Tuesday, May 31, 2011

Baru Satu Paper, Sudah Berhabisan !

Assalamualaikum :)

Lega lega lega. Fuihhh. Alhamdulillah. Habis dah paper Anatomy kemarin. Habis paper ni, macam rasa habis seluruh exam final. Haha. Apa tidak. Kepala yang sebelum ni berat dengan hafalan hafalan segala tulang, muscle, sekarang dah jadi ringan macam takdak kepala. Huh ? Haha. Alhamdulillah. Happy ending orang bilang. Terlampau happy ending kan, sampai malamnya tu nangis-nangis. Nangis tengok 3 Idiot sama dengan Lily Nazura. Eiya la, si Lily first time tengok kompem la nangis, aku ni entah kali yang ke10 bengkak2 mata juga nangis tengok tu movie. Auww maluu =.=''


Okok stop. Sekarang aku nak conclude balik setiap exam aku baru ni. Hehe :)

Practical Biochemistry.

Paling semangat la masa ni. Part lucu bila semua ahli bait beratur turun tangga. Ikut ketinggian kunun. Sebelum turun baca doa. Bestnya ! Ahaha. Tambah2 lagi boleh bawa scheme kan masuk exam, yakin jak la jalan. Yakin tu yakin juga, tapi masa tu nebes ndak pandai hilang. Haha. 
















Okeh sampai part exam, aku kena tempat kedua paling belakang. No 38. Fuhh mula2 ja exam, masa kasi masuk solution dalam test tube, nahh bagagar bah. Sebelum ni dalam kelas steady jak, kali ni smpai terkeluar2 ni. Si Saiful bilang muka aku panik. Memang. aku dapat glucose. Paling panjang la procedur dia tu. Dari A-Z. Orang lain ada yang dari A-B jak. Fuhh. Sudah orang yakin, tetiba orang sebelah aku, masa dia buat balik tu experiment, dia dapat lain dari result yang dia buat sebelum ni. Apa lagi, nebes lah. Terus aku ulang balik experiment aku sampai 3 kali. Mau pastikan bah orang bilang. Ok set. Puas hati.

Practical Histology.

Part histology ni lah paling aku suka. Tulis apa yang ditengok dalam slide dan lukisan. Yeahhh lukisan kami dapat Golgi Apparatus dan Spinal Ganglion. Dikira agak senang la juga masa awal2 tuh. Masa tengah lukis part bulat2 spinal ganglion tu, tetiba lecturer sepan cakap "You have ten minutes more'. Aku pun huh ? Segala fibre, capsule tu belum lagi aku siap lukis. Ni kan lagi warna. Haha paling speed la lukis masa tu. Perghh. Part slide, aku suka juga. Apa2pun puas hati lah. alhamdulillah.

Practical Physiology.

Okay part yang sangat psiko orang bilang. Paling. Sangat. Aura tension di living room tuh, fuhhh sampai aku pindah belajar kat dapur. Physiolah subjek yang aku rasa banyak orang takut. Aku pun takut. Dua benda yang mau dihafal. Hafal cara buat experiment dan kena tahu jawab segala soalan yang berkaitan dengan experiment tu. Okeh sampai part aku dalam exam. Aku kena experiment ESR. Dan dan aku dapat Dr perempuan yang hurmm muka dia sangat psiko, tak senyum langsung. Yaiyy tapi aku suka, last2 dia senyum kat aku, siap kata "You're good doctor. Youre good." Fuhh Alhamdulillah.

Practical Anatomy.

Hah. Ini lagi satu. Siapa yang ndak belajar dari awal semua jars, organ, tulang, attachment of muscles, memang payah la orang bilang. Lagi satu kena kuat teori dia. Jadi sekali kau lupa, dari teori kau boleh terconnect. Perghh apa aku membebel ni ==' okok. Sebelum kami start exam, kami kena kurung dalam beberapa bilik, ikut number giliran. Masa ni lah aku tengah berlawan perasaan nebes aku. masa kena panggil nama dan beratur tu, itu part kemuncak la suda. Nebes tahap dush dush gunung berapi. Haha. Sepanjang masa tu aku baca Robbi yasir wala tu asir Robbi tammim bilkhoir. Permudahkan lah aku Ya Allah. Banyak kali. Dan sebelum masuk dalam bilik exam tu, Alhamdulillah. Aku dah rasa tenang sikit. Aku pujuk hati aku, kasitau hati aku aku dah berusaha dah belajar berabis, kenapa perlu aku rasa takut atau nebes kan. Uisehh bermonolog seketika. Puas hati juga kali ni. Alhamdulillah.

