Wednesday, December 12, 2012

Mencari Ketenangan

Assalamualaikum :)


Permulaan tahun baru yang agak hurmm menghampakan. Menghadap tiga ujian besar. Satu baru separa selesai, dan dua lagi tu, dalam proses mengabaikan. Terganggu sekalian pelajaran dan perasaan. Ouh agak negatif kan. Astaghfirullah.

Hampir sebulan lagi exam pertengahan tahun tiba. Dan aku masih terkapai-kapai setiap malam mengejar apa yang telah dipelajari di kelas. Inshallah, akan mula mencari semangat bangun semula. Sedikit demi sedikit, yang penting berterusan. 

Mencari ketenangan. Allah ~

Friday, May 18, 2012

[LIVE from Zagazig Egypt] Its All About You Mom

Assalamuaaikum :)


First written paper for this year
PHYSIOLOGY
Inshalah akan buat yang terbaik.
Doakan kami mudah untuk menjawab.

Dr. Bahaa tolong a mcq tu kuar dari buku akmal diab. Please ! Eseh XD


Monday, May 14, 2012

You Still Have Time

Assalamualaikum :)


:)

Captured Everything

Assalamuaaikum :)

Current favourite song : King - Maybe.

















I am just missing them... :')

Thanks friends. I learned and changed a lot after knowing, 'GPM'-ing , staying with you all :') 

Oh ya, kepada mak tersaiyang, Patimah Binti Ali. 

SELAMAT HARI IBU.
 Ilah sentiasa doakan kesejahteraan mak dunia akhirat. I looove you :)


Terima kasih :)

Monday, April 30, 2012

Mohd Ikhwan Chacho a.k.a Wawan, Maafkan Daku

Assalamualaikum :)

Eseh tajuk tu bah, lebih-lebih pula kan. Okay  hari tu masa aku besday, banyak hadiah menarik yang aku dapat. dan salah satunya dari Wawan. Wawan hadiahkan gelas yang sangat-sangatlah attractive. Dan pasal ke'attractive'an itu lah yang membuatkan aku kerap guna gelas tersebut pagi petang siang malam.

Sampailah satu hari, tengah-tengah aku basuh gelas tu, sticker gelas tu terkupak-kupak a.k.a terbuka/tercabut-cabut. Sedihh sangaat rasa time tuuu. Terus aku bernekad untuk tidak guna lagi tu gelas, mau simpan baik-baik. Seriuus sayang aku kalau part hadiah-hadiah ni. Im so sooorry Wawan.

Ni khas untuk kau :)


* Nampak ka terkupak-kupak tu belum tengok lagi side lagi satu. Hancuuur T_T

*Okay terasa agak kelusuan sedikit ya di situ. Aku belum kasi tau apa jadi, suda wawan T___T. Yeayy XD

Dan satu lagi, mau minta maaf pada UA. "Kingmax 8GB" yang kau hadiahkan tu pun rest in peace a.k.a hilang. Im so sorry :'(

Okay malam ni sangat relax. Duet-duet gitar sama lily. Yehaa. Esok cuti. Selamat hari Pekerja :)

Terima kasih.

Saturday, April 28, 2012

Auchak ! Sayang mama sayang papa

Assalamualaikum :)


Alim : Doctor-doctor, ada tak ubat untuk orang "homesick" ?
Aku : *speeeechless =.='

Final exam coming soon. 09052012. Bermula dengan practical exam > Written exam > oral exam > BALIK MALAYSIA !! Tak lama lagi, 2 bulan. Yeahh DUA BULAN. Lama nya lagi tu =.=''



Kepada semua sahabat walau di mana anda berada, 

BITTAUFIQ WANNAJAH. 
Banyakkan berdoa dan solat hajat.
Semoga kita dipermudahkan dalam menjawab setiap soalan :)

Terima kasih.

Monday, April 23, 2012

Once in Four Years 29 February 2012

Assalamualaikum :)

29 Februari 2012. Pizza 7days Zagazig. Khalilah Sapawi ft. Saiful Amri. Perghh :D








Terima kasih sangat-sangat semua :)

Sunday, April 22, 2012

Jelajah dari Zagazig ke Luxor Aswan

Assalamualaikum :)

27 Januari 2012. Winterbreak yang lalu. Benda dah lama. Ketinggalan la katakan. Tetapi setiap saat, minit, jam, hari, "pengalaman", cruise semua kompem tak dapat dilupakan. Awesome. Perghh. Eseh lebih-lebih pula kan. Hee enjoy !






