Saturday, June 27, 2009

Award Dari Syaza ku :)

Assalamualaikum :)Aku nak ucap terima kasi sesangat kat Syaza Syafeeqah bab bagi aku award ni.
Ini lah award yang pertama kali aku pernah dapat.
Hahaha besa la kalau orang baru dalam blog ni.
Aku menghargainya kerana dirimu begitu berharga. hahaha :)

Then aku kena bagi kat orang lain award ni but there are some rules.


Let See.


* Kena letak award ni di blog

* Bagi award ni kepada 10 blogger yang rapat dengan anda atau yang anda suka/minat atau yang anda senangi dan memberi inspirasi kepada anda


* Memberitahu penerima award ni dengan memberikan komen di blog mereka penerima2 award seterusnya :
Kak Ann
KadeQ
Ana
Hlyeda
aQmalBaik
SEKIAN ~ !

Wednesday, June 24, 2009

Sedih Bha.

Assalamualaikum :]
Arggghhhhh ~~!!!
HANDPHONE AKU MASUK AIR
Masa : Pukul 1.36 petang.
Tempat : Tandas Smk Perempuan.
Perasaan : Kecewa + Sedih + Hepi sikit
Tindakan : Terpaksa pinjam handphone dengan Kak Ann
~~ Thanks Kak Ann ~

Monday, June 22, 2009

Just Piktur :)

Assalamualaikum :).
Esok aku ada exam KKQ. Tapi macam malas pulak baca. Jadi aku saja2 post entry yang sepatutnya aku post hari ahad.

Pagi tu aku dengan kawan2 aku ada belajar KKQ. Sempat lagi kami ambil2 gambar just mau kasi tunjuk betapa rajin nya budak SMP. Huh~! Hehehe :)

Balik jak dari kelas KKQ ni, Kakak aku ambil adik aku c Syafiq then bawa kami pi makan di Tanjung Aru Beach. huhuhu :)

Pastu kami balik rumah. Dalam perjalanan pulang tu, kami sempat ambil gambar. hehehe :).

Petang tu aku ada tuisyen di Cekal. Aku dapat tahu yang Cikgu Kartini, cikgu yang mengajar kami prinsip akaun akan berhenti sebab dah diterima masuk kat Maktab Perguruan Keningau. Jadi aku keluar awal dan belikan cikgu beg yang berwarna krim. Cantek :) ~!

Okay. That's all. Tata :).

Thursday, June 18, 2009

New Teacher!

Assalamualaikum :))

Heliza ! Heliza ! Heliza ! Huh! Sekolah aku sekarang dah masuk guru2 praktikal dari UMS termasuk la c heliza. Masa first day heliza datang kat SMP ni, masing2 berebut masuk kat pejabat am semata2 mau tengok muka c heliza nie. Ehh! Cikgu Heliza ba. Hehe teringat aku dengan filem SYURGA CINTA yang heliza ni berlakon jadi cikgu Syuhada. Ada sebahagian dari pelajar SMP ni panggil dia Cikgu Syuhada. Aishhh!! Kenapa dia tak bawa sekali c Awal datang sini. Boleh pengsan mungkin aku ni. Hehehe :))



Aku mengaku sendiri yang muka dia sangat sesangat la cantik dan cun. Sekali senyum fuhh~!! Bole cair bha kami. Ni baru perempuan kalau lelaki ndak tau la macam mana kan. Hehehe :)

Have A Nice Day :)

Saturday, June 13, 2009

13 Jun 2009

SAlam :)

Huish! Hari ni la aku rasa hari yang paling banyak aktiviti :)

PAGI
Pagi tadi mak aku hantar aku ngan Syafiq (adik aku) pi sekolah dia. Mak suruh kami belajar kat library sana. Tapi masa tu ada gotong royong bersihkan library. Termasuk la mengecat, lekat dan potong polistrin, angkat meja, ubah rak, nyanyi2, makan2 dan sebagai nya. Hehehe :)

Ada satu masa yang aku rasa geram sesangatlah geram. Time tu baru nak start mengecat bilik media. Pastu balik2 aku dengar budak tingkatan empat samada laki atau perempuan cakap ASTAGA, ASTAGA,ASTAGA ! Aku ngan c Salwa (librarian) ada juga tegur bebudak tu. Tapi huish! Sebut juga. Macam mau tembak jak satu2 orang. Heh~! HelloOoOo.. Bukan nya ada maksud juga kamu cakap camtu. Cuba la ucap Astaghfirullah. Bukan nya susah pun, bukan nya panjang pun, bukan nya kena bayar pun, dapat Pahala lagi bha.

