Wednesday, June 30, 2010

CUTE BLOGGER AWARD

Assalamualaikum :)

Saya dapat AWARD special dari my new blogwalker :)

Thanks to SHER. Sorry ek, saya lambat buat entry untuk award ni ;D

 
Yeah ini dia :)

1. Apa nama blog dan kenapa letak nama itu ?
Okay. Nama blog ini ialah KHALILAH SAPAWI, di mana ia diambil direct dari full name saya.

2. Jelaskan kenapa dan bagaimana anda boleh dapat idea nak letak URL blog anda?
Saya pun tak tahu lah dari mana dapat nya URL ni. Yang penting saya suka ni URL pasal URL ni terang terang kasitau yang BELOG INI HANYA HAK MILIK AKU. Muahaha ;D

3. Bila blog anda bermula operasi?
4 June 2010. Sebenarnya langsung ndak ingat bah. Tapi sanggup tengok archieve semata-mata mau tengok tarikh first post. Toinkk ^^.

4. Siapa follower pertama anda?
Nahh ini lagi haprak. Langsung ndak tau. =___=''

5. Ucapan anda kepada si pemberi award.
Dear SHER,
Wiwiit Terima kasih sebab sudi bagi ni award walaupun kita baru berkenalan. Ecewahhh. Muah muah :) Semoga berbahagia selalu. *Tetiba skema. Perghh =.=''

6. Tag 9 orang yang patut dapat award istimewa ini.
- Syaza Syafeeqah
- KN28
- Sweet Kakai
- Mas Shahmi
- Ikhwan
- Liyana Khalisa
- Ieka Ahmad
- BLOGWALKERS
- MY FOLLOWERS ;D

Sekian.
Terima Kasih.

Tuesday, June 29, 2010

Pemakaian

Assalamualaikum :)

Hai hello guys. SELAMAT PAGI semua. Senyuuum ^___^.

First of all, again, saya mahu kasitau you all yang kucing saya yang kiut miut macam tuan dia (Sila Tampar) masih belum beranak, sama seperti Kakak saya yang tengah pregnant tu. Masing-masing overdue. Huh. Mau dibuat pertandingan ba ni, Pertandingan SIAPA BERANAK DULU DIA MENANG. Muahaha ;D

Gambar tidak jelas. Salahkan handphone.=__=''

Okay hari ini saya tiba-tiba semangat mahu cerita pasal pakaian.

Dari segi pemakaian, keluarga saya sangat sangatlah ambil berat terutama MAK. Jarang sangat kami pakai T-Shirt kalau keluar nak jalan-jalan. Mungkin kalau saya pun pakai baju T pun, tidak lah seketat orang lain pakai sampai nampak body yang kononnya lawa padahal nampak tayar-tayar terkeluar, tidaklah berlengan pendek seperti orang lain pakai sampai nampak bulu ketiak, tidak lah pendek seperti orang lain yang nak sangat kasi tunjuk punggung dorang yang kononnya montok dan tidaklah senipis seperti orang lain yang nak tunjukkan warna bra dorang masing-masing.

Kedua-dua kakak saya sentiasa memakai baju kurung setiap kali mereka keluar dari rumah. Saya pula, jenis orang yang pakai baju punjabi atau baju yang labuh tutup punggung.Bukan lah saya tidak suka memakai baju kurung, cuma lebih selesa dengan baju Punjabi. Yang penting tutup aurat kan. Tanya lah rakan-rakan saya. Dorang pun tahu macam mana pemakaian saya ni.

Saya teringat satu peristiwa di mana saya pernah bertanya kepada salah seorang rakan saya, mengapa dia memendekkan lagi baju PJ dia, atas punggung dan ketat padahal baju asal itu suda mengikut body dia. bayangkan lah dia pendekkan lagi itu baju. dan WAH ini jawapan dia "Ndak selesa ba khal kalau baju bawah punggung, macam punggung kita dipegang-pegang ini" Ya. Saya akan sentiasa ingat jawapan dia.

