Saturday, July 18, 2009

This Lucky Day.

Assalamualaikum :)

Tadi pagi ada Ceramah Tentang Al-Quran dan Sains kat Masjid bandaraya Likas. Aku pun ada join jugak. Bukan aku sorang jak, kawan2 kelas aku yang lain pun ada join gak. Aku sempat tangkap beberapa pic lepas ceramah tu.

Nama penceramah tu Doktor Arif, datang dari Semenanjung. Sebenarnya tahun lepas pun dia ada datang kat sini buat ceramah, cuma aku tak dapat pi atas urusan2 tertentu. Aku sangat kagum dengan diri sebab beliau mempunyai ilmu pengetahuan yang luas terutama pasal Al-Quran dan Sains.

Beliau juga ada menceritakan pasal orang masuk Islam. Ada satu part yang membuatkan aku tersentuh dan jeles. Beliau ada menceritakan kami yang ada satu nenek ni baru masuk Islam, dan beberapa hari kemudian dia meninggal dunia. Ya Allah! mesti masuk syurga kan sebab orang yang baru masuk Islam ni diibaratkan macam bayi yang baru lahir. Langsung tak da dosa. Huh! Aku Sangat Jeles!


Lepas jak dari ceramah tu, Aku, Dolly,Dilla,Muna,Linda dan alin pi sekolah mau buat latihan sajak ubtuk selasa ni. Aku cuma ajk jak. Hehehe ^^. Kami pi skolah naik bas. Hehe padahal skolah punya main dekat jak. Malas la katakan. Ngehhh~!


Kami habis jam dua then aku terus pegi Tuisyen Popular. That's all for today.

K tata. Have a nice day. Salam :).

Tuesday, July 14, 2009

Yayasan Sabah

Assalamualaikum :)

Hai. Kali ni aku saja ja mau kasi masuk gambar kelas aku yang terpilih untuk jadi pemegang bunga manggar dan kompang di Yayasan Sabah sempena Anugerah Biasiswa Yayasan Sabah. Aku kat dalam sebagai pemegang bunga manggar jak pun best jugak bah. Hehehe:)


BERSUKUR

Assalamualaikum :)

Sekarang semua orang dah heboh dengan PLKN. Ada yang terpilih, ada yang ndak terpilih. Termasuk la diri aku sendiri. Hehehe :) Aku sangat sangat la bersyukur sebab tak terpilih pi PLKN selama 3 bulan tu. Aku ingat lagi. Aku ngan kawan-kawan aku semua cek PLKN tu time kat kelas. Uish semua bising pasal tu. Kawan aku yang tolong cek kan guna handphone dia sendiri. Huh!! Macam nak lari jak jantung aku masa tu. Aku takut bah kalau dapat. Aku ndak berminat bha ngan PLKN nie. Masa dapat tau yang aku ni ndak terpilih, aku macam mau teriak jak.


YEAHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!! AKU SUKAA!!!



Tapi dalam kelas aku banyak yang kena pilih masuk PLKN ni. Lebih kurang sembilan orang camtu. Yang kena ni pun semua budak2 bising. Hehehe :) Kawan yang aku rapat pun dua2 terpilih. Kekadang aku rasa jeles gak ngan dorang ni. Tapi apa boleh wat :)
Sepa yang nak cek PLKN, boleh la ikut macam kat bawah ni :


Taip : PLKN SEMAK NO.IC
Hantar : 15888

Sekian saja untuk hari ni. Tata. Have a nice day. Salam :)

Sunday, July 12, 2009

Events.