Yahhhhhh!!!

Okai sambung yang pasal gotong royong tu. Hehe :) Aku ngan Sherina (kakak senior) kena suruh mengecat di luar library tu. Huh~! Semangat terus bah! hehehe First time la katakan. Sebelum nie aku tolong tengok orang mengecat jak. Hehehe :) Cat yang kami dapat tu warna biru petronas. Uish lawa eh! Aku lucu sangat terutama masa mau kacau cat yang bercampur ngan air tu. Time tu c Sherina pasang lagu Hindustan, ala yang Mohabbatein tu.Apalagi menari jak la kami masa tu sampai aku ni pun terikut2. Hehehe :) Bertambah semangat aku kacau2 tu cat sampai tertumpah2 ni bah. Hehe Nasib cikgu ndak marah. Banyak lah lagi kami pasang lagu time kami mengecat. Itulah saat yang paling best bersama budak librarian :)

TENGAHARI

Petang ni sepatutnya aku dan adik aku c Syafiq kena pi tuisyen kat Luyang. Tengah2 aku cat dinding luar tu, Cikgu Rosaini panggil yang kakak aku dah nak datang ambil aku kat sekolah. Uish~~! Malas betul eh time tu. Balik jak rumah, aku saja2 ja cakap ngan kakak aku yang aku macam malas jak pi tuisyen tu. Tetiba dia terkejut nie. Dia kata yang aku teda tuisyen hari nie, Syafiq jak ada. Ahhhh~~! Macam mau terbang jak aku masa tu. Yehaa~~! Lebih kurang jam 2 macam tu aku balek ke sekolah dan sambung mengecat :)
MALAM
Malam ni aku ngan kawan prep malam buat rancangan nak surprise kan mak aku. Hari ni besday mak aku yang ke 53 Tahun. HEPI BESDAY MAK :). Hehehe. Menjadi jugak akhirnya~! Yeah~! Sesangat best :) kami buat party sikit untuk mak aku kat library. Kak Ann pun ada ikut join sekali. Pastu kami belajar 20 minit jak. Lebih kurang jam 10 semua kemas beg dan ready2 untuk men badminton.

Mak ada beli 2 pasang raket baru + net + shuttle. Makin best la kami bab semua dapat main sama2. Ada satu masa mak aku pun join sekali main. Uish~! Bibir ni tersenyum ngan ketawa jak setiap sangat. Boleh kejang ba. Ndak pandai berhenti ketawa ni sepanjang main. Habis main, kami makan piza plak. Piza tu kakak aku yang bawa time party cuma kami rancang makan lepas main badminton. Kenyang betul hari ni tau.

Okay that's al for today. Hari ni lah hari yang paling merah bersama kawan2 librarian :)

Friday, June 12, 2009

Pelik !


Sangat pelik ! Aku tak tahu la tahun nie banyak betul masalah yang datang kat diri aku. Memandang kan belog ini khas untuk luahan hati, jadi hari ni pun aku nak ambil kesempatan untuk melepaskan ketidaksenangan dalam jiwa ini.
Banyak perkara yang aku fikir.
Misal nya :
::Kenapa perangai aku tahun ni makin menjadi2 ya?
::Kenapa aku makin malas?
::Kenapa aku makin gemuk?
::Kenapa aku mau jeles kat orang lain yang rajin tu padahal diri aku yang sebenarnya pemalas?
::Kenapa aku selalu jalan2 kat cp cam orang tak da keja dah?
::Kenapa mesti aku juga yang jadi orang bersalah dalam satu pergaduhan antara aku dan teman?
::Kenapa aku makin suka pink? ( Aik? hehehe :) )
::Kenapa aku tak leh kontrol main internet?
::Kenapa aku sekarang makin kuat tidur?
::Kenapa??!!

Ish2. Apa dah jadi dengan aku ni.Adui (+_+)! Aku target nak sambung jauh lepas SPM ni. Inilah harapan mak aku, dan harapan aku sendiri.
Tapi ku sekarang dah cuba sedaya upaya untuk jauhkan semua masalah nie. Yang paling penting, DOA supaya semua masalah kita hadapi ini tidak akan berterusan.
SENTIASALAH BERMUHASABAH DIRI !

Thursday, June 11, 2009

Siapa yang Untung? Siapa Yang Rugi?


Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnyaseolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyuman nya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalahorang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dantidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang adasentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namunmasih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikandi mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Tuesday, June 9, 2009

Anggur & Kiwi Fresh Cream Trifle !

