Tuesday, October 25, 2011

Its NOT My Fault

Assalamualaikum :)




Haha  =____=''

Monday, October 24, 2011

CASH - Clean and Safe Hospital 2011

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah hari ni aku berpeluang ikut program Clean and Safe Hospital 2011 (CASH), walaupun terpaksa keluar dari kelas Biochem dan Histology practical. Aku, Masriana, Jana, Sarinah dan Didim ja wakil dari tahun 2 perubatan. Yang lain rasanya kebanyakan dari Tahun 3. Pihak universiti yang anjurkan program ni. Jadi tak hairan lah kan memang majoriti pelajar arab yang terlibat dalam program ni. Wee :)



Area yang aku dapat tadi depan English hall. Dah la berlambak orang arab duk lepas sana, tapi peduli apakan. Haha ada satu part yang paling aku nda dapat lupakan, part aku sapu sampai patah penyapu tu. Ganassss kan. Haha malu gila masa pi tempat organizer tu untuk tukar penyapu. Yeayy maluu --'

Favourite word for today : JUM ! 
( Aku dan Jana ja tahu. Ngahaha XD )

Okay Terima kasih.

Bila Hati Bersuara

Assalamualaikum :)



Syaakirah apa kabar? Nak kunyah pipi boleh ? Ngehehe. :)

Okay macam tiada point habis post aku malam ni. Haha okay aku nak share sikit cerita yang menarik perhatian aku untuk dikongsi bersama. 

Bila Hati Bersuara.

"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.

Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.

Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.

"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.

Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin!"

Lelaki tua itu tersenyum lagi.

"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.

"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."

"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."

"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."

Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.


Sumber : iluvislam

Terima kasih.

Saturday, October 22, 2011

Perkara yang buat aku senyum lebar

Assalamualaikum :)

Tengah-tengah buat nota Anatomy tadi, tetiba nampak "Jiha Sabahan is online". Besar juga mata tengok. Lama gila kakak aku tak online. Semangat la terus video call. Sekali tengok rupanya adik aku yang guna skype kakak aku. Adik aku kat library, dan dan daaan kebetulan mak aku ada kelas. Dapat la juga skype dengan mak, tapi tak dengar suara lah. Dorang ja dengar suara aku. Adik aku tak bawa earphone. Peduli laaa. Wee :)

Yeahh itu dia. Mak shaiyangku dengan bebudak kelas PA. Hee :)

Dan GPM pun ada jugaaaa. Bertambah la lebar senyuman.

Rindu dan sayang kamu semua. Saranghae !! :)

Smart Circle Saranghae

Assalamualaikum :)

Punya semangat. Aku bangun seawal 3.30 pagi dan masa aku bangun tu baru aku rasa okey kenapa aku bangun awal gila padahal program sc saranghae ni mula jam 7.30 pagi. Haha. 

Aku nak tidur balik, tapi apakan daya nda dapat. Tengah baring tu, mula lah pikiran aku yang mengarut-ngarut ni datang. Memandangkan aku baru ja pinjam tulang SKULL (tengkorak kepala) dari PCZ, banyak la benda negatif aku fikir tengah pagi buta tu. Mana la tau yang skull tu tetiba gerak, plastik yang dalam nya tulang tu tetiba bebunyi2 ka tengok2 skull tu tiada suda dalam plastik. Adedehh. Imaginasi yang melampau2 okeh masa tu. Aku pun pelik =='

Ok stop cerita mengarut tu.

Program Smart Circle Saranghae ni adalah program gabungan seluruh sc a.k.a usrah dari Tahun 1 sampai la Tahun 5 perubatan dan farmasi. Aktiviti majoritinya sukan. Actually bukan yang lasak pun, sekadar suka2 untuk rapatkan ukhwah sesama ahli sc. Aku tak join sebab aku jadi jurugambar ja sepanjang program. Lari sana lari sini tangkap gambar. Sampai ada satu part dorang bekejaran sampai langgar aku, haha nasib kamera tak jatuh. Aigooo >.<



Aku paling suka part makan makan ni, sebab kali ni makan ramai2 dalam dulang. Suap menyuap. Dan paling aku suka, aku dapat makan ais krim asam moi kawan aku bagi. Weeeee. Teringat masa muda-muda dulu selalu beli aiskrim tu kat bas skolah, 20 sen satu. Haha :)

Okay itu sahaja untuk kali ni. Semoga ikatan persaudaraan antara kita semoga kekal abadi. Inshallah.

Terima kasih.

Thursday, October 20, 2011

So True

Assalamualaikum :)



:')

Wednesday, October 19, 2011

Got It Back

Assalamualaikum :)

Haha bilik tidur aku sekarang dah macam dewan yang ada konsert, full dengan spotlight spotlight a.k.a lampu belajar disebabkan lampu bilik dah main kelip mata dengan aku semalam.Dan pasal bilik gelap ni lah, keluar segala benda yang tidak diperlukan sampai aku yang besar ni pun boleh jadi kecut tengok benda tu. Dah benda yang aku maksudkan tu lipas kan. Aku trauma lah kes2 lipas ni. Last2 si Lily yang kecik dari aku yang tolong bunuhkan. Aku nak elak dosa membunuh tu, tu yang... ehem (alasan). hahaha XD

Kemarin birthday BFF aku a.k.a housemate aku. Wee Happy Birthday buat Lily Nazura Amjah. Semoga panjang umur, sentiasa dimurahkan rezeki dan berada dalam golongan orang yang beriman. Semoga tahun 2 ni menjadi tahun yang lebih baik dari tahun yang lalu. :)


Kuliah aku dah start 16 hb Oktober hari tu. Alhamdulillah, aku masih duduk kelas yang sama. Phew sangat bersyukur. Walaupun hari tu ada sedikit perbincangan pasal nak kekal kelas memasing,  Aku wakil banat untuk buat perjumpaan tu. Banyak yang aku belajar. Wee apa2pun sayang sama kelas D2, kerjasama kamu buat tu memang terbaek lah :)

Terima kasih :)

Friday, October 14, 2011

Tahniah Sekali lagi KAdeQ !

Assalamualaikum :)

Hee kali ni aku mau share gambar konvokesyen kakak aku 9 hb Oktober hari tu. Yeah serius jeles tengok gambar cantik2 happy go lucky ni. Tetiba terfikir nanti aku konvo macam mana ah. Haih kena tunggu dan lihat batch Kak Chaq dulu pasal dorang batch pertama medik. 

Kepada Kadeq, Tahniah sekali lagi. Doakan kami yang masih di belakang ni :)


Kadek yang pakai tudung merah aum aum :)



Seronok kaaaan ? Hehe :)

Sebenarnya banyak lagi, tapi sebab gambar bukan original dari Inspirasipelangi, jadi tak boleh letak bebanyak. Hee. Tahniah sekali lagi :)

p/s : Hurm rombakan kelas dah tahun ni. Sedih pula rasa. Positifkan jelah diri. Yeah ! 

Terima kasih.

Saturday, October 8, 2011

Kasih Seorang Insan Bernama IBU

Assalamualaikum :)



Kisah Benar Ibu Yang Berhati Mulia

Kisah ini adalah kisah benar sebuah keluarga yang sangat miskin, yang mempunyai seorang anak laki-laki di sebuah negara. Ayahnya sudah meninggal dunia, hanya tinggal ibunya yang sudah tua dan anak lelakinya sahaja tempat menumpah kasih sayang.

Ibunya bersusah payah membesarkan seorang anaknya, pada masa itu kampung tersebut belum memiliki elektrik. Semasa membaca buku, anaknya tersebut hanya diterangi sinar lampu minyak tanah, sedangkan ibunya dengan penuh kasih sayang menunggu anaknya sambil menjahitkan baju untuk sang anak.

Semasa memasuki musim luruh, adalah waktu bagi anaknya untuk memasuki sekolah menengah atas. Tetapi pada masa itulah ibunya menderita penyakit radang sendi-sendi atau Rheumatoid Arthritis ( RA ) yang parah sehingga tidak boleh lagi bekerja di sawah. 

