Monday, August 30, 2010

Bila Hari Semakin Dekat

Assalamualaikum :)

Semangat ni sekarang. Berblog sambil dengar lagu raya. Yang mana satu? O o o Balik kampung ~ O o o Balik kampung ~ Hehe :D

Nak balik kampung mana lah awak Khalilah. Ish ish. =.=''

Jeles juga tengok kawan-kawan yang tengah belajar di universiti sekarang. Masing-masing dah tak sabar nak balik Sabah. Masing-masing gian shopping baju kasut shawl di negeri dorang belajar tu. Ish ish. Tak lama lagi aku pun merasa lah situasi macam tu. Tak sabar !

Tak sabar juga nak beraya dengan classmate dulu. aish semua lah tak sabar.

Ek ehh Merdeka la dulu cik adek baru Raya. Ehemm. Hee ;)
Di sini juga saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN
Kali ke 53 !

Dan hari Selasa ni KOMPEM ! ramai orang kat bandar. Gaji dah masuk, apa lagi. Semua berebut nak keluar untuk beli baju raya lah kasut dan macam-macam lagi. Yang saya ni pun tak puas lagi cari shawl untuk padankan dengan baju raya tahun. Cewaah ~ !

Ada tinggal lebih kurang 3 minggu lagi sebelum saya fly. Hari tu ada cik Lily Nazura ada share list barang nak dibawa, woah banyak lagi rupanya yang perlu di beli dan di urus. Tidak apa. Insyallah. Sebelum raya, settle lah semua barang tu.

Dalam hati "Macam aku nak bawa jak semua barang dalam bilik ni termasuk bliknya sekali. Haihh =.=''

Ek ehh sepa ni ? Comel nya macam Mak Tam nya. Ngehehe :)

Ni lah anak buah saya, Syakirah. Insyallah 3 hari masuk lah 2 bulan umur Syakirah. Nak kirim salam, boleh boleh. Buat email dulu ye, baru leh kirim salam. Hehe ;)

Sekian sahaja untuk hari ini.
Terima kasih.

Sunday, August 29, 2010

Pernah Kamu buat Batik ?

Assalamualaikum :)

Hari tu, sementara tunggu masuk boarding ke Sabah, saya dan Kadek jalan-jalan satu KLIA. Dan ada masa itu saya pakai tudung yang innernya kadek bilang 'ADA X ADA SEGALANYA'. kan kan Kadek? hehehe.
Kadek buat muka coool ~. hehehe.

Ada di sudut lapangan tu, kami nampak banyak gerai kecil jual baju-baju dan macam-macam lagi. Tiba-tiba kami nampak beberapa orang tengah buat batik. Apa lagi, kam pun pergilah tempat tu dan saya try buat batik. Cewah ! Bukan buat, cuba warna jak. Lukis tidak. X)

Ni batik yang dah ready made.

Kakak ni lukis sangat halus dan cepat. Fuyoooh ^__^.

Bahan-bahan yang diorang sediakan ;)

Excited bah masa ni sampai tangan pun menggeletar mau warna. :)

Yang warnakan daun ni bukan saya ya, empunya batik ;)

Dah habis buat tu, kami pun chow dan saya pun ready-readylah ke tempat boarding, dan pada masa tu saya ternampak satu sign yang betul betul menunjukkan perasaan saya masa tu. Huhh =.=''


Thanks for reading. 

Thursday, August 26, 2010

I Know U Jealous

Assalamualaikum :)


Manchester United's fan, Don't be jealous :)

Thanks.

Wednesday, August 25, 2010

P for Purple and Promotion

Assalamualaikum :)

O M G !

Saya suka warna shawl sebelah ni. Nak kata striking, tidaklah juga tapi warna dia sgt naik. Apa orang kata, i loooike bebeh ;)

Saya sekarang dah ketagih dengan cerita SYURGAMU RAMADHAN. Sesiapa yang tengok cerita ni, tahulah tu kenapa dan apa sebab ketagihan saya itu. Cewah !

Lagu kat blog ni pun sebenarnya OST untuk cerita ni. Sangat sedih okay. Tak sah tak nangis asal tengok cerita ni. Watak watak dalam cerita ni sangat-sangat menjadi. Terutama mak dia, Yassin, Zarina ishh semua lah ! Thumbs up !

First time tengok sama kakak pun, uihh tak berenti air mata keluar. Kan kan kadek ? Hehe.

Bagi sesiapa yang nak join juga tengok cerita ni, tengok lah kat TV3, setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis jam 10.30 malam. Sesiapa yang tak tengok, rugi kot. Hee ;)

Dan dan dan jangan lupa bawa kotak tisu sekali. Bagi sesiapa yang mungkin time tu dah tidur ka, masih kat luar rumah ka, boleh ja tengok FREE kat laman web TV3. Tapi mungkin lambat sikit lah, sikit je ye. Hehe.

That's for today.
Thanks ya !

Monday, August 23, 2010

Shopping !

Assalamualaikum :)

Hello everyone.

Saya baru balik dari bercuti. Hee Tak jauh. KL sahaja. Sebenarnya niat nak pegi KL tu pasal saja nak holiday sebelum fly ke Mesir.

Tapi lain jadinya. Apa yang lain? Shopping. Itulah. Mana tak rambangnya, selendang yang saya duk beli rm10 (free postage) semua kat sana tu murah-murah. Nak itu lah, nak inilah.

Terima kasih juga kepada Kadek teman janjalan sepanjang di KL tu. Dan dan daan

SELAMAT HARI LAHIR

Semoga panjang umur, sentiasa dimurahkan rezeki dan menjadi insan yang baik di sisi Allah . Amin. :)

Sekarang saya cuma kena get ready untuk prepare barang-barang yang nak di bawa ke Mesir tu.

Saya nak belajar masak ! Kak Ann kata dia boleh ajar, tapi seminggu sebelum fly lah. Hehe. Nak prepare tu nak prepare ni. Hari tu ada buat list barang, tapi entah ke mana dah list tu =.='' Terpaksa buat yang baru.

Skip for that. Esok mak ajak keluar tengok-tengok baju kat KK. Kak ann kata banyak baju baru di kedai sekarang. Hooray ;)

Saya nak sambung tidur sat. Hee.

Terima kasih.

Friday, August 20, 2010

Tutorial : Letak SIGNATURE di Setiap Entri

Assalamualaikum :)

Memandangkan ada beberapa teman yang tanya macam mana nak buat signature di setiap entri dalam blog, jadi saya hari ini dengan berbesar hati akan tunjukkan cara-cara tersebut.

1. Reka gambar kalian mengikut kreativiti masing-masing di mana-mana software yang anda dalam lap. Saya suggest PHOTOSCAPE. Mudah dan cepat. Photoscape > Editor > New Photo > Start edit > Save.

2. Upload gambar tersebut di PHOTOBUCKET dan dapatkan URL bagi gambar tersebut. *Sebenarnya mana2 website pun boleh, asal ada URL nya.

3. Log In blog > Design > Edit HTML > Expand Widget Templates

4. Tekan CTRL F dan cari code berikut :
atau

atau
5. Paste code berikut di bawah code  di atas :

6. Preview.  

7. Save Template.

DONE !

Thank you.

Wednesday, August 18, 2010

Sakit Hati

Assalamualaikum :)


Sakit hati bila baca artikel ni. Nauzubillahminzalik.

Ya Allah ya Tuhanku, jauhkan lah aku, keluargaku dan rakan-rakanku dari segala maksiat dan perbuatan perbuatan yang boleh menjerumus kepada kejahatan.

Amin.

Tuesday, August 17, 2010

MTQ Peringkat Kebangsaan

Assalamualaikum :)

Hari ni saya saja nak share dengan anda sekalian gambar saya dengan GPM masa pergi ke Majlis Tilawah AlQuran Peringkat Kebangsaan.

Sebenarnya gambar-gambar ni dah lama, sebelum puasa lagi, masa World Cup waka waka tengah gempak lagi. Woah lama kan? Hehe ;)


Ehemm Solo nasyid yang sangat menark perhatian penonton.

Kami duduk kat bahagian luar dewan ja sebab dalam dewan dah penuh.

Pulang tu kami singgah makan di KFC. Hehehe.


U tangkap gambar I. I tangkap gambar U.

Waargh !

Abang belakang tu sempat lagi senyum.

Ambil feel sat kat tangga.
Eh, siapa yang ambil gambar kami? erm.

Okay. Itu sahaja untuk kali ni. Saya nak keluar dulu.

Sekian.
Terima kasih.

PUISI KANTOI The Contest

Assalamualaikum :)

Lepas sahur tadi, buka blog ni. Tengok kat bahagian shoutbox. Tetiba tetengok ...

"Salam Ziarah. Ada contest di blog saya. Jom Join !! (^_^)" - PencariCinta.

Wuhuu. Contest lagi. Sebenarnya saya ni mana pena ikut apa-apa contest pun selama berblogging ni. Tapi kali ni rasa tertarik sebab buat puisi yang siok sendiri lah orang Sabah bilang. hehehe.

Sesiapa nak join contest ni, jom lah ! Klik SINI .

Okay. Ni puisi hak milik saya ya. NO TIRU TIRU ! :)

----------------------------------------------------------------------------------------

Di saat kali pertama ku melihatmu,
Oh, cair hatiku. Oh,cair jiwaku.
Bagai segalanya yang ada pada mu fuhh cukup sempurna bagiku,
Sungguh diriku tertarik.
Tertarik dengan wajahmu, badanmu, bentukmu dan saizmu.
Ku tatap wajahmu setiap hari,
Ku bawa engkau ke sana dan ke mari,
Ku dengar suaramu di kala aku kesunyian,
Ku jadikan kau teman tatkala susah dan senang,
Ku balutkan dirimu agar engkau tidak dikotori,
Tidurku juga tidak aman tanpamu di sisiku,
Pernah satu ketika,
Dirimu dihantar untuk dirawati.
Resah hatiku ini berbalut duka.
Baru ku sedar betapa pentingnya dirimu di hidup ku.
Wahai HANDPHONE SONY ERICSON ku,
kerna dirimu begitu berharga.

--------------------------------------------------------------------------------------

Erm sori saya reka puisi yang pendek ja. Belum arif sangat lagi part part puisi ni. Hehe.

Satu lagi,Ndak pernah pernah ni bah tulis puisi. Serius ! Sekalipun ndak pernah. Jiwang pulak tu. baca balik apa yang di tulis, oh lari segala bulu tau. hehe. Apa apa pun. Harap enjoylah baca puisi tu. Hehe ;)

Okay. Sekian.
Terima kasih.

Lawak Sungguh !

Assalamualaikum :)

Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu
: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera!
Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan
keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu :
Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu
semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya,
kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan
itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!
Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!
Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

P/s : Tiada kaitan ya sama hal-hal politik.
 
Terima kasih.

Monday, August 16, 2010

Bikin Semangat Ni Contest

Assalamualaikum :)

Buka blog orang ni. Buka blog orang tu. Buka sana buka sini, buka baju.. erk? Hehe okok. Tadi aku blogwalking jap pi blog2 orang, saja mau baca dorang punya entri yan baru baru. Sekali masa buka belog si Irine Nadia Marcello tu, WOW! Nah kau punya terbeliak mata aku tengok header dia ! Uishh kalau tengok time posa tadi, sah satu botol air aku minum gara gara tergamam gila.

Mau juga aku tanya dia mana buat tu header, tapi aih ndak da ba dia punya shoutbox. Puihh punya kecewa. Scroll lah blog dia sampai bawah, tiba2 tengok ada lagi satu gambar dia dan dan dan kaan ada satu web www.aizbatucampur.com.

Aku pun apalagi, terus buka lah tab baru, buka tu link. Yah. Aku mengaku aku pestime buka tu blog. Ehem ehem mengaku suda ni. Buka jak, terus tengok ada contest header. O O O M G ! Kembang segala bulu bah. Senyum senyum sendiri ni time baca dia punya syarat.

Lucu juga si Aiz ni. Aku suka baca part “Kalau apa-apa perkataan pun takdak.. ampa pi beli keyboard besaq sikit..pastu hentak kepala masing-masing..settle”. Lawalah.

Tapi kan ada satu jak syarat dia yang buat muka aku tebal kalah orang kawen punya mekap. Mau tau? Itu bah yang part dia bilang untuk followers dia jak. Erkk aku ehem ehem straight to the point jadi follower dia. Ehem ehem. =.=’

Lepas jadi follower dia, terus semangat ni buat entri pasal ni contest. Biarpun skg ni tengah malam dan kejap lagi nak sahur. Muahaha. Ermm selalunya aku guna saya dan sejujurnya aku memang skema part2 menulis dalam blog tu. Aku orang sabah bah, tapi bukan 100 peratus cakap sabah. Ya bah. Sorilah kalau nampak ganas sikit stail aku cakap ni.

