Sunday, January 31, 2010

Gembira Bersama Mereka :)

Assalamualaikum :)

Mentor Mentee Programme
.Saturday. Tanjug Aru Beach.


Habis pogram, hidung ilah berdarah. Haha excited kali si darah ni. Hehe Apa2 pun Syiok! Itu jak yg boleh dicakap. Huhu. Hepi2 pun kulit habis terbakar. Kesian kan. Haha :)

Salam.

Friday, January 22, 2010

Senyap Untuk Sementara :)

Assalamualaikum :)

Perhatian !

Hai. Hee ilah akan mendiamkan diri daripada ber"Blog" atas sebab2 tertentu yang boleh dielakkan, cuma malas. Hehehe. Broadband ilah sekarang dah kena hantar hospital sebab kepala dia dah patah. Hehe. Sebenarnya Broadband ilah tu patah kat atas dia. jadi kena hantar pi kedai tuk repair. Jadi kena tunggu seminggu.

Dan satu lagi kemungkinan , Broadband ilah akan diambil oleh Abang Wan. Hehhh =.='. Kononnya dia mau buat assignment la di Keningau. Susah la mau pi CC. Mahal la. Bla bla blaa.. Pastu dia cakap dia mau pinjam sekejap, mungkin setahun cam tu. SETAHUN?! Helloo. Kejap ka tu. Punya lama. Huhu. Ntah la. ilah bincang lu dengan mak pasal ni.

Ada lagi satu. Dia kata dia mau minta laptop ilah mau guna buat asignment tu. Again! Hehh =.=' Mula2 ndak setuju. Tapi lepas mak kata "ilah guna la dulu tu pc d rumah, nanti mak beli laptop baru. " Wow! terus setuju ni bah. Tapi proses mau pindah segala gambar la yang payah nya. Huhu.

Ohh okay. ilah minta maaf kalau ilah lambat balas yang d Shout Box tu..

Okay. Salam semua. :)

Sunday, January 17, 2010

Kesedapan Memakan Makanan ^^.

Assalamualaikum :)

Yuhuu. Hai semua. Hari ni ilah, Syafiq, Abang Im dan Kak Ann pergi 1Borneo. Kak ann ajak makan di Manhattan Fish Market. Kami selalu makan di sana kalau di KL la. Sekarang dah ada kat Sabah. Hehe.

Mula2 ilah dengan Syafiq di perpustakaan SMK Tansau, tetiba Kak Ann telefon ajak pergi makan. Wah! Hehehe. Dah la pakaian semacam jak. Beg jalan pun tak bawa. Kosong semacam ja. Huhu. Pastu, yang paling tak bestnya, kamera! Mana la ilah bawa. tapi ndak pa la, ada juga handphone. Huhu. Sedih sedihh.. Sob Sobb =.='

Tapi ilah tetap ambil gambar tau. Heheh :)

*ilah da Syafiq :)

* Kak Ann dan Abang Im

 * Haha. Sementara tunggu makanan, gambar2 luk.

* Padah boring. Hehe :)

* Muka depan Menu ^^.


Sweet Alabama Smoothie - Chocolate. Yumm :)

* Manhattan Seafood Platter For Two
Terlampau leka makan kan. Sampai lupa nak gambar sebelum makanan ni kena makan. Hehehe :)

* Habes makan pun masih gambar. Ekeke :)

Habis makan kami pun pulang la, lebih dan kurang jam 5.30 petang gitu. Pulang ja, aku terus masuk "Bilik Hjiau" sebab nak jenguk kucing. Hehehe. ^^.

* Ni la mak pada kucing yang tersangat manja.
ilah suka tengok mata dia. Macam kena celak. Hehe :)

Okay. Itu sahaja untuk hari ni. Esok ada kelas.
Salam.

Saturday, January 16, 2010

Kau Kata Masih Awal lagi?