Sempat naik HOT AIR BALLON. Winkwink :D


Thanks :)

Wednesday, January 25, 2012

L.A Here We Come

Assalamualaikum :)

A very quick update for today, tomorrow we'll be facing our last paper Anatomy for this second year midterm exam. Eseh speaking jap. Nak pergi LA kan, jadi kena latih cakap omputeh la katakan. Perghh. Ngahaha.XD


Cantik kan cantik kan ? Okay dari semalam aku feeling jambu2 sikit. Like serously aku sangat-sangat jatuh hati dengan bunga ros berwana hot pink gitu. Auw! Boleh-boleh aku pergi search semua image di google then download. Macam tiada kerja kan, padahal esok exam. Tolonglah Khalilah =.=' Tapi serius, cantik. Erk okbai ! Hehe :D

Baru-baru ni ramai orang makin pelik degan cuaca kat Mesir ni. Aku pun pelik lah juga. Okay gini, sepanjang aku duduk tinggal di Mesir ni (walaupun baru setahun jagung), hujan turun paling lama pun 5 minit kali. Tapi hari tuuu (entah bila tu) memang terkejut lah juga bilamana dari awal pagi hingga ke petang non-stop hujan. Oh ya, hari tu hari Jumaat, dan aku perasan hujan cuma berhenti masa solat Jumaat ja. Hurm then heboh berita Mesir ada turun "salji". KLIK SINI UNTUK VIDEO .Luar jangkaan suda tu. Mungkin pasal ni juga Mesir terutama Zagazig makin hari makin sejuk. Wallahualam. 


"We have our own Kundasang. Yeah!"
p/s : Ignore muka aku, sangat excited buat "asap asap" time tu. =.=''

Okay tiga paper sudah lepas. Setakat ni alhamdulillah sangat-sangat sebab dapat jawab soalan dengan baik. Cuma paper biochemistry tu kureng sebab tak sempat recheck. Tapi inshallah okay ja kali. *yakintetiba. Nama pun exam kan, baca hafal punya lah main banyak, sekali yang keluar cipuut semacam. macam 5 % jak dari yang dihafal tu. Tapi ndapa, orang kata belajar untuk ilmu bukan untuk exam. Ingat tu. Yeah !

Tengok meja aku clean and clear kan. Hahaha belum tengok lantai lagi ni, sepah dengan makanan buku sekalian. Okay exam kali ni, aku langsung ndak sentuh meja belajar aku. Mood aku lebih kepada belajar atas lantai dengan meja ala korea gitu. (Korea la sangat =.='') Situlah belajar, situ lah heater, situlah online. Yeah itu dia. Ngahaha XD

Okay kita cakap balik pasal LA. Sebut jak LA mesti ada yang ingat pergi Los Angeles ka, macam menarik kan. Sebenarnya L.A tu stands for Luxor Aswonn. Yelaah. Kite orang takde duit ler nak pergi jauh jauh macam ada orang tu pergi London gitu winter break ni. Yelah pergi lah, tak kesah. (Sila tampar) Hahaha Kebanyakan kawan kelas aku pergi LA ni, mak aku pun bagi green light, jadi aku pun excited. Satu rombongan dalam 20 lebih orang under agent Sunshine. FYI, Aswonn adalah tempat ke 15 tercantik di dunia. Huehuehue tak percaye ek, KLIK SINI. dan ni ialah jadual perjalanan sepanjang trip ke LA.

Itinerary 3 Nights / 4 Days Aswan --> Luxor (departs every Friday)

Day 1: Aswan

Embarkation before lunch. 
Then in the afternoon, 
visit the High Dam,
 the Unfinished Obelisk, 
sailing by Felucca & 
view of Agha Khan Mausoleum. 
Overnight at Aswan.

Day 2: Aswan /
Kom Ombo / Edfu


Sailing to Kom Ombo Philae temple in the morning and 
visit the temple shared by two Gods Sobek & Haroeris 
then continue on to Edfu. 
That afternoon, visit the temple of Horus and sail on to Esna. 
Overnight at Esna.

Day 3: Esna / Luxor

Morning sail to Luxor. 
Upon arrival in Luxor visit Luxor and Karnak Temples. 
Overnight in Luxor.

Day 4: Luxor

Disembarkation after breakfast. 
Cross the West Bank to visit Thebes Necropolis, Valley of the Kings, El Deir El Bahari of Hatshepsut and Colossi of Memnon facing the Nile.

Semoga dipermudahkan urusan dan keselamatan sepanjang perjalanan. Doakan kami ya ! :)
Ohya satu lagi, dua dua kakak aku Kak Ann dan Kadek dah balik Sabah, kerja kat Sabah. Kak Ann dapat jadi Ustazah. Alhamdulillah dan Kadek sekarang masih mencari kerja. Semua orang rumah dah complete kecuali aku. Sobsob tiapa lah, yang penting boleh skype selalu. Boleh lepas rindu tengok Syaakirah. Yehaaa :D

 Rindu rindu rindu semuaa :')

Okay doakan kejayaan kami semua di sini.
Terima kasih :)

Wednesday, January 4, 2012

MTC Zagazig 2011 | Sepia Mood

Assalamualaikum :)

Mesyuarat Tahunan Cawangan Zagazig 2011, 31 Disember 2011. Aku diamanahkan untuk menjadi AJK Unit Teknikal dalam mesyuarat ni. Tugas aku seperti biasa menangkap gambar sepanjang mesyuarat berlangsung. Dan tadi tetiba aku ada mood mengedit sebahagian gambar versi sepia. Eseh sepia la sangat. Enjoy :)




Okeh aku perasan sekarang adalah musim gadget. Ramai kawan2 aku dah beli handphone baru daaan kebanyakan dorang beli Sony Erricson Experia. Perghh. Dan aku pula gerigitan mau beli lens canon baru. Oh tidaaaak. Midterm exam dulu okeh. Fuhh >_<

15 hari lagi untuk ke exam midterm. Doakan kami semua di sini. See ya ! 


Terima kasih :)