sini ada pogram. Program SMS. Sambutan Mahasiswa Mahasiswi Baru Sabah. Best tau. Jangan jeles You.

Program ni kebanyakan nya mengajar kami lebih mendalam tentang Mesir,terutamanya pasal keselamatan, niat dan macam-macam lagi lah. Dan salah satu aktivit SMS yang paling best ialah REHLAH. 

Kami semua mahasiswa/wi baru diajak melawat tempat-tempat menarik sekitar Mesir. Contohnya Piramid, Makam Imam Syafi'e, Masjid Al Hassan. Selain tu, kami berkesempatan lalu dan tengok tembok Salahuddin Al Ayubi dan Sungai Nil.

Ada satu masjid, tidak berapa ingat lah apa nama masjid tu. Muazzin di masjid tu melaungkan azan tanpa satu mikrofon tapi kuat. Menarik. Kami sempat juga dengar satu Orang Arab ni cerita sedikit pasal tu masjid. Act, dia cakap arab bah, kami buat2 paham jak. Tapi dapat juga lah paham sikit2 apa yang dia cakapkan tu. Lepas tu, dia ada baca beberapa ayat AlQUran dan azan. Memang kuat dan bergema lah dalam masjid tu. Subhanallah.

Another story.
Sebelum sampai di tempat Piramid tu, kami leh tengok sudah ba dari jauh tu puncak piramid. Auww betapa jakunnya perasaan saya mas tu. Hehe. Belum sampai lagi tu, apa lagi kalau sudah sampai. Pandai-pandai lah teka. ;)

Oka. Sini saya mau share ya gambar-gambar sepanjang rehlah tu. Okay Enjoy !



Jumpa juga Ameng ;)
Banyak kan gambar. Hee Sebenarnya banyak lagi tau. Ada lah lebih kurang 400 lebih gambar yang saya ambil. Hehe okay.

Sekian sahaja untuk hari ini.
Terima kasih.

Monday, September 20, 2010

Haflah Aidilfitri

Assalamualaikum :)

Hai hai hari ni saya saja nak share gambar-gambar yang saya ambil masa hadir ke Haflah Adilfitri yang diadakan oleh PMRAM. First time. Fuhh bole tahan juga meriahnya. 

Enjoy !

Taken from Han Neesa.


Say Cheese semua ;)


Tengah tunggu bas atau teksi untuk pergi ke tempat tu. 





Kakak Senior yang sweet gituuu.




Adik junior yang comel gituu. Haha ndak mau kalah ni ;)




Sebelum balik kena sign dulu. Biasalah artis kan. Hekhek ;)

Konklusinya, semua best. Alhamdulillah banyak dah perkataan arab yang saya belajar kat sini. Sini bukan guna bahasa arab yang belajar kat sekolah tu, sini guna bahasa arab Ammi. Bahasa arab pasar la katakan. Banyak beza abtara bahasa betul ngan bahasa pasar sini. Pernah juga la praktik, contohnya beli air sendiri. Cuma masih kena bawa senior la, takut ada papa yang tidak faham ka tidak tahu ka. Bagus kan. :)

Tadi kami pergi buat lawatan ke beberapa tempat yang menariklah macam di piramid, Sphinx(singa kepala manusia tu) makam imam Syafi'e dan banyak lagi lah. Nanti saya update gambar ya. Tungguuu.

Sekian sahaja.
Terima Kasih.

Friday, September 17, 2010

Ahlan Wasahlan

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah sekarang saya tengah online di CC di rumah Sabah kat Mesir ni.Selamat sampai di sini jam 8 pagi.

Tetiba teringat peristiwa nangis-nangis masa di KKIA hari tu. Mula-mula datang happy excited riang semualah yang menggembirakan diri. Last2 bilamana masa dah dekat pukul 3.30 petang, dan masa itu jugalah kerabat GPM nak balik awal, adui betapa diri ni tak mau lepaskan dorang. 

Ya Allah,betapa susahnya nak cari kawan sebaik GPM. Ish susahlah nak describe betapa baiknya dorang ni. Ukhwah kami semua boleh diibaratkan macam ukhwah antara darah daging sendiri.  Serius ! Tiap kali teringat peristiwa ni, mesti air mata tak berhenti mengalir. GPM, jaga diri kamu ya. Aku sayang sangat sama kamu semua. ;)

Itu baru part kawan, belum lagi masuk pasal keluarga. Aishh kalau part keluarga. paham2 jak lah. Huhuhu kalau ndak menangis, bukan anak mak la tu. Hehehe. Nak baca apa yang kakak kakak saya tulis kat fb dorang Mehh sini :


Kak ann kata ,".alhamdulillah, adinda ku, Khalilah Sapawidah selamat tiba di Mesir...rajin2 la belajar di sana tu..make all ur dreams come true...moga jadi 'Tabib Muslimah' yang berjaya nanti...jgn bawa balik org Arab suda la...kekekekeke....:)"


Kadek kata. "syaakirah asyik terjaga dr tadi. mcm sedih nak melepaskan mak tam a.k.a Khalilah Sapawi pegi mesir esok. ummi syaakirah xda, pi tlg mak tam packing. tido la syaakirah. nanti mata mak teh jd mata panda hehe =)" dan "ingat bole buat2 cool d kkia masa time adikkuKhalilah Sapawi pergi, tp air mata jatuh jua akhirnya. baru 2 jam ilah tiada, sunyi pulak rasanya.."

Kan kan apa ndak sedih. Masa peluk mak ayah tmbah lagi merah merah mata. Aihhh =___=''

Tapi alhamdulillah sekarang semua dah okay. Mak jangan risau ya. Hehe yang penting dapat kol dah orang rumah, dan orang rumah pun dah dapat kol saya. Hehehe best best best :)

Kami stay di rumah sabah sekarang. Kakak senior sini kata kemungkinan besar kami akan stay sini dalam masa sebulan lebih la. Depends pada kelancaran pengurusan di sana. Sana mana? Entah laa. hehehe. 

Disini orang Arab nya ganas bangat ! Di sini tiada trafik light dan garis jalan raya tu. Dan jangan hairan lah kerata besar ka kereta kecilka semua ada rosak. Dan sini kalau bab ken hon kereta,number pertma kai. Gilak eh. HON jak kerja driver-driver sini. Even kau jauh berapa meter dari tu kereta, dorang akan hon juga. Malam2 pun berhon hon. Aihh. Hehe apa lagi kalau mau berlintas. Auw ! Lu pikiq la sendiri ! =.=''

Kepada rakan rakan sekalian, thanks for your advices. ;)

Dan dan mau tau ? Hehe saya dah jalan pi bandar sini 3 hari berturut-turut. Tapi don worry. Bukan untuk shopping. Saja mau jalan jak bah. Jan jeles Kadek Kak Ann. Hehehe.

Duit Mesir.
Kakak senior yang jadi pengiring kami janjlan pi bandar.


Pemandangan dari rumah beranda rumah kami. Auww sejuk dia macam kundasang. Uhh ;)


Antara yang terapat ;)

Okay. Itu saja untuk hari ni. 

Thanks ;)

Friday, September 10, 2010

(Video) First Day Raya

Assalamualaikum :)


Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir dan Batin semua :)

Terima kasih.

Sunday, September 5, 2010

Firus firus Marabahaya

Assalamualaikum :)

Hai hai. Selamat pagi blogger sekalian :)

Ahak. Saya belum konvo lagi lah. Gambar kat sebelah kiri ni saja jelah nak gambar dengan bunga warna ungu dan sangat sangat lah mahal harganya sampai Kak Ann telan air liur masa beli. Tapi demi suami tercinta, mahal pun jadi murah. Cewah !

Ehem pagi pagi dah mengarut cik Khalilah ni kan. Poooraaah !

Tadi masa habis sahur, masa mengemas cuci pinggan mangkuk sudu garfu segalanya, saya dengan Kadek dan kak Ann main teka teki. Adoi. Ketawa macam orang tak sedar diri ni. Masing masing dengan soalan yang ntah papa jawapan dia tu. ada yang lucu lah.Macam macam gaya pun ada. Huishh kadek baru balik, so adik-beradik perempuan semua dah complete. Riuh satu rumah kalau dah start bercerita. Saya ada masa seminggu lagi nak luang masa bersama dorang. nanti dah kat sana, mesti rindu kan. Hukhuk :(

Satu lagi, hari tu ada kawan share video. Tapi lain pula jadinya. Masa pi buka new window tu, ada request untuk download tu video. Saya pun terus cancel, tapi balik-balik request tu muncul. Geram juga. Tak terfikir lah pula benda tu virus. Restart balik-balik Tak hilang juga tu request. Dan masalah besar, asal buka mula dah warning ada virus.

Itu takpa lagi. yang masalahnya lagi habis virus tu attack memory card DSLR punya. Folder tak hilang, cuma tak boleh buka. Nanti nak bawa kedai lah, nak repair. =.=''

Semalam saya ada tengok satu gambar yang ditag oleh kawan, dan sangat sangat menyakitkan hati.

Klik untuk tumbesaran.

Aih. Kita kan OneMalaysia. Lek lah bang. Jangan kau main komen sebarang pasal negeri orang. Kang kena bunuh oleh orang negeri yang kau duk kutuk tu, baru padan muka. Facebook tu facebook juga, tapi ingat bukan kau sorang jak yang tulis dan baca. Isu sensitif ni !

Nasib bulan puasa. Saboo jelah. Okay that's all.

Terima kasih ya.

Thursday, September 2, 2010

Preparation

Assalamualaikum :)

OMG ! I miss this place very much and the moments when GPM and I took soo soo soo many pictures like the place is ours. Haha. Fyi, this place called Graffiti, located in front of Suria Sabah.

Okok. Skip for the "perasantan".

As my niece Syaakirah has become two-months-baby for today, her mother who is also my sister (haha) wants me to accompany her to bring Syaakirah to Klinik Putatan for medical check up. She said we must go there before 8 am. Oh no. It's the best time to get sleep. Nvm =.=''

After sending my sister back home, I plan I wanna go shopping for some things that I need, not for Raya but for preparation before flying to Egpyt.

If I CAN. yeah if i can lah. My mum said she will use Unser, my brother-in-law use Myvi, CRV is now in workshop. So me? Just continue pray so my mum can borrow me the Unser. Hehe ;)

Yeahh most of my friends that studying in KL and other places have back to Sabah. Even my friend from Indonesia,Indarmulya. Wuhuu ! Can't wait to meet them all.

That's all for today. Sorry for my bad plus broken English. Hee ;)

Thanks for reading.