Friday, July 30, 2010

Vote For ME

Assalamualaikum :)


Kepada rakan-rakan yang tinggal dekat SABAH,

Esok (Sabtu) dan Ahad ni, there will be a local photo exhibition at CityMall from the recent Worldwide Photowalk. Undilah saya untuk gambar di atas ini kalau anda suka dan pengundi yang bertuah akan memenangi Sesi Potrait Satu Keluarga termasuk Print sekali bersama MSJ Photography.

GRAB THIS OPPORTUNITY.

Thanks everyone ;)

Tuesday, July 27, 2010

Together We STAND

Assalamualaikum :)

Members of Worldwide Photowalk
Kota Kinabalu Sabah 2010
Thanks.

Monday, July 26, 2010

Worldwide Photowalk 2010

Assalamualaikum :)

Lokasi : Bandar Kota Kinabalu
Tarikh : 24 Julai 2010, Sabtu


PESANAN :

Eh Ehh jangan lah fikir yang SABAH ni masih tinggal rumah panjang, masih naik belon. Sabah dah makin maju sekarang. Siapa yang fikir lagi macam tu, memang ketinggalan zaman.

P/S : Ayenn, mesti kau rindu KK kan. ;)

Sekian.
Terima kasih.

Saturday, July 24, 2010

Hari Hari Jalan

Assalamualaium :)

Hai hai. Fuhh Macam setiap hari saya keluar jalan tau. Nasib minyak kereta masih banyak. Ngehh.

Tadi saya ada join satu PHOTOGRAPHER WALK. Jalan-jalan satu KOTA KINABALU. Srang jelah yang saya kenal dalam group tu iaitu Saiful Amri. Sebenarnya dia yang ajak join ni program. Macam best, so saya pun ikut jelah.

Tapi tapi kan tadi macam tiada mood bah bergambar, jadi tidak banyak juga gambar lawa-lawa =__='' Tambah lagi tiada kawan kan, jadi mau gambar tempat menarik pun ndak buleh ! Arghh.

Tidak apa. Esok saya keluar lagi dengan GPM, mahu tangkap gambar puas puas. Yeah !

Soon, saya akan update entry dengan gambar-gambar yang saya snap tadi.

Okay. Mahu turun dulu jaga Syaakirah.

Terima kasih.

Thursday, July 22, 2010

Hati Hati Di Sana Ya

Assalamualaikum :)

Hai hai. Tadi pagi hantar mak pergi Airport Air Asia. Sekolah mak bawa pelajar-pelajar cemerlang PMR 2009 melawat Kuala Lumpur dan Terengganu. Saya jeles okay !


Saya ditingalkan sebab nak tolong Kak Ann jaga Syaakirah :)

Arghh comel ! Okay sekian sahaja untuk malam ni.

Terima Kasih.

Wednesday, July 21, 2010

Super Supper

Assalamualaikum :)

Tengah menghayati lagu Kabhi Kushi Kabbi Gham. Mahahaha buat naik semangat lagu-lagu Hindustan ni. Peduli lah kan apa orang cakap tapi saya ni memang kaki wayang Hindustan.

Tapi INGAT ! Bukan wayang Hindustan sekarang tu ya ! Yang kalau menari jak pakai baju dalam, badan sudah lah gelap, kasi minyak-minyak lagi. Perghh bikin panas. Lagu-lagu wayang hindustan sekarang pun langsung tiada yang best okay.

Okay skip for Hindustan's part. Okay kemarin tengah-tengah jalan di Wisma Merdeka, mak ada singgah beli blender buah-buahan. Senang betul guna ni blender.Siok ! Hehe so malam tu saya dengan sukacitanya mengambil lobak merah, kerat kerat tambah susu manis buat JUS LOBAK. Wuhuu sedap, Jangan jeles you !

Erm. Napa jus lobak yang aku buat ni nampak macam jus oren jak ah? *Speechless =.=''

Hahaha. Itu supper saya semalam. Supper saya malam ni lagi hebat. Lagi super duper wuhuuuu ;) Supper saya malam ni ialah NASI PULUT dan PENGAT DURIAN. Sedap tau. Jangan jeles you. Mak saya buat special punya. Pekat, rasa betul durian dia. Yeahh ;D

Okay. Sekarang dah mengantuk, nak ready-ready masuk tidur dulu. Esok kena bangun awal sebab nak hantar mak pergi Airport. Mak ada lawatan sama pelajarnya di Terengganu.


Selamat malam.
Terima kasih semua.

Monday, July 19, 2010

Srikandi Berpakaian Ungu

Assalamualaikum :)


Hai guys. Tadi pagi ada seorang kawan saya mengeTAG gambar atas ni dalam Facebook saya. Maaf lah sebab gambar atas tak terang.