Di sekolah itu, setiap bulannya waris murid-murid diwajibkan membawa 30 kg beras untuk di bawa ke kantin sekolah. Anak ini mengerti bahawa ibunya tidak mungkin boleh memberikan tiga puluh kg beras tersebut.

Berkatalah ia kepada ibunya: " Bu, saya mahu berhenti sekolah sahaja dan membantu ibu bekerja di sawah". 

Ibunya mengusap kepala anaknya dan berkata : "Niat kamu sungguh mulia nak, kamu memiliki niat seperti itu saja ibu sudah senang, tetapi kamu harus pergi bersekolah. Jangan khuatirkan ibu ya nak. Cepatlah pergi daftarkan ke sekolah nanti berasnya biar ibu yang akan mengantarkannya kesana".

Namun, anaknya tetap berkeras tidak mahu mendaftar ke sekolah, ibunya mula marah dan menampar anak tersebut. Dan ini adalah pertama kalinya anak ini dipukul oleh ibunya. 
Dengan berat hati, akhirnya anaknya pergi juga kesekolah. Ibunya terus berfikir dan merenung dalam hati sambil melihat bayangan anaknya yang pergi menjauh.

Tidak berapa lama kemudian, dengan lemah longlai dan nafas tercungap-cungap ibunya datang ke kantin sekolah dan menurunkan sekampit beras dari bahunya, pengawas yang bertanggung jawab menimbang beras dan membuka kampit beras lalu mengambil segenggam beras tersebut dan menimbangnya. Tiba tiba dia berkata : 
" Hai waris murid, kami tidak menerima beras yang isinya campuran beras dan antah. Jangan menganggap kantin saya ini tempat mengumpul beras campuran". Begitu malunya ibu ini, hingga tak henti hentinya berkali-kali meminta maaf kepada ketua pengawas tadi.

Awal bulan berikutnya ibu ini memikul sekampit beras dan masuk kedalam kantin. seperti biasanya beras tersebut diteliti oleh pengawas. Dengan dahi yang mengerut, ketua pengawas berkata: "Masih dengan beras yang sama". Selepas ini kalau begini lagi, maka saya tidak boleh menerimanya".

Ibu ini sedikit takut dan berkata : "Tuan pengawas, beras di rumah kami semuanya seperti ini jadi bagaimana? 
Pengawas itu pun tidak mahu tahu dan berkata : "Berapa luas sawah yang ibu kerjakan, sehingga berasnya boleh bercampur seperti ini". Mendengar sindiran pertanyaan seperti itu ibu tersebut akhirnya tidak berani berkata apa-apa lagi.

Awal bulan ketiga, ibu ini datang kembali ke sekolah. Ketua pengawas kembali marah besar dengan kata-kata kasar dan berkata: "Kamu sebagai waris murid kenapa begitu keras kepala, kenapa masih tetap membawa beras yang sama. Bawa pulang saja berasmu itu !"

Dengan berlinang air mata ibu ini pun berlutut di depan pengawas tersebut dan berkata: "Maafkan saya tuan, sebenarnya beras ini saya dapat dari mengemis".

Mendengar kata ibu ini, pengawas itu terkejut dan tidak boleh berkata apa-apa lagi. Dilihatnya ibu tua tadi duduk di atas lantai, menggulung seluarnya dan memperlihatkan kakinya yang sudah mengeras dan membengkak.

Ibu tersebut mengesat air mata dan berkata: "Saya menderita sakit radang sendi-sendi , malah untuk berjalan pun susah, apalagi untuk bercucuk tanam. Anakku sangat mengerti keadaanku sehingga mahu berhenti sekolah untuk membantuku bekerja disawah. Tapi saya melarang dan menyuruhnya terus bersekolah."

Selama ini saya tidak pernah memberi tahu sanak saudara yang ada di kampung . Lebih-lebih untuk memberitahu pada anakku, aku takut menjatuhkan harga dirinya.