Habis jak practical Anatomy. Kak Chaq, aku, Lily, Liyana, Shuk pergi Cairo jalan2 buang masa =.='' Haha tapi ndapala, lepas tension orang bilang. di sana habis duit dengan makanan jak. Makann makaan makaaan. Puihh. Pastu aku tolong uruskan pasal tiket pulang Malaysia. Alhamdulillah. selesai suda. Fyi, kami akan sampai 27 julai. Inshallah. Esok nya aku pergi lagi Cairo.Berurusan pasal tiket dengan Ameng ^^. Sempat lagi pi Auntie Anne makan. Nyum2. masa balik ke Zagazig, ada somthing miracle happen. Hahaha. orang tertentu ja tahu pasal ni. ehem Ehem.

Comel tak? comel tak ? XD

Written exam Anatomy.
Yeah paling menarik tertarik lah kan, aku duduk paling belakang, palig hujung, paling sudut, paling direct dengan tingkap, apa lagi ? semua lah paling. Paling jauh dari pintu masuk,sudah la aku ni kaki tandas. Jauh perjalanan. Yaiy ! Okay satu lagi, orang depan ingat aku orang Semenanjung, sekali masa aku jawab soalan dia. Terus dia tanya "Eh awak orang sabah?" =='  Dapat jak kertas soalan, naa mata direct tengok soalan num 9. YOLK SAC. Okayy yolk sac. Yolk sac?!! Yolk sac ?!! Macam mau terjun jak dari tingkap masa tu. Serius aku ndak sentuh langsung pasal yolk sac tu. Perghh tetiba, Dr yusuf bilang "Number 9, cancel'. CANCEL? Fuhuuuuu ! Alhamdulillah. Berjalan dengan lancar. Cuma biasalah ada sikit2 yang kureng, tapi puas hati lah sebab part yang aku kureng tu, orang lain pun sama. Ahahaha (evil). Ehem. Hehe.

Practical Anatomy.
Favourite one. Aku dapat Radius, surgical neck of humerus. Structure passing through it, branches of posterior cord, begin of left coronary artery, contents of rectus sheath, SA of inferior surface oh liver, contents of ischiorectal fossa. Alhamsulillah. Alhamdulillah. Syukur sangat2 ! :)

Next, biochemistry. Movie marathon mood masih belum hilang. heh. Shuh shuh. Ahaha. Macam karangan suda post aku kali ni. Hehe See you !! :)

:)

Monday, May 30, 2011

Tak Boleh Solat Pun Boleh Berjaya ?


Assalamualaikum :)



Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

:)

Friday, May 27, 2011

Terimalah Doa Hambamu

Assalamualaikum :)


Ya Allah,

Kurniakanlah kami lisan yang lemah basah mengingati dan menyebut namaMu,
Hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu,
Serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu.

Ya Allah,

Kurniakanlah kami iman yang sempurna,
Hati yang khusyuk,
Ilmu yang berguna,
dan Keyakinan yang benar-benar mantap.

Ya Allah,
Kurniakanlah kami (din) cara hidup yang jitu dan unggul,
Selamat dari segala marabahaya dan petaka.
Kami mohon kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain

Ya Allah,
Berikanlah kami iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar,
Atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri.
Kembangkan lah lembayung rahmatMu kepada kami,
keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami.

Ya Allah,
Jangan Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh nasib diri kami sendiri,
Walaupun sekadar sekelip mata,
Atau sekadar masa yang lebih mudah dan tepat.

Selawat dan restu untuk junjungan kami Muhammad, Nabi yang mulia, kepada keluarga Baginda, dan para sahabat Baginda amnya.

Ameen.


p/s : Lusa dah start final written and oral exam aku. Doakan aku ya. :)


Terima kasih.

Thursday, May 26, 2011

Hamba MU

Assalamualaikum :)



Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah


Sunday, May 22, 2011

Bunga Pun Boleh Berdarah

Assalamualaikum :)

Aku tertarik dengan satu bunga yang aku jumpa time blogwalking. Bunga ni ada bunga ke3 teralawa di dunia. 