Kali ini aku nak berkongsi resipi manisan yang kakak aku, Kak Ann peroleh ilhamnya dari http://nanirostam.blogspot.com/. Nama resipi ini ialah Strawberry Fresh Cream Trifle. Ia mudah dibuat, manis dan sedapppp...:) jadi, sempena nak menyambut kepulangan emak yang berada d Terengganu dan abang ipar aku yang baru nak balik dari satu kursus. Tapi kakak aku gantikan strawberry kepada kiwi dan anggur sebab strawberry kat KK ni sangat2 lah mahal dan payah nak cari :) Dan tugas aku cuma taking piktur dan bantu benda2 yang patut. hehe (^^).so let's check this out..



Baiklah,cara-caranya ialah...:
Lapisan bawah sekali:
Susunkan kek sponge yang dipotong kiub memenuhi lapisan dasar di dalam mangkuk kaca kaserol. Sapukan di atas kek tersebut lapisan jem strawberry secukupnya. (Jem buah yang asli atau berkualiti).
Lapisan 2:
Didihkan 1 tin susu cair ideal, 1 tin air, ½ tin gula pasir atau manis mengikut kesukaan. Apabila mengelegak masukkan 2 sudu makan tepung kastard yang telah dibancuh dengan ½ cawan air. Kacau tanpa henti dan tutup api. Sejukkan dan tuang setengah daripadanya ke atas lapisan kek yang telah di sapu jem. Simpan yang setengah lagi untuk lapisan seterusnya.
Lapisan 3:
Putar 250gm fresh cream hingga kembang (fresh cream boleh didapati di kedai menjual barangan membuat kek. Sapukan separuh daripada krim yang diputar tadi di atas lapisan kastard tadi. Simpan separuh lagi untuk lapisan seterusnya.Tabur di atasnya hirisan buah-buah stawberi. (Kalau suka boleh tambah buah-buah lain seperti anggur, kiwi atau pic.
Lapisan 4:
Sapukan baki lapisan kastard yang separuh tadi.
Lapisan 5:
(Lapisan Paling Atas)Sapukan baki lapisan fresh cream yang separuh tadi. Dan taburkan hirisan buah strawberi atau kiwi atau buah anggur. (Sejukkan di dalam peti ais semalaman sebelum dihidang)
**************************************************************************************************************

Kakak aku dah cuba resipi ni sendiri. Tapi dia tak guna kek sponge,dia hanya guna kek gulung yg available kat mana-mana kedai roti.hehehe :).Kalau tak percaya.scroll bawah ni....ni version yang kakak aku buat sendiri..:)


Langkah pertama,susun kek mcm ni dan sapukan jem atas kek.
Then, langkah kedua letak kastard masak dan disejukkan di atas lapisan pertama ni ok.

Langkah ketiga pula,sila baca langkah2 di atas
ni langkah keempat.Sepatutnya,tuang jak kastard ni tapi oleh kerana tak cukup, maka kakak aku pun berhati-hati la dlm membahagikan kastard ni untuk 2 portion supaya cukup.Hehe :). dan akhir sekali....*****



TADAaa..inilah DIA - Anggur & Kiwi Fresh Cream Trifle - yang kakak aku berjaya hasilkannya buat kali pertama.



BEST! Pembuat bersama hasilnya..
Tak salah kalo buat sekali-sekala walaupun kita tengah diet..mesti ahli keluarga atau adik-adik atau suami/isteri kita suka kan? Dan kalau ada jamuan pun,kita boleh la hidang pada para tetamu.



SELAMAT MENCUBA..:) !!!

Monday, June 8, 2009

Suka Bah Sekolah !

Salam.
Sekolah. Sekolah. dan Sekolah.
Seronok rasa seklah sekarang. yang tak best nya Keja rumah je lah. Tapi kan, kalau tak da keja rumah, aku mesti dah jadi pemalas. hehehe (^^)
Sepanjang cuti dua minggu nie, Sekolah aku cuma buat 3 hari jak untuk kelas tambahan. Nak cakap bagus, tak lah juga. Nak cakap best, memang best pun. Hehehe :)) Tapi kena la faham kan. Kami dah la SPM tahun ni. Banyak betul subjek yang ak masih tak faham, tak tau, dan segala tak2 tu. Hehehe.