Assalamualaikum :)

Di antara dua gadis :

ilah : Salam maz. Buat apa tu?
Maz : Hai kal. Tiada lah. aku baru habis search biasiswa masuk U ni.
         Kau?
ilah : Aku? Hahaha. Aku baru siap kemas bilik. terus sms kau. Teda
         keja kan. =.='
Maz : Teda keja ko bilang? Bagus kau pi cari mana2 biasiswa skg.
         Aku dgr ada dah yg open.
ilah : Woahh. Kawan mama aku pun ada kasitau mama aku pasal tu.
Maz : Naa, daripada teda buat keja, bagus kau try jak.
ilah : orite bebeh. Klau ada info pasal biasiswa, kau kasitau aku ah.
Maz : Bole Ba kalau kau. Haaha :)
ilah : Esehh sayang ba c maz ni. Lapp uuu ^^.
Maz : Lapp u too. Esehh ^^. Ui jam brapa juga kau mau tido ni?
ilah : Alahh baru jam berapa, masih awal lagi bah.
Maz : Ko bilang masi awal??? uina. rosak kali jam ko tu kan? Mau dekat jam
         4 suda ni.
ilah : Hahaha. Aku ndak ngantuk lagi bah. tebiasa suda lepas spm.
Maz : Mesti bangun lewat ni kan esok?
ilah : Eheemm ehemm. Hehehe :D
Maz : Dah agak dah. Aku kenal ba kau darl.
ilah : i know u too bebeh. Bahh tido la kau kalau ngantuk dah.
Maz : Orite. AKu tido lu. Jangan jeles.
ilah : Ndak jeles. Takut ko jak mimpi aku malam ni.
Maz : Hahah. Mesti menakutkan kan? Haha. Orite. Tata darl.Nite2.
ilah : Hehe. Kau yang bikin takut bah. Kay tata. Salam. :)

Sekian.

Friday, January 15, 2010

Aku Rinduu Sayannng Kamu ^^.

Assalamualaikum :)

Hehehe. Esehh. Tiba2 ada mood pula ilah hari ni mau nyanyi lagu "Aku Rindu Sayang Kamu" daripada Balck Mentor. Yuhuu. Hehe. Today im tooo happy with what just happened at Inti College. Yippy :)

Tadi. Huhh eseh. ilah baru dapat kertas ujian yang cikgu Florence bagi hari isnin lepas. Wow! Salah satu ja. Hehehe. Gumbira ku rasa. Eiseh. Hhaa. Then, tadi pun teacher Vanessa ada puji ilah time kami bincang pasal kegunaan Newspaper other than reading. Hehe ilah bagi jawapan untuk buat kolaj. Tetiba cikgu cakap " Oh my godness my darling! What an excellent thinking u have!" Woahh. ilah fikir benda tu biasa ja. tengok2 dipuji pula. Alhamdulillah. :)

Tengahari tadi ada rehat dua jam. Dari jam 12 hingga jam 2. Jadi, ilah pun cadang pulang ke rumah. Ati dan Shila ajak stay di hostel tapi ilah tolak sebab lama ba tu 2 jam. Haihh. Hehehe. Ilah malas nak kol Kak Ann dan mak. Mesti lambat lagi dorang nak ambil. Jadi ilah pun rasa ilah boleh naik bas depan Giant tu. Walaupun HUJAN! Heh =.='.Tapi tengah2 ilah nak seberang jalan, tetiba kena hon satu kereta ni. ilah tengok dalam kereta tu. Rupanya jiran plak. ilah panggil Pakcik Meow2. ekeke :). dia tinggal sebelah rumah ilah ja. Jadi dia suruh tumpang sekali ja. Alhamdulillah :)

Huh! ilah habis kelas jam 4 tadi. Pulang rumah, rehat2 dan baring. Ermmm Rindu pula dengan Pira dan Norez. Mereka berdua ni adalah kawan rapat ilah di sekolah menengah dulu. Huhu banyak kenangan manis dan juga kenangan pahit.


* Kegilaan Kami Bersama.
* Kejayaan tak dilupakan.


Hehehe. Kami bertiga suka bergambar.
* Ilah, Pira dan Norez.

* Our Favourite Teacher, Miss Hiew.

ilah = Gendut. Pira = Babat :) * Miss these name.



* Hahaha! Saat si pira kena dera dengan dinaiki dua makhluk yang berat.
Ekeke Sobb sobb miss this moment a lot :)

Mereka berdua banyak mengajar ilah maksud kawan yang sebenar.

"There is nothing on this earth more to be prized than true friendship."
- Saint Thomas Aquinas.

Sekian.

Thursday, January 14, 2010

Sayalah Puteri Raja !

Assalamualaikum :)

Hai. Hee Bukan ilah yang ilah maksudkan Puteri Raja tu. Hehe "Sayalah Puteri Raja !" ni adalah novel yang ilah baru beli tadi lepas balik dari Inti College. Novel ni sangat menarik hati ilah sebabkann antara semua novel2 yang ada tu, novel ni ja warna pink. Hahaha!

ilah ni jenis tak berapa baca buku cerita. Tapi mungkin novel kali ni yang amat menarik perhatian ni, ilah boleh baca sampai habis. Ecehh :)

Hahaha. Apa yang menarik lagi kan, dalam novel ni, ada termasuk gambar2 yang berkaitan dengan cerita ni. Dan model istana di page paling belakang. *Nanti ilah tunjuk k. Hehe ^^.


* Ni muka depan dia.

* Pink Colour :)

* Tengookkk! Ada Istana kan. Ekeke ^^.

* Ni la watak utama dalam novel ni, Zara.

Sinopsis "Sayalah Puteri Raja" :
----------------------------------------------------------
ZARA keluar dari kereta, melambai ke arah semua yang menjerit-jerit memanggil namanya.
"Puteri Zara !"
"Puteri Zara !"
"Oh cantiknya! Alangkah bagusnya saya dapat jadi seperti tuan puteri"
"Puteri Zaralah idola saya !"
"Saya mahu jadi seperti Puteri Zara !"
Bermacam-macam jeritan dapat didengar.
Suasana riuh-rendah, diselang lagu yang bergema dengan jeritan para pelajar. Histeria ? Oh. Rasa gembira meluap-luap. Zara tidak mampu menyembunyikan keseronokan apabila disanjung dan digilai ramai.

Benarkah Zara puteri raja ? Ataupun itu hanya angan-angan kosong ?
------------------------------------------------------------

Hehehe. Ini belog c penulis : Aizam-Aiman

P/S : Sapa nak pinjam inform je ngan ilah. Insyallah :)

Okay. Salam.

ilah.akupunyabelog.blogspot.com


Wednesday, January 13, 2010

Dulu Lain , Sekarang Lain

Assalamualaikum :)

Hai semua. Hee. Tadi ada kelas. Banyak conservation antara pelajar cikgu suruh buat tadi. Dannn ilah pun mula kenal ramai orang dalam kelas tu. Partner yang ilah kena, nama dorang Suzanne, Nick, Christina dan Shila. Yippy :) ilah suka la sebab antara kami semua speaking. ilah pun apa lagi. Naik gak semangat nak speaking ni. Haha buat dekk ja kalau salah. Huh! peduli la =.='

Tadi pagi, tengah2 ilah pakai tudung, tiba2 teringat zaman ilah pakai shawl selendang. Huhu sekarang ilah dah tak berapa pakai la selendang ni. Errm entah la. Mungkin dah berkurang kot nafsu nak pakai tudung cam tu skg.Tapi tak tahulah akan datang. Hehe.

Jadi lepas pulang dari kelas, ilah terus buka lappy dan cari gambar time muda2. Esehh. Haha aku lum tua la *toink!

Ilah ingat lagi. Mula2 fikir nak Pakai Selendang.

Pastu, berminat pulak tengok orang pakai pengeras kat atas tu.

