Assalamualaikum :)
Punya semangat. Aku bangun seawal 3.30 pagi dan masa aku bangun tu baru aku rasa okey kenapa aku bangun awal gila padahal program sc saranghae ni mula jam 7.30 pagi. Haha.
Aku nak tidur balik, tapi apakan daya nda dapat. Tengah baring tu, mula lah pikiran aku yang mengarut-ngarut ni datang. Memandangkan aku baru ja pinjam tulang SKULL (tengkorak kepala) dari PCZ, banyak la benda negatif aku fikir tengah pagi buta tu. Mana la tau yang skull tu tetiba gerak, plastik yang dalam nya tulang tu tetiba bebunyi2 ka tengok2 skull tu tiada suda dalam plastik. Adedehh. Imaginasi yang melampau2 okeh masa tu. Aku pun pelik =='
Ok stop cerita mengarut tu.
Program Smart Circle Saranghae ni adalah program gabungan seluruh sc a.k.a usrah dari Tahun 1 sampai la Tahun 5 perubatan dan farmasi. Aktiviti majoritinya sukan. Actually bukan yang lasak pun, sekadar suka2 untuk rapatkan ukhwah sesama ahli sc. Aku tak join sebab aku jadi jurugambar ja sepanjang program. Lari sana lari sini tangkap gambar. Sampai ada satu part dorang bekejaran sampai langgar aku, haha nasib kamera tak jatuh. Aigooo >.<
Aku paling suka part makan makan ni, sebab kali ni makan ramai2 dalam dulang. Suap menyuap. Dan paling aku suka, aku dapat makan ais krim asam moi kawan aku bagi. Weeeee. Teringat masa muda-muda dulu selalu beli aiskrim tu kat bas skolah, 20 sen satu. Haha :)
Okay itu sahaja untuk kali ni. Semoga ikatan persaudaraan antara kita semoga kekal abadi. Inshallah.
Terima kasih.
1 comment:
tido ngan skull tuh, pastu bagi dia nama cantik2 k. kak punya dulu nama dia Temmy. insyaAllah akan senang hafal bila sudah taaruf2 sama dia.
=P
Post a Comment