Tapi aku sangat bersyukur sebab mak aku tu seorang guru di satu sekolah kat Putatan ni. Jadi aku setiap hari akan join dorang buat kelas tambahan kecuali untuk English bab aku dah ada tusyen kat luar. Korang jangan hairan la. Aku ni jenis pemalas, selagi tiada kelas, selagi tu aku tak belaja kecuali memang datang mood belajar atau kena paksa oleh mak. Hehehe (^^)
Di sekolah ni pun aku punya banyak kawan yang satu kepala ngan aku. Mula2 aku tak terfikir pun gaya sebenar mereka ni sama dengan gaya aku yang sot + gila2. Kawan2 aku ni tersangat2 la suka kat band2 lelaki dari Korea macam Super Junior, DBSK, Wonder Girls dan sebagainya. Bole di katakan setiap hari dorang nyanyi lagu yang sama jak. Huh~! Hehe.
Kawan2 aku di sekolah ni semua terdiri daripada pustakawan dan kami akan stay di library setiap malam. Kawan2 yang paling aku rapat ialah Shaada,Yesti,Ervy,Salwa,Asma,Jum, dan Sherina. Heheheh salah seorang daripada mereka ni adalah pesaing aku. Aku terasa sangat tercabar setiap kali dia belajar. Aku sangat respect budak ni dan dia sangat matang. Tapi bila datang gila dia, dia lah yang paling bising. Hehehe (^^)
Ini DBSK. Aku paling minat c Max(dua dari kanan) ngan Hero(Tengah).

Ini Super Junior ( 13 orang penyanyi)

Kalau nak tau lebih lanjut pasal dorang. Tengok la youtube. Antara video klip yang paling best - Don't Don (Super Junior), Nobody (Wonder Girls), Sorry Sorry (Super Junior), Triangle (DBSK).

Tarian dorang tersangat la best. k Have fun~!

Sunday, June 7, 2009

Kenduri Kawin

Haaaa!!! Heheh comel betul nie kucing tau. Dah la takda gigi. Kecik lagi tu. Cam nak tarik2 jak muka dia nie. hehehe (^^).

Pagi ni aku bangun awal bab semalam mak dah cakap hari ni kami sekuarga nak pi kenduri kawen kat Sipitang. Haih~~! Jauh ba itu.Tapi ndak pa, bukan selalu pun. Baru tadi aku cari2 baju apa yang aku mau pakai pagi nie. Tengok sana, tengok sini. Aik? Macam teda baju yang ssuai jak. Hehehe. Tapi aku ada tengok satu baju biru yang tersangatla striking warna dia tapi tersangatla lawa bagi aku. Kat sebelah baju ni pun ada baju biru juak. Itupun bole dikatakan lawa. Aisemen! Aku tanya mak aku mana satu nak pakai. Last2 mak kata "bagus ilah pakai baju biru striking tu, bukan nya selalu". hehehe :))

Aku pikir2 macam lawa bebenor nanti aku kalau pakai ni baju. Kan kalah nanti pengantin. hehehe :). Eceh~! berangan jak lebih.


Semalam aku search2 gambar kucing kat Yahii. Uhhh~~! comel bangat sik. hehehe (^^)




Mak dah pangil. Okay aku pi lu ya. Have a nice day :)

Thursday, June 4, 2009

Holiday !

Hye!
Budak sekolah semua dah mula cuti sekarang. Dua minggu plak tu. huiyo. Best bah! (^^) hehehe Ramai kawan aku lancong pi sana la, sini la. Aku? apa lagi. Duduk rumah jak pun. Bukan la sepanjang masa, ada juga pi kuar jalan kat K.k tu. Tahun nie Spm plak kan, study la katakan di rumah. yaka? hehehe :))

Tadi tengahari, sampai jak rumah aku terus ambil mee kat dapur pastu makan depan tv. hehe ni la orang kalau kelaparan kan. Tudung stokin sekolah semua belum buka lagi. yang penting makan lu ba. Yeahh! hehe Kak Ann pun ada time tu. Kebetulan kami tengah buka Channel 707 Travel & Living tu. Huh! dia cerita pasal burger lagi tu. Uish. banyak uda air liur dlm mlut time tu. Sabar jak la.

Adui. Cam mana la mau kurus kalau semua makanan mau di makan. huh! (+.+). Orang bilang makin mau dekat SPM nie makin ndak ingat mau makan. Dah ingat mau belajar jak. aku ni? hehe makin stress makin banyak makan. huu~~! Dulu cakap mau diet kunun taun, sekali tengok sebaliknya pulak jadi. hehehe.

Ni la kan. Setiap minggu mesti ada jak yang naik. Suda naik paling susah la mau turunkan balik.
Hehehe apa tidak exercise pun malas. cukup lah stiap ari tingkat tiga jak kena naik. ok Thats all 4 today. Have a Nice day :))