Monday, February 21, 2011

Busy Doing This and That

Assalamualaikum :)

Masa : 3.00 petang
Aktiviti : Minum milo ais kaw kaw manis dia, sambil online.

Notes for today :
Hari ni aku sibukkan diri dengan atur balik semua benda yang nak dibuat untuk Barbeku rabu nanti. (Orang teda keja la katakan)

Kol orang tu, orang ni kasi kompem balik kehadiran dan pengangkutan dorang. Uiseh. Aku ba yang semangat sebenarnya ni. Hehe. Peace ;)


Alhamdulillah. Semua dah bereh. Ada la yang certain tu belum bereh lagi, tapi inshaAllah bisa diatur. Hehe.

Bah kita review balik ah apa yang patut :)

Masa : 8.00 pagi.
Tempat : Beach 2, Pentai Tanjung Aru.

Bakal2 hadir :
Khalilah, Hanisah, Liyana Khalisa, Lily Nazura, Adzyan, Afnan, Wawan, Hadi, Loy, Bean, Saiful, Razif, Yuzairie, Afiq, Ili Nuratirah, Syan, Ummu, Shukriah, Didym, Burin dan Ruzaidi.

Pengangkutan : 
- Khalilah : Liyana, Nisa, Adzyan dan Lily
- Afnan : Wawan, Syan, Ummu, Ili,Shuk, Didim, Hadi
- Saiful : Gajah, Yuz dan afiq.
- Burin : Not sure.

Barang Yang mau di bawa :
1. Tempat bakar  (Hadi)
2. Arang (Burin)
3. Talam (Ummu)
4. Tikar (Saiful dan Fatin)
5. Kain lap (Fatin)
6. Pinggan + sudu + penyepit (Nisa)
7. Kipas (KIV)
8. Mancis
9. Tog air (Nisa)
10. Tisu (Ummu)
11. Ais (KIV)

Makanan / Minuman :
1. Ayam wings (khalilah)
2. sosej (lily)
3. Ikan (KIV)
4. Sotong udang (KIV)
5. Nasi putih (Wawan dan Syan)
6. Lad kicap (Syan dan Ummu)
7. Mee goreng (lily)
8. Nasi goreng (Liyana)
9. Air botol gas (Loy)
10. Air kotak ( Razif)
11. Sos BBQ ( Saiful)
12. Pisang goreng (Saiful)
13. Air Mineral (Adzyan)
14 : Keropok (Loy)
15. Buah2an (Afiq dan Yuzairie)
16. Kek (Nisa dan Afnan)
17. Tart telur (Shuk dan Didym)
18. Coklat + Kuih + Aiskrim (Ili)

Setakat ni baru ini sahaja yang di list.


Sekalung penghargaan kepada semua individu yang memberi kerjasama. Sayang semua ^^.

Sekian sahaja.
Terima kasih.

Sunday, February 20, 2011

Puteri Syaakirah Peneman Setia

Asalamualaikum :)

Tarikh : 20 Februari 2011 (Ahad)
Masa : 3.30 petang
Aktiviti : Tengok rancangan Aku Kaya sambil buai2 cik Puteri Syaakirah.

Notes for today :
Hari ni Kak Ann masak nasi ayam special. Auw. Punya sedaap. Jangan jeles yaw. Ayam madu dia lagi. Ish ish. Nanti balik Mesir, mau buat la juga. Mau kas rasa semua. Hehe. Okay. Sekarang pula aku tengah lonely. Tinggal aku berdua ja dengan Syaakirah sekarang. Ni pun Syaakirah tengah tidur. Makin lah sunyi. Kawan2 pun jarang dah contact. Dari fb, itu jak lah. Fuh. Syaakirah, nanti bangun kita main lompat2 ya sambil nari2.



Terhibur tengok Syaakirah pakai pampers kat kepala. Haha dia ni pantang tengok kamera, even flash hp pun terus dia gelak suka ria.

Sekian sahaja.
TErima kasih.

Saturday, February 19, 2011

Merah Mata Kiri Bukan Kanan

Assalamualaikum :)

Tarikh : 19 Februari 2011
Masa : 11 malam
Hari : Sabtu
Aktiviti : Cari video tarian zapin dan pidato. Mak suruh. Best juga tau. Hehehe. Sampai kami pun macam dah berzapin, riuh satu rumah.

Notes for today :
Hari ni seharian aku sakit mata. Merah mata. Sebelah kiri jak. Berair jak selalu. Entah la pasal apa. Sampai satu kali tu aku try tidur, ndak dapat juga. Terlampau pedih. Sob sob.


Scary pulak aku tengok muka aku sendiri. haha. Tadi kerja atur makanan untuk Barbeku tu dah berehh. Alhamdulillah.

Sekian sahaja.
Terima kasih.


Friday, February 18, 2011

Tanjung Aru > Beringis > Centre Point

Assalamualaikum :)

Tarikh : 18 Februari 2011
Hari : Jumaat
Masa : 3.00 petang
Aktiviti : Buai-buai Syaakirah yang ngantuk ni, sambil makan puding coklat durian, sambil tengok AstroFirst cerita hantu lawak Kak Limah.

Notes for today :
Mata sakit sekarang. Sebenarnya dah dua tiga hari skit. Rasa nak gosok jak. Dah la merah ni. Last2 mak tadi bagi satu minyak suruh sapu keliling mata dan dia baca doa sikit smbil sapu minyak tu. Alhamdulillah dah ok sikit sekarang.

Sekarang mood aku nak buat renovation kat blog ni. Cari background, tapi stu pun lum menarik hati. Sayang pulak nak ubah ni blog. Tapi pandai boring juga. Fuhh just wait and see la. Hee.

Hari ni pula, aku nak share gambar sepanjang jalan kemarin.

Mula2 ambil Nisa dulu then pergi Taski Tanjung aru, Sembulan dan Likas hantar barang yag mak aku suruh. Then direct ke Tanjung aru jumpa dorang Syan, Ummu, Fatin dan Wawan di beach 2. Gambar sat. Hee. Pastu solat jap kat airport Airasia. Habis solat, baru jalan ke Beringgis. Tapi berenti jap kat Sembulan, turunkan Wawan untuk join kereta si Afnan. Kami pergi Beringis ni 2 group. Laki ikut kereta Afnan. Yang perempuan pula ikut aku.

Sampai sana, terus berurusan ngan officer Beringis resort. Rancang2 mahu stay satu malam di resort tu 23 24 hb ni, dan malam tu buat bbq. Tapi lepas bincang2 dengan kawan yang lain, cancel. Ramai yang ndak dapat kebenaran parents. Hampehh =.=''

Akhir sekali kami pergi Centre Point, teman si Nisa buka puasa. (Uiseh) sambil bincang2 plan untuk ganti rancangan resort tu. Last2 kami semua decide untuk buat picnic bbq 23 hb ni.Insha-Allah.

Tanjung Aru




 *Jangan hairan tengok aku sorang jak makan. Dorang yang lain dah makan sebeum aku datang lagi. Ngehh.
Beringgis

Centre Point


Nisa, orang yang berpuasa ;)

p/s : Aku minta maaf pada Lily dan Liyana ndak sempat ajak kamu kemarin, aku pikir 4 orang jak kami. Dan aku pikir pergi Beringis jak. Sori. Lain kali kalau aku jalan, inshallah aku ajak kamu ya ;D

Dan tidak lupa juga kepada Nisa dan Wawan sebab bawa kamera kemarin ;)

Sekian sahaja.
Terima kasih.

Wednesday, February 16, 2011

Bersama

Assalamualaikum :)

Tarikh : 16 Februari 2011.
Hari : Rabu.
Masa : 4.30 petang.
Aktiviti : Makan K0KoKrunch. (bukan diet yaw) sambil layan budak kecik Syaakirah sambil chat sama kawan. Uisehh banyak sambil2 pula.

Notes for today :
Hari ini seharian duduk rumah. Banyak benda aku fikir dan buat tadi. Buat list barang yang mau di bawa pi Mesir nanti. Fikir lagi sempat ka aku join kakak aku pergi KL awal Mac ni. Fikir bila la ni muka mau putih balik (uiseh macam jak putih sebelum ni >.<) Fikir bila la mau balik Mesir. Rindu. Fikir lagi pasal study. aihh bila mau start ni ah. Wallahualam. Ada juga bend yang buat aku happy hari ni. Aku dah dapat nombor telefon Kak Chaq. Itu yang aku cari selama ni. Yeahh ;)

Post kali ni aku just nak share gambar sepanjang aku stay di KK ni.

11 - 13  Februari 

 Karnival Keluarga Sakinah - ABIM

Barisan AJK Karnival Keluarga Sakinah. Banat.

Juara Nasyid.


In Team.
Excited bila dengar dorang nyanyi lagi Insyallah versi Melayu.

14 Februari 2011
 
Hang out sama kawan Mesir : Hanisah, Lily, Liyana, Adzyan, Azean Diyana, Syan, Ummu, Afnan, Wawan dan Hadi.

Berkumpul semua di Suria Sabah.

Hari tu aku jadi dreba.

Dan ini penumpang.


Makan di Kenny Rogers.

Actually, banyak lagi. Tapi ndak sempat ambil gambar. Hee ^^.

15 Februari 2011.

Perarakan Maulidur Rasul.






BKPSM hati kami di sini ~

Hehe.

P/S : Memandangkan DSLR aku tinggal di Zagazig, jadi gambar di atas ni semua sebenarnya hasil dari tangkapan n candid orang. Hehe. Thanks to Kak Ann,Kak Iffah, Hanisah, Abang Bum, Wawan dan juga my own hp. Hehe ;)

Okay. Sekian saja untuk kali ni. Esok kalau ada transport mau pergi Tanjung Aru atau Beringis mau survey tempat mau picnic.

Sekian sahaja.
Terima kasih.

Wednesday, February 9, 2011

Jangan Salahkan Saya bila Suda Mula Rindu Seseorang

Assalamualaikum :)

Hari : Rabu
Masa : 1.15 petang.
Tempat : Ruang tamu.
Aktiviti : Tengah layan si budak comel, Syaakirah ni, sambil tngok Monster Inc. di Disney Channel.

Notes for today :
Sakit hati tadi bab tertidur lepas solat Subuh tadi. Ingat mau stay sebab nak sambut dorang yang dari Mesir sampai Sabah jam 6 pagi tadi. Bangun2 ja, 6.20 suda. Sob sob. Sedih.

Hari ni stay rumah satu hari. Ndak boleh keluar bab Kak ann jalan pergi urus pasal Karnival Keluarga Sakinah, jadi aku lah yang tolong jaga ini Syaakirah. Nasib kau comel. Geramm geraam >.<


Tadi tengah online, tiba-tiba rindu dengan Mesir. Rindu juga pada housemate aku terutama Lily Nazura, Liyana Khalisa dan Adzyan. Tidak lupa juga pada Kak Chaq. Rindu mau berkumpul sama kamu, then cerita ramai2. Aku lum ada num Malaysia, nanti kalau dah ada senang la aku contact kamu. Uisehh Ndak sabar nimau jalan2 sama dorang di kk. Hehehe ;)

Thats all for today.
Thank you.

Tuesday, February 8, 2011

Syukur Alhamdulillah

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi masih memberi peluang kepada kami pelajar Malaysia di Mesir, Sabah khususnya untuk sampai di muka bumi Sabah.

Aku sebenarnya dah lama sampai Sabah. Sabtu jam 5 petang. Aku bukan ikut rombongan pelajar Sabah balik Malaysia. Persendirian. Persendirian itu bukan bermaksud aku balik ikut jet bapa aku (uiseh macam ada), tapi guna tiket tambang sendiri. Itu pun sebab mak aku suruh aku join keluarga Abang Safwan yang kebetulan pergi Mesir untuk lawat adik dia yang baru kena operate. Aku memang kenal family dia, tu lah mak aku tanpa ragu2 suruh aku ikut dorang pulang Malaysia.

Masa awal2 tahu ikut abang safwan tu balik, sedih la juga. Entahlah macam mana nak cakap. Sedih sebab tinggalkan kawan2 kat Mesir yang masa tu belum kompem lagi balik Sabah ke tak. Time tu juga aku rasa, aihh macam pentingkan diri pula aku ni. Berat hati juga nak pisahpisah ni. Nak join dorang, kesian pula mak aku. Takkan nak burn gitu ja kan tiket tu. Last2 terpaksa suda ikut.

Masa tengah bersalam-salam dengan dorang, aku rasa yang sebelum ni susah hati, tiba2 jadi tenang. Clueless.

Sampai2 jak Sabah, balik terus telefon Shukriah. Berita baik !! Semua budak Sabah balik tanpa ansur2 lah. Wuhuuu Ndak tau macam mana mau cakap perasaan waktu tu. Mau nangis pun ada, mau jerit pun ada. Semua laaah ! Alhamdulillah.

Jumpa juga kita semua bah. Wiwit ^^.

Sini nak share sikit gambar yang akak aku ambil masa sampai airport Satu lalu. Enjoy :)

Syaakiraaaaah dan Syafiq ;)

Ya,aku paling pendek. Tapi comel yaw (sila tampar)


Semua sibuk bercerita.

Ni adik abang safwan. Ensem kan.Eiseh.


Sampai Sabah, ramai lah yang bertanya macam mana keadaan sana. Siap tanya 'belum kena tembak lagi kau ilah'. Soalan yag sama dituju pada Nisa.Hehe. Nauzubillah.

Nanti kalau aku rajin, aku jawab lah ya. Hehe. K lah. ak masuk tidur dulu.

P/s : Tadi jam 12.30 malam aku pergi airport, semangat dah nak sambut kedatangan kawan2 Mesir dari KLIA. Sampai2 jak, Wan Sherhan kata flight dorang kena delay sampai esok pagi jam 6 gitu. Sedih sedih. Pastu sempat juga chat dengan dorang, dorang kata ada masalah teknikal. Syukur. Nasib belum terbang lagi masa tu. Apa2 selamat sampai ke Sabah semua. Ameen. :)

Sekian.
Terima kasih.