Setiap hari pagi-pagi buta dengan kampit kosong dan bantuan tongkat, aku pergi ke pasar, tempat orang menjual beras, hanya untuk mengemis beras beras yang tercecer di pelantar. Dengan susah payah aku pergi kedai demi kedai hanya untuk mencari beras tercicir. 
Sehingga hari sudah gelap, aku pun perlahan-lahan kembali ke kampung sendiri. Sehingga pada awal bulan semua beras yang terkumpul memenuhi syarat untuk diserahkan kesekolah.

Pada masa ibu tua itu bercerita, secara tidak sedar air mata Pengawas itupun mulai mengalir, kemudian mengangkat ibu tersebut dari lantai dan berkata: "Bu sekarang saya akan melapor kepada pihak sekolah, supaya boleh diberikan sumbangan untuk keluarga ibu."

Ibu tadi buru- buru menolak dan berkata: "Jangan, kalau anakku tahu ibunya pergi mengemis untuk sekolah anaknya, maka itu akan menjatuhkan harga dirinya. Dan itu akan mengganggu pelajarannya. Saya sangat terharu dengan kebaikan hati tuan pengawas, tetapi tolong ibu agar boleh menjaga rahsia ini."

Akhirnya masalah ini diketahui juga oleh pihak sekolah. Secara diam- diam Pengetua sekolah tidak meminta biaya sekolah dan biaya hidup anak tersebut selama tiga tahun. Setelah tiga tahun kemudian, anak tersebut lulus masuk ke perguruan tinggi Qing hua dengan nilai 627 point.

Di hari anugerah sekolah, Pengetua sekolah sengaja mengundang ibu anak ini duduk di tempat duduk utama. Ibu ini merasa aneh, begitu banyak murid yang mendapat nilai tinggi, tetapi mengapa hanya beliau yang diundang.

Yang lebih aneh lagi di sana masih terdapat tiga kampit beras. Pengawas sekolah tersebut akhirnya maju ke depan dan menceritakan sebuah kisah tentang seorang ibu yang mengemis beras demi sekolah anaknya. 
Pengetua sekolah pun menunjukkan tiga kantong beras itu dengan penuh terharu dan berkata kepada para hadirin seraya menunjuk pada ibu tadi : "Inilah sang ibu dalam cerita tadi."

Dan mempersilakan ibu yang luar biasa tersebut untuk naik ke atas pentas. Anak ibu tersebut dengan ragu-ragu melihat ke arah gurunya yang sedang menuntun ibunya berjalan ke atas pentas.

Ibu dan nak ini pun saling bertatapan. Pandangan ibu yang tajam dan lembut kepada anaknya membuatkan anak tidak dapat untuk menahan tangisnya, dipeluknya susuk tua dihadapannya itu dan merangkul erat ibunya sambil terisak sambil berkata: "Begitu mulianya engkau Ibu, sungguh aku tak boleh untuk membalasnya..

:')

Terima kasih.

Perasaan yang Tetiba Datang

Assalamualaikum :)



Tetiba perasaan rindu dengan mak datang tengah malam buta ni. Hurmmm :')

Okay, Nak cerita satu benda ni. Tadi baru dapat tahu yang kuliah mula 16hb Oktober. Okaih masa tahu pasal tarikh kuliah buka tu, memang rasa macam mahu baling ja ni laptop. Grr. Apa tidak, aku dari awal memang merancang nak balik lambat sebab mau ikut mak datang konvo Kadeq 9 hb Oktober ni. Tapi bila fikir balik, takut pula balik sorang2. Lagipun semangat juga mahu masuk kuliah awal, tu yang tak jadi nak balik lambat. Sekali tengok. Aish memang menyesal tak pasal pasal. Tapi apa bole buat juga kan. Dah sampai sini. 

Kepada kakakku sayang, Kadek.
NAJIHAH BINTI SAPAWI
Selamat berkonvokesyen Ahad ni. Wee :)
( IIUM )

Terima kasih.