Ada lagi satu. Masa tu saya pakai baju kurung warna kuning. Dan setiap kali keluar, stokin wajib pakai. OKOK. Tetiba kawan tusyen saya yang duduk sebelah saya tanya soalan yang cukup bonus :"Khal, kau ndak malu kah pakai baju macam ni (baju kurung), kalau aku malu suda owh. Mau pergi tusyen pun mau pakai baju kurung, siap dengan stokin lagi tu. Ndak panaskah". Seraya saya menjawab "AKU TIDAK MALU DENGAN KAU. AKU MALU DENGAN TUHAN AKU, ALLAH"

Perghh kalau dia bukan Islam ndak pa, ini ISLAM. Takkan asas utama pun ndak tau =__=''

Dan kadang-kadang saya GERAM. Pasal apa? Ermm entahlah macam mana mau cakap. Sekarang kalau kita tengok mentaliti orang zaman sekarang, yang memakai baju kurung atau baju yang panjang kerapdipanggil MAKCIK walaupun usianya masih muda. Yang memakai baju T-Shirt dipanggil kakak.

Eh tolong lah, orang tua umur 50an pakai baju T pun aku pernah dengar dorang panggil kakak. Ni kawan aku sendiri, yang lagi cun dari aku pakai baju punjabi pun boleh-boleh ni ba kena panggil makcik. Terutama SALER tepi tepi jalan tu, siapa tertarik dengan produk dorang tu kalau dorang sendiri panggil makcik pada kakak-kakak muda, atau budak budak sekolah. Perghh =.=''

Pastu ada lagi, kalau di luar punyalah pakai tudung elok comel suda, sekali gambar profile dalam Facebook, nahh terbang segala tudung. Nauzubillahminzalik. Bukan setakat tak pakai tudung, ada yang gambar dia pakai singlet jak, nampak segala belahan. Tak kira lah belahan dada kah, belahan lemak ka semua ditayangkan.

Soal pemakain di rumah pula, okay ini pun kadang-kadang buat saya sakit hati juga. "Kenapa kau pakai tudung juga di rumah? Abang ipar jak pun" Eh hello, aurat aku dengan abang ipar aku seluruh badan okay! Pernah sekali abang sulung aku cakap yang kawan dia pernah nampak aku Tidak pakai tudung keluar membeli di kedai depan. PUI. Naik darah seluruh badan aku. Ndak pernah pernah ni bah. Keluar duduk beranda di luar pun aku pakai tudung, inikan pula pi kedai. Bukanlah nak bangga, tapi ini kenyataan dan insyallah cara yang betul untuk berpakaian.

Firman Allah lagi yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Ahzab, ayat 59).



Sekian.
Yang baik itu datangnya dari ALLAH, dan yang buruk itu datangnya dari salah saya sendiri.
Mohon maaf banya-banyak. Tapi renung-renungkan lah dan selamat beramaaaal :)
 
P/s : Saya mau pergi makan BAKSO luk. Jan jeles ^__^
 
Terima kasih.

Monday, June 28, 2010

Teka-Teki Spontan Dari MAK

Assalamualaikum :)

Masa : Petang
Aktiviti : Tengah tunggu giliran mahu bayar Parking di Wisma Merdeka

Mak : Ilah, mak ada teka-teki ni, cuba jawab.

Ilah : Apa dia mak?

Mak : Okay, kenapa orang cari duit?

Ilah : Erm maksud mak?

Mak : Yelah Orang kerja kan untuk dapat duit. Apa yang penting sangat dengan DUIT tu? Apa yang first sekali dorang buat dengan duit tu? Kenpa duit ni
penting?

Ilah : Ermmm selesa beribadat? Sara hidup.. bla bla bla. *Si Syafiq pernah jawab.Lagi skema "Untuk Mendapat Keredhaan Allah"- Macam jawab dalam Exam jak =___=''

Mak : Salah.

Ilah : habis tu ?

Mak : MAKAN lah ! Ya lah. Orang kalau tiada rumah pun masih boleh hidup lagi, duduk merempat ka tepi jalan. Orang tiada baju pun masih boleh hidup lagi, biarlah pakai daun jak tutup tutt. Orang tidak minum pun masih lagi boleh tahan. Tapi MAKAN juga yang paling penting. Mana leh hidup tanpa makanan.

Ring.. Ring.. Ring.. (Telefon berdering)

Syafiq : Mak, mak Ada beli MAKANAN ?


=____=''

Sunday, June 27, 2010

Sephia

Assalamualaikum :)


Hello guys. Tomorrow, erkk no, I mean today, hehe I will accompany my pregnant sis ^^ to RAFFLESIA MEDICAL CENTRE to see her doctor. Her due date actually is 28 July 2010, which mean she suppose to give birth today. But but but she can't. I don't know how to explain her problem =____='' The doctor said that her baby was not "engaged'' yet. Erkk gitu ka ah? Entahlahh susah mahu explain. Yang penting tu baby belum ready lagi mau keluar dari perut. Ngehhh =.=''

Okay okay. Then, the doctor gave her 7 to 8 more days for overdue. Kalau belum terbuka lagi pangkal rahim, maksudnya terpaksa operate. Hopefully, for the first baby, we truly want to avoid from the operation.

PRAY FOR HER. ^___^.

Okay okay you all mau tahu, I LOST 4 kg for the last month. I repeat. LAST MONTH. Not THIS MONTH, Muahaha bulan ni belum start lagi exercise. Semangat ada, tapi itulah KEMALASAN MELAMPAUI KESEMANGATAN. Adakkkah ? Ngehhh =____=''

Oh ya, sebelum terlupa .Hehe Kalau ada free,jenguk jenguklah kat Flickr.com saya.

Click HERE .
Thank you.

Bon Voyage

Assalamualaikum :)
 
Hello guys. I just came back from shopping with my mom and sis. Wuhuuu :) Unexpected day. After send my lil brother, Syafiq to his tuition at Likas, we went to KAIN MEWAH in the city and buy a lot of kain CANTEK PUNYA for RAYA soon. Awal? Mestilah ;D
 
Actually, tujuan utama nak pergi bandar ni sebab Mak nak beli kain kosong berwarna Coklat untuk cikgu-cikgu sekolah dia masa Lawatan ke Terengganu nanti. Tup tap tup tap kami pun tumpang-tumpang lah cari baju raya. Hehe boleh lah juga banyaknya tu. Fuhh =.=''
 
Then, tengahari sikit ambil Syafiq dan terus pergi PARKSON di Wawasan Plaza beli baju untuk Syafiq pula. Habis BELI, kami BELAH ke Masjid Negeri, sembahyang dan terus ke Pantai Tanjung Aru, makan-makan. hehe boleh-boleh ni bah kami berempat makan NASI AYAM. Menu sama jak, nasib air lain-lain. Muahaha :)
 
Okay okay cukup !

 

Di sini saya mahu mengambil kesempatan untuk mengucapkan TAHNIAH dan SELAMAT MAJU JAYA kepada dua orang rakan kesayangan di atas ni. 
Norezzati Ramli (Dolly) & Noradilla Osman (Jelita)
 
Wuhuu Mereka berdua masuk dah UiTM. Kemarin dah mula mendaftar. Norezzati UiTM Sarawak dan Noradilla pula di UiTM Sabah.
 
Dear Dolly dan Jelita,
Ada sedikit pesanan khas buat kamu dua orang :

  1. Jaga diri kamu baik-baik. Dolly, jangan makan ayam banyak nanti paha besar. Jelita, ehh kasi gumuk gumuk dulu badan kau tuh. Muahaha.

  2. Jangan lupa solat dan jangan kamu bergete-gete cari laki di sana. Muahaha :D

  3. Belajar rajin-rajin kalau mau capai IMPIAN kamu tu. Ingat asal mau exam, jangan lupa solat hajat dan telefon parents kasitau kamu exam.

