Tetiba perasaan rindu dengan mak datang tengah malam buta ni. Hurmmm :')
Okay, Nak cerita satu benda ni. Tadi baru dapat tahu yang kuliah mula 16hb Oktober. Okaih masa tahu pasal tarikh kuliah buka tu, memang rasa macam mahu baling ja ni laptop. Grr. Apa tidak, aku dari awal memang merancang nak balik lambat sebab mau ikut mak datang konvo Kadeq 9 hb Oktober ni. Tapi bila fikir balik, takut pula balik sorang2. Lagipun semangat juga mahu masuk kuliah awal, tu yang tak jadi nak balik lambat. Sekali tengok. Aish memang menyesal tak pasal pasal. Tapi apa bole buat juga kan. Dah sampai sini.
Kepada kakakku sayang, Kadek.
NAJIHAH BINTI SAPAWI
Selamat berkonvokesyen Ahad ni. Wee :)
( IIUM )
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment