Tuesday, June 8, 2010

DREAMS


Assalamualaikum :)

Hai hello. Cakap pasal dream. Petang tadi, dalam Kursus yang ilah baru saja attend tadi ada bincang pasal DREAM. Kami tidak kira la tua ka muda, disuruh membuat satu lakaran mengikut kreativiti sendiri tentang satu tajuk iaitu IMPIAN. Then, kami one by one di suruh present di depan semua orang dan explain tentang apa yang kami impikan tu.

Kebanyakan daripada kami terdiri daripada guru. Jadi sudah menjadi kebiasaan mereka untuk datang ke hadapan tanpa ragu-ragu dan nervous. Yang saya pula ni, tiada ribut tiada salji, tiba-tiba rasa sejuk ja tangan sebelum present. Lama suda ba kasi tinggal kelas. =___=''


Bagi saya sangat susah nak explain tentang IMPIAN masing-masing. Bukan tiada impian. Ada, cuma susah nak dikatakan, apa lagi ditulis atau di lakar dalam sehelai kertas berwarna putih.

Impian saya banyak. Infinity ! Nak itu nak ini. Tapi kena ingat selalu bahawa MATLAMAT HARUSLAH SEIRING DENGAN USAHA YANG GIGIH.

Okay sekarang ada mood pulak nak ceriata pasal impian. Tadi ada bah, cuma malu plus segan. Hee.

Seperti orang lain, kesihatan dan kebahagian mestilah menjadi impian yang paling utama dalam diri setiap individu. Ya. Saya tahu saya ni terLEBIH sihat. tapi kesihatan yang dimaksudkan ini sihat tanpa mempunyai sebarang penyakit dan boleh hidup bahagia di samping keluarga. Bukan saya nak cakap saya ni banyak penyakit. Nauzubillah.

Orang kata, "TIADA GUNA KALAU KAYA, TAPI BADAN TAK SIHAT."

Saya mahu menguruskan badan. Semua orang ketawa. YA ! Walaupun ini agak memalukan atau dipandang lucu oleh rang lain tapi ini IMPIAN saya yang tiap tahun ada, tapi tak capai-capai lagi. Sebenarnya saya boleh jak berusaha nak kuruskan badan.Cuma nafsu makan belum hilang-hilang lagi. So, konklusinya, saya perlu menjadi seorang yang lebih berdisipilin untuk mengawal nafsu dan menjadi seorang yang rajin exercise.

Biasalah, sebagai seorang pelajar masih banyak lagi matlamat yang belum dicapai. Seperti saya, peluang untuk belajar ke mesir ni saya akan gunakan sebaik baik yang mungkin. Insyallah. Saya ingin cemerlang dalam semua aspek semasa berada di sana nanti. Aspek sahsiah dan akhlak paling penting. Kedua, pelajaran. Moga Allah permudahkan urusan saya di sana nanti. Amin.

Doktor.
Itu cita-cita saya. Tapi ingat bukan doktor yang buka klinik sendiri. Saya mahu bekerja di hospital kerajaan seperti di HQE. Saya punyai pengalaman semasa adik saya patah tangan. Kami tunggu lebih 3 jam semata-mata untuk menunggu seorang doktor. Dan saya perasan kebanyakan doktor di sana terdiri daripada orang India dan Cina. Yang banyak melayu tu nurse. Dan banyak lagi lah kes yang membuat kan diri saya ni bersemangat menceburkan diri dalam bidang perubatan.

Kalau nak cerita pasal Impian ni, mungkin memerlukan page yang berpuluh-puluh. Saya cuma nak share sekadar ini sahaja lah. Atas usaha yang gigih, berkata doa ibu dan bapa, INSYALLAH impian semua akan tercapai.

Doakan saya.
Terima kasih.


Love :

1 comment:

Aznal Arief said...

Buttul ko Kal!!!!! Hehehehe...