  4. Jangan lupa aku ! Muahaha ;D

  5. Jelita, ui kau masi di Sabah juga kan, Ekeke masih bole jalan-jalan lagi bah. Dolly, jangan jeles ^____^.

  6. Ini yang paling PENTING ! : Sentiasa sematkan KECOMELAN dan KEKIUTAN aku, KHALILAH SAPAWI di dalam lubuk hati kamu. Muahahaha :D

  7. Ada lagi, best bah jadi budak SKEMA. hehehe ^___^.
  8. A lot of LUCK for both of YOU !
P/s : Kepada yang dah masuk Universiti dan mana-mana Matrikulasi, Tahniah dan selamat maju jaya juga buat kalian. Have Fun guys ! :)

 
Okay. Sekian sahaja dari saya.
Terima kasih.

Friday, June 25, 2010

Menangis Tidak Ada Salahnya

Assalamualaikum :)

Hari ini, teruja saya tatkala menatap kisah nostalgik dakwah ini dari blog UST. AHMAD HAFIZULLAH UBAIDAH lantas tergerak spontan hati saya untuk menyebarkannya dan bersama mendapat manfaatnya.


AYAH SAYA SUDAH BERSEDIA..
 

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat,seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.


Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumahitu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalahakhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri.Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.

"Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat".

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yangbahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itula hsebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.


Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.

Sekian.
Terima kasih.

Thursday, June 24, 2010

(Gambar) Seperti Yang Dijanjikan

Assalamualaikum :)

Masa : 23 Jun 2010
Tempat : Palm Square, Center Point Kota Kinabalu.
Aktiviti : Siok Sendiri (S.S) gambar sesama sendiri






Dia TINGGI kah atau saya yang RENDAH ? =____=''

Thank you.

Wednesday, June 23, 2010

the KARATE KID

Assalamualaikum :)

Hai hai. I'm back. From library SMK Tansau. Yeahh. Sambil sambil dengar lagu SATU MALAYSIA yg saya baru bluetooth dari Yesty, sambil tu juga semangat mau post entry. Wiwiit ^___^.

Awal pagi tadi bangun awal. Semangat bah cari baju yang mau dipakai. Shawl lagi. Ouhh Jalan-jalan sama geng lama. Mau pakai cantik. Kunun lah. Bahaha :D

Orait. Tadi Abang Wan yang hantar saya pergi Center Point. Makaseh bang wan. Actually hari ni mau pergi CP tu sebab mau baiki laptop lama dan handphone saya yang kurang asam cepat betul pecah LCD dia. Perghhh =.='' Sampai di CP, geng NOR saya suruh pergi the Olde Station, kelaparan sudah semua. Geng NOR? Hehe Nama dorang semua mula dari NOR bah - Noradilla, Norashikin dan Noorzafiera. saya saja yang lain, biasalah orang comel. (Sila tampar)

Lepas makan, Pira dan Shikin pergi solat. Saya dengan Dilla pula pergi hantar laptop di kedai yang kononnya saya boleh harap tu. Lepas hantar laptop, pergi cuci gambar saiz 8R yang harga dia punya mahal, RM10 sekeping. =.='' Lepas tu pergi beli tiket wayang.

Jam DUA baru mula. Sementara tunggu start, kami pun siok siok macam SS lah bergambar di Palm Square. Hehehe Sampai pekerja di HUSH PUPPIES tu tengok-tengok. Peduli lahh :D

P/S: Esok saya upload gambar tadi yeahh :)

Okay okay. Tadi tengok THE KARATE KID. Yeah saya bagi FIVE STAR untuk cerita ini. =.='' Suka. Suka. Sangat suka. Sebab apa?
 Sebab..
  • Jackie Chan yang berlakon.
  • Budak tu pun comel macam saya. ( Sila Tampar )
  • Menceritakan betapa susah nya pindah di tempat baru dengan bahasa yang baru.
  • Watak budak jahat tu menjadi sampai bikin saya mau tembak dia.Arghh =.=''
  • Mama dia pun lawak nih.
  • Cerita ni buat saya dan Dilla nangis banyak kali. *Si Pira minta puji kontrol endak nangis. Bluekk :D
  • Jackie Chan menunjukkan setiap perbuatan kita walaupun sesuatu yang kecil ada kaitan dengan kung fu. Waaaaaaaaa !
  • Si budak watak utama tu, Xiao DRE buat saya terpegun dengan usaha dia yang membuak2 mau kalahkan si budak jahat.
  • Suka scene time dorang berlatih sungguh-sungguh. Terutama time lepas si Jackie chan menangis terkenangkan kesalahan dia yang buat isteri dan anak dia mati.
  • Bikin tengan saya sejuk nebes masa perlawanan akhir.
  • Buat saya ternganga dan terlebih excited masa dia menang.
  • Kami duduk bahagian atas, jadi puas tengok. Muahaha :D