Tengok ! Kang aku pakai macam ni barulahhh. Hahaha.

Last2 pakai tudung biasa jelah.

Asal selesa dan menutup aurat kan? Hehe :)

Sekian sahaja untuk hari ini.

ilah.akupunyabelog.blogspot.com

Hadis Untuk Hari ini

Assalamualaikum :)

Hadis ini diambil daripada blog Hadis Al-Bukhari.

Amal Bergantung Pada Niat
Umar bin al khaththab r.a. pernah berkata; aku mendengar Rasulullah SAW. Bersabda, “segala amal perbuatan bergantung pada niat dan setiap orang akan memperoleh pahala sesuai dengan niatnya. Maka siapa saja yang berhijrah dengan niat mencari keuntungan duniawi atau untuk mengawini seorang perempuan, (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya itu.”

Sekian. Salam.

ilah.akupunyabelog.blogspot.com

Tuesday, January 12, 2010

Khas untuk Mereka Berempat.

Assalamualaikum :)

Hehe. ilah ada edit satu gambar Khas untuk Norashikin Syazwani, Zulazlin, Noorzafiera Jikri dan Noradilla Osman. ilah sayang mereka. :)


BOF selamanya. Yippy ^^.

P/S : Serius! ilah rindu sangat dengan subjek AddMath dan Chemistry. Huhu =.='.

Sekian.

Gelagat Si Tiga Gadis.

Assalamualaikum :)

Hai. Hee. ilah baru pulang dari Centre Point KK. Hari ni ilah jalan2 dengan kawan baru ilah. Nama sorang tu Shila dan satu lagi Norhayati(Ati). Mereka ni datang dari Lahad Datu. Shila sekolah kat SMK Mandai. Ati pula pernah sekolah di SM Teknik Lahad Datu. Shila dan Ati ni kawan ilah di INTI College. Kami Satu kelas. Hehe :)

Hari ni ilah teman dorang pi CP. Saja jalan2. Hari ni tiada kelas juga. ilah ambil dorang di Putatan dan baru pi KK sama2. Dorang tak pernah lagi pergi Bandar Kota Kinabalu. Jadi ilah bawa dorang janjalan di sana. best. Itu jelah yang boleh ilah cakap. Kami round satu CP tu. Banyak juga la barang yang dibeli. Dannn banyak juga la gambar yang kami ambil. Hehe ^^.

*Shila,Ati dan ilah :)

*Mula2 Shila nak beli kasut putih ni. Last2 dia pilih kasut satu lagi (tiada dalam gambar).

ilah tengok Shila dengan Ati ni sangat2 minat warna putih. Huh. Orang dah la putih suka putih pula. Ngam sangat la tu :).Tangah2 jalan tadi, Shila ada kasitau yang dia suka kumpul baju. Si Ati pula suka kumpul benda yang berkaitan dengan muka.

ilah pun ada gak beli. Tapi sikit jelah. Hehe ilah test beli lipstik SILKY GIRL. Satu SWEET PINK dan satu lagi PINK GLITTER. Hehe. i try it and i like it bebeh ^^.

Balik rumah ja, tetiba dapat sms. "ilah Kak ann di public mutual ni. Kalau nak ikut tunggu Kak Ann di McD.". Hah! Haihh. Kak ann ni lambat betul kak ann kasitau. ilah balik dah. *Sob sob =.='. Tapi tak pa lah. Dah enjoy gak tadi kan. Hehe.

Sebelum masuk,ilah saja stay kat luar rumah tengok2 anak kucing. Comel Bah! Huhuhu :)

*Muka mak si kucing poyo! ^^.

*Apasal ko melekat kat pagar tu hah.?? =.='

*Wehh dia jelir kat awak la cik kucing weii.

*Perasan tak? Kaki dia bengkok.


* Dah pandai main dah :)

Hehe. Okaylah. Ilah nak pergi solat dulu.
Salam.

ilah.akupunyabelog.blogspot.com