Tuesday, July 5, 2011

Resepi Kek Batik

Assalamualaikum :)

Lama dah aku perhatikan kakak aku, Kak Ann buat kek itu, kek ini. Macam-macam kuih muih dah dia pandai. Macam best. Bukan macam, memang. Puding coklat durian, kek coklat, tart cheese, puding roti, eh macam-macam lah lagi. Mahu bandingkan dengan aku ni, pergh jauh beza kot. Aku bukan lah pandai sangat masak. Tapi ingat, part makan memakan ni, I number satu okeh (Sila tampar)

Tetiba satu hari tu entah kenapa aku ada mood mahu buat kek batik. Sebab rasa tidak mahu kalah kot. Eiseh -.-' haha. Aku masak tu sebab sahabat dari Alex datang tempat kami, Zagazig. Jadi saja buatkan dorang yang special sikit. Ehem special la sangat. Ehem.

Aku buat kek batik ikut resepi yang kakak aku selalu buat. Aku search la kat blog dia resepi. Meh aku nak share sikit macam mana nak buat :)

Okay tuan tuan dan puan-puan sekali,
Bahan-bahannya adalah seperti berikut : ( cewah ! )

  • 2 blok butter/mentega
  • 2 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 10 biji telur
  • 1 paket milo (paket kecil)
  • 1 tin susu manis
  • 500 gm biskut marie
  • Setengah cawan serbuk koko
  • Setengah botol browning **
(** Kalau bahan-bahan tersebut takde pun takpe :)

Cara-caranya ialah :

1. Gaulkan semua bahan jadi sebati dalam satu bekas. Ikut urutan dalm bahan-bahan tu lagi bagus. 

2. Kemudian masukkan ke dalam kuali. 
3. Gaulkan dengan api yg sederhana perlahan. Api jangan kuat sangat,nanti hangus pula.

4. Gaul/kacau lagi sehingga kelihatan berketul-ketul & campuran tidak melekat pada kuali.

5. Masa inilah paling sesuai untuk masukkan biskut marie supaya biskut tidak terlalu rangup atau terlalu lembik.

6. Setelah bahan campuran dan biskut menjadi sebati, masukkannya ke dalam bekas container atau dulang kek. Tekan sehingga adunan menjadi mampat di dalam bekas tersebut.

7. Biar dulu adunan tersebut di bawah kipas/udara selama 30-45minit sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.


Tadaaaa ^________^

Rasa dia kurang sikit la bab koko tiada. Jadi kurang kick gitu. Hehe. Sebenarnya ini kali kedua aku buat. First time aku buat untuk jadi makanan sample bagi orang Arab rasa masa ada satu program PCZ terlibat. Hehe.Sesiapa yang nak ikut resipi ni, selamat mencuba :)

Terima kasih.