Srikandi yang berpakaian ungu seperti dalam gambar atas tu ialah Pengawas sekolah menengah saya dulu, SMK Perempuan Likas. Pandai-pandai lah kamu detect mana satu saya ya. Saya yang paling comel berkaca mata, yang hitam sikit. Tapi jangan risau, saya dah makin puteh sekarang okay. (Sila Tampar) Hehe ;)

Saya mula menjawat jawatan pengawas sejak tingkatan satu lagi. Menjadi seorang pengawas ini merupakan satu tanggungjawab yang sangat besar dalam kalangan pelajar. Pegang amanah, berani bercakap, berani menegur, jadi bahan umpatan orang yang membenci, menjadi pereport kepada cikgu kalau ada yang buat salah, tabah, kena pandai urus masa belajar sukan dan aktiviti pengawas, imej kena sentiasa jaga, tepati masa dan banyak lagi.

Rindu dengan aktiviti pengawas masa sekolah mengangah dulu. Kalau ada program macam Majlis Hari Guru, pengawas juga la yang kena handle semua. Dari sukaneka sampailah acara dewan. Kena banyak bagi idea. Fuhh kena lagi jadi setiausaha, buat report setiap kali mesyuarat. Sebut saja mesyuarat, senyum lebar semua. Dah masing-masing enjoy kalau keluar kelas, kadang-kadang sengaja lgi kasi lama-lama dalam bilik mesyuarat tu. Muahaha ;)

Setiap awal tahun mesti pengawas sibuk. Sibuk dengan Sukan Tahunan, sibuk dengan kawad. Geng-geng saya ni menang kaki kawad terutama kelas sendiri. Kawad sampai hitam. Uishh maybe kalau buat pertandingan, bole menang kali dengan keLEGAMan kulit ni =___='' Kalau kawad kami pakai blazer kan. punya panas, terutama masa ucapan. Lepas tu, sibuk sepanjang hari pasal blazer sebab tidak cukup.

Ish best lah jadi pengawas ni. Masa jamuan akhir tahun mesti pakai baju lawa-lawa, main tukar-tukar hadiah lah. Gambar sana gambar sini.

Then biarpun pengawas, kami bawa handphone juga. Haha ni lah pengawas yang tidak berdisiplin kan. Hakhak kadan-kadang dalam kelas, siap pasang lagu lagi main bluetooth sama-sama kawan. Pengawas buat dek jak. Time spotcek jak bukan main garang lagi muka rampas handphone. Perghh hipokrit betul! =__=''

Apa-apa pun saya sangat rindu masa sekolah. Rindu sama kawan dan cikgu-cikgu. Semoga ikatan silaturahim antara kita semua berkekalan. Aminn ^___^.

P/S : Ehh sepa-sepa tak suka sekolah memang rugi lah. Rugi yang tersangat-sangat rugi. Nanti besar, nak fikir duit lah, fikir kawin lah, fikir rumah anak kereta. Haihh Tengok ! Masa sekolah tak yah lah nak sibuk-sibuk dengan masalah lain. Sibuk dengan belajar ja. Janganlah kamu sia-siakan waktu belajar kamu tu ya adik-adik.Enjoy !:)

Sekian.
Terima kasih.

Sunday, July 18, 2010

Crayon is Colourful

Assalamualaikum :)

Hai hai. Hari tu lepas post entry, semangat suda mau blog setiap hari. Tup tap tup tap !

CONNECTION TERMINATED.

Tett ! Tidak boleh online. Okay. Sakit hati. Baru saya ingat yang saya belum bayar ni broadband. Okay Sekali lagi sakit hati. Hampir seminggu juga lah saya tidak online. Ehh ada bah juga. Tapi guna abang ipar punya laptop. Muahaha ;D

Next. Kemarin saya dengan Pira dan Adilla pergi 1Borneo. Kami tengok Mantra. Tidak best okay. Fuhh hantu dia bah langsung tidak menakutkan. Part2 takut part yang bikin terkejut jak. Lepas tu, sound dia pun pandai kuat pandai slow.

Then, kami pergi CPS saja mau jalan-jalan. Yeah kami masuk F.O.S.  Saya pilih satu cardi ni, warna pink. Tengok harga ndak la mahal sangat. RM30. Sekali, masa bayar kakak tu kata RM9.00. Nahhh ! Punya lah lebar senyuman masa tu, dan dengan tidak tahu malunya jerit depan kakak cashier panggil si Pira kasitau dia yang ada promosi diskaun pula 70%. Si Pira pun last-last beli juga baju. Dua lagi tu. Kalah aku =__=''

P/S : Anak buahku yang comel, Syaakirah dah masuk dua minggu. Alhamdulillah :)

Terima kasih.

Monday, July 12, 2010

I'm Back

Assalamualaikum :)

Hello readers. Fuhh almost one week I didn't post any entry. Erkk I think more than a week. =__='' Yeahh as I told before, I busy with my new-born-niece, Syaakirah ;) and busy being a companion for my sister.