Bleeding Heart Flower

^__________^

Monday, May 9, 2011

Ehem.



Secret Makes Women Women.


:)

Saturday, May 7, 2011

I Do Love My Mother

Assalamualaikum :)

"To all my facebook friends, in honor of Mother's Day I'm trying to see how many of you are willing to change your profile picture to a picture of your mother and keep it there till May 9. If you will and like this idea, please repost this as your status so everyone gets the word and see how many beautiful mothers we can get on facebook. I Love you Mama!!! Pass around =)"

Dua hari lalu, buka-buka ja home facebook, tengok banyak kawan copy paste status pasal mother's day ni. Aku pun dikira ndak mahu ketinggalankan, terus copy juga status ni dan direct tukar profile picture yang ada mak sekali.



Sesiapa yang takda facebook aku, sini aku cuma nak kasitau yang atas ni latest profile picture aku. Sebelah  ni ialah mak aku. Dan yang tengah ni adalah anak buah, Syaakirah :)

Sekarang dah berlambak orang letak gambar ibu sendiri di facebook. Bukan di facebook ja, di blog pun ramai dah orang cerita pasal ibu dorang. Kali ni, turn aku pula nak cerita pasal mak shaiyang aku ni. 

Let me introduce a little bit about my mother.
Nama full mak ialah PATIMAH BINTI ALI. Mak aku ni orang Melayu Terengganu. Itu pasal la muka aku ni ramai yang duk kata aku ni Semenanjung pasal aku ada rupa Melayu sekali bercakap, naa keluar perkataan baku baku. Ehem ingat, bapa i orang Sabah tau. Lagi2 i ni lahir kat Sabah, so i memang orang Sabah tau. Hidup Sabah ! (okay sila tampar) 

Siapa yang datang kat area Kampung Ketiau Putatan Sabah tu, tanya la orang kampung inshallah dorang kenal mak sebab mak ni pengetua SMK Tansau, satu-satunya sekolah menengah yang ada kat Kampung Ketiau tu. Ramai kata mak aku ni garang tapi bagi aku, mak garang mesti bersebab. Mak aku ni seorang yang sangat berani dan tegas. Tapi siapa yang dah mula rapat dengan mak, kompem tahu macam mana dia sebenarnya. Kan GPM ? GPM panggil mak aku Bonda. Hehe ;)

Aku rasa sangat bersyukur mempunyai seorang ibu begini. Ibu yang tegas dalam setiap jagaan dan didikannya. Walaupun kadang-kadang mungkin rasa juga terkongkong.Tapi tanpa dia, aku rasa aku memang dah duduk di tepi jalan lepak ngan kawan yang entah papa kali kan sambil buat menatang yang tak patut patut. Nauzubillah min zalik ! 

Aku respect dengan mak aku sangat. Walaupun macam mana sibuk dia dengan kerja dan sekolah, dia tetap akan cari masa bersama keluarga untuk jalan jalan, pergi makan di Tanjung Aru (uiseh haha), shopping. Kalau pasal masak pula, auww speechless >.< Paling sedap la laksa penang, nasi minyak etc etc. Wuhuuu ;)



Dari segi agama, ya mak aku sangat ambil berat soal ni. Sangat-sangat ! Mak nak anak dia membesar dalam agama yang kuat dari segala aspek sama ada pertuturan, pemakaian, pergaulan, akhlak, kebersihan, bahasa, sopan santun, adab-adab. Aku respect dengan cara mak aku, dan inshallah aku nak ikut cara mak aku ni. Mak selalu bangun awal pagi lebih kurang 3.30 dan solat tahajud, hajat, baca Quran sampai lah ke Subuh. Mak, abang ipar dan adik selalu ke masjid Ketiau untuk solat subuh. Kalau sempat dia akan sahur, dan berpuasa pada keesokan harinya. :)

Aku teringat perkara yang melucukan pasal mak aku. Bukan mak aku sorang sahaja, kami 3 beradik perempuan pun sama. Like mother, like daughter orang bilang. Haha. Dulu kami berempat selalu tengok cerita cerekarama TV3 yang banyak cerita pasal pengajaran. Lucu ni. Kalau sampai sudah part yang sedih-sedih tu, naaaaa empat2 menangis termasuk mak aku sekali. Mesti kami saling pandang pandang antara satu sama lain pastu ketawa. Anduu rindu masa2 macam tu :')