Thursday, October 6, 2011

Tarbiyyah Hidup

Assalamualaikum :)



Orang yang BERIMAN berada di antara lima KESUKARAN :
  • Muslim lain yang HASAD kepadanya
  • Orang MUNAFIK yang membencinya
  • Orang KAFIR yang ingin membunuhnya
  • SYAITAN yang mahu menyesatkannya
  • NAFSU yang sentiasa menentangnya
" Hidup ini perlu mentarbiyyah dan ditarbiyyah "

Sekadar perkongsian.

Terima kasih.

Wednesday, October 5, 2011

Alexandria Mareeeh !

Assalamualaikum :)

Currently listening to Hingga Akhir Waktu, by Nineball. Nice sad song :')

Okeh now I have mood for sharing pictures that I took when we were having trip to Alexandria. yeah. *Walaupun cerita ni suda basi iaitu 3 bulan yang lalu tapi ehem tak salah kan ehem. Hee enjoy :)

Finished with "house-moving" process, my classmates did a plan to go there for about 3 to 4 days. We stayed at Rumah Sabah, and thanks to Nisa, Aimi, Dg Syazana, Burin and the rest for taking care of us by cooking us some food. Ehem hehe :)


City Centre, the first shopping mall we visited just after we arrived in Alexandria.


Then that night, Lily, Dayana, Khalid and I went to Green Plaza.


All of us went to "Montazah" on the next day. Awesome place to visit :)




The 3rd day, we enjoyed visiting Bibliotheca Alexandrina (library act.), beach and ate beriyani. :)


Nyum  nyumm :)

Okay thats all. 

Love , 
US.

Thank you.

Percaya Padaku

Assalamualaikum :)

Entah kenapa semangat mengupdate tetiba datang tengah malam buta ni. Phew. -.-

Okay aku rasa happy hari ni dari tadi pagi. Apa tidak, ayahku sayang kol biarpun masa tu jam 4 pagi.  Aku mengaku yang ini adalah pertama kalinya aku dapat panggilan direct dari ayah aku. Aku ambil kesempatan letak nombor Mesir aku di handphone dia masa bercuti di KL hari tu. Wee :)

Terima kasih pada mak dan ayah sebab percaya pada ilah dalam bidang perubatan ni. Walaupun bidang ni bukan satu bidang yang senang, tapi inshallah ilah buat yang terbaik. 

Okeh aku rasa aku tetiba homesick. Rindu mau main sama Syaakirah setiap petang. :')

Sangat rindu !

"You just have to be happy. If you are, everything else will fall into place"

Thank you.

Tuesday, October 4, 2011

Jangan Fikir Aku Menghilang

Assalamualaikum :)

Minta maaf banyak pasal tetiba ja mendiamkan diri dari mengupdate belog ni. Erk rasanya hampir tiga bulan dah belog ni terbiar sampai banyak kawan tanya pasal pa balik2 buka kek batik kek batik kek batik -.-

Okeh disebabkan terlampau banyak cerita yang aku mau share, jadi aku pun nda tahu mahu mula dari mana. 

Oleh itu, aku buat keputusan untuk simpan dulu cer cer tu, dan aku mahu mengambil kesempatan untuk mengucapkan bittaufiq wannajah kepada adikku tersayang, Mohd Syafiq bin Sapawi yang akan menghadapi PMR tahun ni. Buat yang terbaik, jawab elok2, banyakkan berdoa dan solat hajat tu. Minta maaf dengan mak ayah dulu sebelum buat apa2 pun. Ilah sentiasa doakan Syafiq di sini. Inshallah Syafiq boleh buat tu. Jangan oberkonpiden suda la ya.

Wee aku pula yang rasa nebes nebes sejuk. -.-


Ini adik aku yang aku maksudkan tu. Ya ya dia memang lagi tinggi dari aku. Aku kan kecil, comel lagi tu (sila tampar.hehe) Dan satu lagi, ramai orang kata muka aku sejibik macam adik aku. Adik beradik la katakan :)

Okay next time aku share storimori ya. See ya !

Terima kasih :)