Nak header yang macam mana?

Bismillah minta minta dapat. Hehe OKOK. Kalaulah dapat kan, aku nak header tu pink. Nama penuh aku dan nama blog pun mesti ada. Erm yang lain tu pandai2 lah. yang penting apa? Kerjasamaaa. Hehe ndak lah. Asal cantik, ok lah tu.

Oh itu jak lah ya.Apa apa pun.

Terima kasih AIZ.

Jalan Jalan Cari Bazar

Assalamualaikum :)

Selamat berpuasa semua. Kejap lagi nak berbuka dah bagi kawasan Kota Kinabalu Sabah ni. Jam 6.30 petang. Amacam puasa? Janan sesekali ponteng ya. Dua kali boleh. Eh ? hehehe ;)

Lawa kan? Ini pemandangan yang saya ambil dari tingkap bilik. Masa ni lepas subuh. Tenang ja tengok.

Okaylah. Nak berbuka dulu.

Sekian.
Terima Kasih.

Wednesday, August 11, 2010

tv3.com.my Menyenangkan

Assalamualaikum :)

Epilog SYURGA CINTA ini dimainkan jam 6.30 petang di mana masuknya waktu Magrib di Kota Kinabalu dan kawasan yang sama waktu dengannya. Uiseh.

Kalau di rumah saya, tv kompem kena tutup jam 6.30 tu. Magrib kan, tak bagus tengok tv. Orang lain duk kat masjid dah solat, ni leka pula tengok tv.

Tapi, sekarang kan semuanya dah senang plus mudah. Tengok jelah cerita ni kat TV3, bahagian Watch TV. Sekarang cerita ni dah episod ke 6 tak silap. Cerita nya lebih kurang ja dengan filem Syurga Cinta tu, cuma jalan cerita lain sikit.

Plus, saya lebih suka tengok Heliza dengan Awal berlakon. Hehe sebab dorang kiut. (Alasan tidak munasabah). 

Nasib ada budak kecik yang comel lote tu, MIA ;)

Dan satu lagi, asal tengok muka ZIZAN, teringat pula dengan orang Mesir tu. Fuhh.

Sekian sahaja untuk hari ini.
Terima Kasih.

Monday, August 9, 2010

Cukur Jambul & Makan Durian

Assalamualaikum :)
Aktiviti : Kenduri Cukur Jambul dan Makan Makan Durian.
Tarikh : 1 Ogos 2010

Si Puteri Comel, Syaakirah yang sangat nyenyak tidur.
Antara pencukur pencukur jambul. Hehehe ;)
Budak2 comel yang diimport dari Tansau. Hehe ^^.


SELAMAT BERPUASA SEMUA !

Terima kasih.

Wednesday, August 4, 2010

Siput vs Babi

Assalamualaikum :)

Ketika ternampak seekor siput babi di atas lantai,

A : Kenapa siput babi jalan lambat ?

B : Dah siput babi tiada kaki.

A : Ular tiada kaki pun laju apa.

B : Sebab...... erm, dah takdir, cengkerang dia berat, terlampau melekat dengan lantai, bla bla blaa.

A : Salah !

B : Habis tu ?

A : Siput babi tu lambat pasal DIA TENGAH FIKIR DIA TU SIPUT ke BABI.

B :  =___=''

Sunday, August 1, 2010

Having a Great Day

Assalamualaikum :)

Hai hai.Kemarin rumah kami buat Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat sempena kelahiran Syaakirah. Sangat seronok sebab ajak GPM juga datang sama.

Dan satu lagi, semalam jam 10 gitu dapat berita pasal pertandingan Worldwide Photowalk tu, saya KALAH bah. Tidak apa. Tiada rezeki untuk kali ini. Yeahh ;)

25 JULAI 2010 ( Ahad )
Lunch di La Manilla Cafe.
Sesi lompat-lompat di Parking Warisan Square 5th Floor yg tiada orang.
On the Way ke SURIA SABAH.
On the way ke Graffiti.
Enjoy snapping di tepi laut.
HAPPY FRIENDSHIP DAY !

Thanks.