Yeah. Tengah-tengah tengok cerita ni, datang mesej kasitau laptop saya tak boleh dibaiki. Perghh.
Takpa. Takpa. =.=''

Okay. Selamat malam semua.
Terima kasih.

Love :

Tuesday, June 22, 2010

C O B A A N

Assalamualaikum :)

Wiwit. Saya suka tulis perkataan ni ( WIWIT ) asal pergi merajinkan diri menjelajah blog-blog orang.

Orait. Just now, I wore something different. Something that I never think before, I never saw before. And never ever care what people gonna say. Muahaha :D. Stop it Khalilah !

Okay, actually tadi petang, saya bongkar segala shawl di almari saya tuh. Lipat dan susun balik tempat asal. Then, jumpa Outer Tudung Syria berwarna HIJAU LUMUT yang kakak saya bilang warna tu tidak sesuai dengan muka saya yang comel ni. ( Sila Tampar ) Try try try. Memandangkan tu outer kecil dan tidak berapa menutup dada, so saya cuba gabung sama shawl yang lain. Finally, menjadi juga percubaan saya tu.

Tup Tap Tup Tap. Tadaaa ^___^.

Muka HAPPY dapat belajar benda baru.


Okay bah juga kan.

Orait. Esok mau keluar pergi CP, makan plus jalan-jalan sama geng lama, Norezzati, Noradilla, Norashikin dan Noor Zafiera. haihh semua ada NOR. Aku jak tada. =.='' Good night all.

Thank you.

Love :

Monday, June 21, 2010

B A H A G I A

Assalamualaikum :)

Hai hai. Saya bahagia sebab tadi petang saya terima TIGA shawls yang saya beli online dari DARLINA BOUTIQUE. Elegan. Cantik. Cun. Suka sangat-sangat. Bahaha :D

Dear Darlina Boutique,
THIS IS SPECIAL FOR YOU.








Harga pun murah. Dan tadi saya ada beli one of your shawls lagi for my dearest friend, Norezzati Ramli.

Tengok! Saya senyum sampai ndak nampak mata nih -_-.

Thanks a lot.

Love :

Sunday, June 20, 2010

( Gambar ) Kami Berlima

Assalamualaikum :)

Hehe hari saya nak share some pictures that had been captured yesterday when my friends and I went to the city. Yeahh.

Enjoy guys ^___^.




S M I L E :)
I will appreciate and miss this moment.


Thanks.

Love :

TAG TAG TAG

Assalamualaikum :)
Hai hai saya dapat TAG dari adik Khairah. Wuhuuu :)


Anda happy sekarang ?
Tidak. Sebab ramai kawan dah pergi masuk universiti. Waaa =___=''

Kenapa anda happy?
......

Apakah benda yang boleh membuatkan anda happy ?
Erkk. Makan. Sms kawan. Banyak lagi laaaah :)

Pernahkah anda menerima tag ?
Pernah bahh.

Nyatakan warna yang anda suka.
Semua tapi mesti ada kaler HITAM.

Beritahu sembilan orang yang anda mahu tag.
- Ieka Ahmad
- Mas Shahmi
- Liyana Khalisa
- Kak Hasni
- Ikhwan
- Ayenn
- Y
- O
- U

Tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag.
Menarik, tertarik kau memang de BOOM.

Adakah anda bersyukur dengan apa yang anda dapat.
Alhamdulillah :)

Sekian.
Terima kasih.

Love :