And and busy being a mother for my cat that has new kittens. Unfortunately, you wanna know haihh from 8 kittens, and now just left only one kitten. Bad mum ! Bad mum ! =___=''

I just back from library. Actually at 11.30 pm. We ate DURIAN ! Yummy ^^. Hehe Just now, I learnt something new. Something about my DSLR.

There was a new teacher that came to the library. I didn't know him. He's very very very friendly. One of my friends told me that he is a Science teacher in her school and also a PHOTOGRAPHER ! Wuhuu. He showed us his photo albums and a lot of pictures. He also told us about his experiences of his life, his scary stories, his camera and bla bla bla. NON STOP ! =___=''

Suddenly I realized that we have same DSLR, Canon.So, I asked him to teach me a little bit about that cam. Then, he told to follow him to the car. When he took out his DSLR, WALAWEHH ! Punya semartt ! Our DSLR are same, but he changed it's lens and put some addition under the camera. Fuhhhh. After that, he taught me about how to use the manual one. There's a lot thing I just learnt. Yeahh thanks sir!


It makes me wanna learn more about photography. Yeahh.

Okay. That's all.
Thank you for reading ;)

Monday, July 5, 2010

Untuk Seketika Sahaja

Assalamualaikum :)

Hai bloggers,
Memandangkan Kak Ann dah melahirkan anak yang comel macam saya (Sila Tampar), Kadek pula balik Sabah seminggu dan kucing pula dah beranak, saya pun dah punya tanggungjawab yang besar untuk menjadi seorang MAK TAM yang caring, adik yang setia menjadi follower dan seorang IBU KEDUA kepada kucing saya. Konon. Hehe.

Pertama.
Maaflah, hari tu saya ada mention kan nama anak buah saya tu Syakirah. Rupanya salah eja. DOUBLE A bah. Kamuu ni. Hehe Nama betul budak comel tu SYAAKIRAH BINTI MUHAMMAD IBRAHIM.

Ekk ehh. Macam nama penyanyi Tema Fifa World Cup kah?

Stamina mina eh eh.
Waka Waka Eh eh.
Stamina mina eh eh.
Its time for Africa.

Ya. Sama. Tapi tidak serupa. Kebetulan. Bukan suratan. Terkebetulan pula dengan nama penyanyi tu. Rancang dah nama Syaakirah tu. Sebelum bola lagi tau. Ngehhh ^__^.

Kedua.
Kucing saya yang saya bilang perut dia besar macam mau pecah tu kan beranak suda. Masa awal-awal tu dia beranak 8 ekor. I REPEAT. LAPAN EKOR ! Tapi dua ekor tak perfect. Then, besok paginya pula mati dah dua ekor. Pastu, tadi jenguk, hilang dah sekor. Kira lah sendiri, sekarang dah tinggal berapa. Hehee.

Ketiga.
Harap maklum. Untuk seminggu ni, SAYA AKAN BERHENTI BERBLOGGING. Tapi INGAT ! Untuk sementara waktu sahaja. Hal yang demikian adalah kerana saya ingin meluangkan lebih masa bersama keluarga tercinta. Skema gitu. Muahaha :)

Comel Comel Comel !!

^__________^.

Sekian.
Terima Kasih.

Friday, July 2, 2010

Saya Dah Punya Anak Buah

Assalamualaikum :)

2 JULAI 2010 bersamaan dengan 19 REJAB , lahirlah sudah seorang PUTERI SULUNG yang sangat comel seperti mak cik nya (Sila Tampar) dan Insyallah akan diberi nama SYAKIRAH.

Biarlah namanya singkat, asalkan berMAKNA. Apa maksud nama tu? Maksud SYAKIRAH ialah ORANG YANG TAHU BERTERIMA KASIH. Lawakan? Mudah-mudahan si puteri ini akan menjadi insan yang seiring dengan nama yang diberikan. Insyallah. Aminn :)

Tahniah buat Kak Ann dan juga Abang Ibrahim :)

Mak pun dah jadi Tok Su Suha :)

Baby's Room.





Proses Belah Mulut :)

Syakirah Binti Muhammad Ibrahim

^____________^.

Sekian.
Terima Kasih.

Thursday, July 1, 2010

Bersama Kita Doakan

Assalamualaikum :)

Esok, Insyallah jam 2.30 petang kakak saya yang pertama, NORJIHAN SAPAWI akan melahirkan anak yang pertama dan juga cucu sulung kepada kedua ibu dan bapa saya.

Bismillahirrahmanirahim.
Segala puji bagi mu Tuhan yang mencipta seluruh alam. Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah segala urusan yang bakal di hadapai oleh Kak Norjihan Sapawi bagi melahirkan zuriat pertamanya pada hari esok. Jadikanlah zuriat itu dalam kalangan orang orang yang baik dan sentiasa berdiri tegak di jalan lurusmu Ya Allah. Amin ya Rabbal Alamin.

P/S : Yeahh baby cepat keluar, saya tidak sabar nak jadi MOK TAM. Muahahaa ;D

Terima kasih.