Aku perasan yang aku mula rapat yang sangat-sangat dengan mak aku start dari Tingkatan 4. Lagi satu aku tak pernah duduk asrama, jadi tak hairan lah aku selalu homesick kat Mesir ni. Apa tidak, ndak pernah jauh, sekali berjauhan, jauh betul. Gitu ka? Ya lah, lebih kurang laa :)




Di sini saya nak mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu ibu, emak emak, ummi ummi, bonda bonda, mama mama, mummy mummy seluruh dunia.

Kepada semua anak-anak soleh solehah, jangan lupa sentiasa doakan kedua ibu dan bapa walau di mana kamu berada ya.


Ya Allah ! Ampunilah bagiku segala dosaku dan dosa kedua ibu bapa ku dan kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Ameen :)

Friday, May 6, 2011

Kenapa Orang Islam Sembah Bangunan Kain Hitam ?

Assalamualaikum :)


"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"
...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."

Saja nak share. Taken from Fatin Nadzirah.

Wednesday, May 4, 2011

Aku Dah Anggap Mereka Keluarga Sendiri

Assalamualaikum :)

Hai. Haha tadi aku pergi bongkar folder gambar aku yang lama2. Fuhh seronok terkenang dan teringat kenangan dulu bersama rakan2. Masa muda-muda gitu. Hehe. 

Dan apabila aku mula membuka satu folder yang bercaptionlah GPM, aku mengaku hati mula terasa sayu teringat semua kawan GPM yang lain. Terkenang kembali bagaimana detik permulaan kami berjumpa, berbicara, berkongsi rahsia, bergila-gila dan ber ber lagi. Fuhh. bonda aku sendiri dah anggap mereka seperti anak sendiri. Dan dia paling suka aku berkawan dengan GPM ni. Betapa percayanya bonda pada mereka. :)


Yesti, Ayu, Ervy, Shar, Asma, Wawa dan Shaada, 

Aku dah anggap kamu sabahagian dari orang penting dalam hidup aku. Seperti keluarga aku sendiri. Kamu banyak tunjukkan dekat aku perkara yang baik. Tidak kira lah dari segi pemakaian, akhlak, budi pekerti, sopan santun, batas pergaulan, adab bersama cikgu, tolak ansur, segalanya lah. Ini lah buat bonda suka sangat sama kamu. :)

Semoga ukhwah persahabatan kita akan terus kekal dunia akhirat. Inshallah Ameen :)

p/s : Aku sayang GPM kerana Allah.

Penyakit Yang Perlu Dielakkan Menjelang Peperiksaan

Assalamualaikum :)

Tengah blogwalking tadi, tiba-tiba terjumpa satu post yang bermanfaat inshallah bagi sesiapa yang bakal menempuh peperiksaan besar.


Waktu fatrah imtihan ni memang ada 2 penyakit yang selalu timbul, mungkin sebab terlalu tension study sampai syaitan dapat peluang nak goda manusia yang alpa ni :

1. Hasad Dengki
2. Su’ Dzon (Buruk Sangka)


Simptom-Simptom

1. Hasad Dengki
- Senang hati melihat orang lain susah
- Susah hati melihat orang lain senang
Ahmad senang hati apabila melihat Salim tidur tak study. Manakala, apabila dia ternampak Salim study, dia rasa tak senang hati.

2. Buruk Sangka
- Sentiasa mengesyaki segala tindakan orang
Ahmad menyangka Salim seronok apabila Salim ternampak dia tertidur.
Kesan2 penyakit ni sangat bahaya dan boleh memutuskan ukhuwah



Langkah mengatasi


1. Berlapang dada
2. Husnul Dzon (Baik Sangka)
3. Mengubati Hati


Ubat Hati


1. Baca Qur’an dan maknanya
2. Dirikanlah solat malam
3. Berkumpullah dengan orang soleh
4. Perbanyakkan berpuasa
5. Perbanyakkan zikir malam



Semoga kita sama-sama dikurniakan hati yang tenang dan dihindarkan dari godaan syaitan yang melampau.


Taken from here.

p/s : Aku dah dapat semangat yang baru. Alhamdulillah Usaha lagi ! :)