Sunday, October 10, 2010

Assalamualaikum :)

Hari ni alhamdulillah masuk 3 minggu 2 hari dah saya berada di bumi Anbiya Mesir.

Ya, makin lama makin ramai kawan tanya “Amacam study kat mesir, okay?”. Entah la macam mana nak cakap. Sebenarnya kuliah kami yang di Universiti Zagazig tu dah mula, 3 oktober lagi. Tapi kami semua masih kat Cairo (2 jam dari Zagazig). Semua tengah tunggu keputusan pasal rumah sewa kat sana dari Ustad Sabli.  Insyallah, kalau dah pindah ke sana, saya akan kasitau semua ya.

Alhamdulillah, setakat ni semua okay kat sini. Cuma ada certain masalah sikit kat sini, pasal kad bank. Hari selasa lepas, kad bank HSBC saya kena tahan. Berurusan sana sini, masih tak dapat. Last-last mak kirim kad bank dia dengan saya. Insyallah, minta-minta itu pun tiada masalah. Mak kirim dengan kak Bahirah. Sempat lagi dia kasi intro pasal kakak tu. Dia kata Kak Bahirah tu student terbaik Medik tahun kedua. Woahh naik terus semangat mau jadi cam tu. Hehehe :D

Baru-baru saya kena tag oleh Kak Ann satu gambar. Nak tahu gambar siapa? Hehe Syaakirah. Wiwit dia dah pandai dah angkat kepala tegak. Huhu rindunya. Muka Syaakirah pun dah tembam tau. Hehe suka suka suka :)


Syaakirah, mak tam rindu Syaakirah la. Muah :D

Dan dan beberapa hari lalu saya dan kawan-kawan enjoy2kan diri sat. Hehe pergi tempat-tempat yang menarik especially tempat yang main game. Hehe :)

Nanti saya update dengan gambar gambar kami main ya.

Sekian.
Terima kasih.

Thursday, October 7, 2010

Empat Perkara

Assalamualaikum :)


“Empat perkara jika dilakukan boleh mendatangkan ketenangan jiwa iaitu apabila diuji ia bersabar, apabila diberi ia bersyukur, apabila bersalah ia memohon maaf dan apabila orang lain bersalah/marah, ia cepat memaafkan”

Taken from Kak ChaQ.

Terima kasih.