Assalamualaikum :)
Hai. uish lama suda aku ndak update blog aku ni. Aku buka tu buka juga tapi malas mau post entry. Tapi hari ini aku rasa sangat rajin tuk menaip. Ecehh ~ ! Hehehe ^^


Michael Jackson

Selepas Michael Jackson atau nama Islam dia Mikael meninggal dunia, aku still rasa yang dia ni masih hidup. Tengok la. Mana2 jak ada gambar dia. Lagu dia. Berita pasal dia. Bukan la aku kata aku ni jeles ngan dia (hehe) tapi sudah ternyata yang dia ni sangat disukai oleh orang ramai. Dan aku ni semakin hari semakin gila ngan satu lagu dia yang sanga menyentuh jiwa sanubari ku ini. Ecehh ^^. Lagu yang aku maksudkan tu YOU ARE NOT ALONE. Aku pun dah letak lagu tu kat blog aku sendiri. Enjoy~!


Motivasi Aliran Pelajar (MAP)

Hari Sabtu dan Ahad lalu aku ada ikut satu program under Doktor Tengku Asmadi. Program yang aku maksudkan tu Motivasi Aliran Pelajar. Aku dapat jumpa ngan kawan lama aku iaitu Saebah :). Uish punya lama kita ndak jumpa kan. Hehehe. Aku ngan Fiza jak la budak SMP yang ikut. Program ni bawa kesan pada aku terutama berkaitan dengan semangat aku. Huhu. Tapi yang teruknya pasal aku ni, aku balik2 tertidur time ceramah. Hehe C fiza pun siap ketawakan aku lagi. How dare u ^^. Nanti 1 Ogos ada Program berita Harian. Jum la kita raai2 ikut :))!


Pelik

Huh~! Aku pelik dengan diri aku dua menjak ni. Aku rasa diri aku ni cepat betul terasa kala orang lain ejek pasal aku. Lebih kurang sensitif la. Sebelum ni aku tak kesah pun. Then, aku macam rasa diri aku ni tersisih dari kawan2 aku. Tapi aku ndak kesah la. Maybe pasal Hormon aku tu yang jadi gila2. Hehehe :)

Nasyid

Hari Jumaat sekolah aku ada pertandingan Nasyid sempena minggu bahasa.Syarat nasyid tu mesti satu bahasa Arab then satu lagi bahasa bebas. Aku pun ada join sekali. Aku jadi pemain tamborin jak bab leh duduk belakang dorang yang lain. Hehehe :) Kami ada pilih satu lagu "Ummi w Abbi" tajuk dia. Sebenarnya kami dah bawa lagi tu dah dua tahun Hehehe :). Malas bha. Pastu time tengah persembahan tu boleh dorang lupa lirik, aku ni pun dengan semangat cover dorang. Hahaha dah la suara bidak, nyanyi kuat. Ndak tau la ustazah yang adi pengadil tu dengar ka ndak. Hehehe :) Habis jak nasyid kami ketawa berabis.

Makan2 :)
Habis jak pertandingan nasyid tu, lebih kurang jam 3, aku,Pira dan Dolly pi K.k mau makan di Olde Station :). Nyam2. Kebetulan kereta ndak dapat ambil, jadi kami naik bas jak la. Kuat angin time tu. Kami naik bas ekon dan dalam bas tu langsung teda orang. Jadi boss la kami tym tu. Dua kerusi satu orang. Hehehe :). Sampai jak Olde Station, warisan tu kami duduk2 dulu tengok makanan apa yang mau di makan. Huh~! kami pilih empat jenis. Asam Laksa, Bubur ayam,Kuew Tiau Soup ngan Nasi Goreng Asam Pedas. Cashier tu pun nampak terkezut ni. Tengok tiga orang tapi empat makanan. Huh! itu lah lambang Ketamakan kami. Hehehe :). Time makan plak, kami ganti2 makanan. Kejap makn ni, kejap makan tu. Kami habis makan masa tu jam 5. Uish best eh time tu. Kenyang Bangat2~!
Dalam minggu ni sebenarnya banyak lagi benda aku nak cerita. Tapi takut ndakcukup page. Hehehe k have a nice day. Tata. Salam :)

Kecewa

AKU KECEWA DENGAN DIA!
Arrrghhhhhh~~!
Full Stop.