Friday, January 8, 2010

Mengisi Keboringan yang tak Terkata

Assalamualaikum :)


Hai. Esok abang im dan Kak Ann nak bawa ilah ngan Syafiq pergi taman ntah apa nama taman tu dekat Sembulan. Taman tu tak silap ilah baru kena bina. Ermm lebih dan kurang 2 3 4 tahun yang lepas. Eh? Baru ka juga nama nya tu. Hehe. Abang Im ada chat semalam dan dia kata nak bawa kami jam 6 atau jam 7 macam tu. Yang penting lepas subuh la. Semangat ilah rasa sekarang. Macam tak sabar nak bangun pagi esok. Hehe.


Esok juga ilah akan mendaftar Kursus Bahasa Inggeris di Inti College yang berada di Putatan ni. Bersebelahan dengan Restoran Sinar Mustika. Kursus ini akan mengambil masa 4 bulan. Kelas pertama ilah insyallah akan bermula pada hari Isnin minggu depan. Dan kelas ni akan berakhir pada 30 April. Huh. Terkejut juga ilah dengar habis 30 hb. April tu. lama weh! Ehehe. ilah pun setuju gak walaupun bayaran yang dikenakan tu agak tinggi. Lagipun ilah nak isi lah juga keboringan duduk di rumah ni. Malar Facebook. Hehe.



Dan ilah juga sekarang tengah tunggu balasan dari Program Kepimpinan Tun Razak yang Cikgu Ananglangka suruh ilah ikut tu. Berdebar rasa nak kena interview. Yaiyy. Entah la apa yang nak ditanyakan nanti. Arrharatnasari K.Ma'rof nasihatkan ilah yang penting keyakinan. Penting tu! Huhuhu. Insyallah ilah akan buat yang terbaik.



Just miss him so much. ^^.



Keputusan akan keluar bulan 3. Tak lama lagi tu. Sekarang teruskan lah berdoa supaya segala impian akan tercapai. Aminn :)
ilah.

2 comments:

Salleh de Ran said...

teruskan usaha kamu Ilah.. semoga cita-cita kamu tercapai dan teruskan berusaha jangan mudah mengalah... kejayaan bukan mudah diperolehi... bukan senang nak jadi senang... Boleh bah kalau ko...

khalilahsapawi said...

yippy. abang pp dah tengok :) tanku.
esehh ya bah. bloeh ba kalau kau pp :).