Wednesday, August 11, 2010

tv3.com.my Menyenangkan

Assalamualaikum :)

Epilog SYURGA CINTA ini dimainkan jam 6.30 petang di mana masuknya waktu Magrib di Kota Kinabalu dan kawasan yang sama waktu dengannya. Uiseh.

Kalau di rumah saya, tv kompem kena tutup jam 6.30 tu. Magrib kan, tak bagus tengok tv. Orang lain duk kat masjid dah solat, ni leka pula tengok tv.

Tapi, sekarang kan semuanya dah senang plus mudah. Tengok jelah cerita ni kat TV3, bahagian Watch TV. Sekarang cerita ni dah episod ke 6 tak silap. Cerita nya lebih kurang ja dengan filem Syurga Cinta tu, cuma jalan cerita lain sikit.

Plus, saya lebih suka tengok Heliza dengan Awal berlakon. Hehe sebab dorang kiut. (Alasan tidak munasabah). 

Nasib ada budak kecik yang comel lote tu, MIA ;)

Dan satu lagi, asal tengok muka ZIZAN, teringat pula dengan orang Mesir tu. Fuhh.

Sekian sahaja untuk hari ini.
Terima Kasih.

No comments: