Tuesday, April 26, 2011

Go Go Away This Feeling !

Assalamualaikum :)

Yeah. Aku berasa sedikit down untuk beberapa hari ni. Kemuncaknya rasanya semalam.haha Sampai aku rasa nak menangis sepanjang aku belajar semalam. Sebabnya ? Erm. Susah susah mau terangkan.

Selalunya aku suka cari sorang tu untuk meluah. Tapi dia tiada semalam. Jadi aku meluah dekat orang lain. Bersyukur juga la ada dia. 

Dia sempat cerita yang ada pensyarah universiti Cairo pernah pesan, kalau sesekali kamu rasa stress ka down ka tidak tenang ka di bumi Anbiya, sebaiknya ambil lah wuduk dan solat sunat. Kalau masih tidak tenang, baca Quran inshallah kamu akan okay. Ya aku mengaku, aku terharu.

Dalam masa yang sama, aku sempat sms kat mak aku. Aku rasa sangat memerlukan dia masa tu. Aishh gini la kalau rasa down kan. Benci betul perasaan ni.

Tapi fikir-fikir balik, aku usaha untuk muhasabah diri aku sikit. Aku teringat kat satu entri yang pernah aku post sebelum ni. 



"Don't tell Allah how big your problems are, 
tell your problems how big Allah is"

Di samping tu, aku teringat kat kawan yang rapat kat aku sepanjang di Mesir ni. Yeahh sekali lagi, aku sangat bersyukur dapat kawan macam mereka ni. Sayang semua :)


Semangat makin lama makin meningkat. Tiada lagi feeling2 down ni. Aku harap semangat ni akan berterusan. Inshallah. Terima kasih pada yang menolong selama ni. Doakan aku ya !

Oh ya. Nak kasitau ni. 11 mei 2011 ni semua Tahun Satu Zagazig Universiti akan menghadapi final exam. Sekarang tengah rushing cover semua subjek. Memang bikin panik la juga. Tambah tambah lagi sekarang masuk musim panas, musim di mana malam lebih pendek dari siang. Tidur pun makin lama makin kurang. 4 jam setiap hari. Apa tidak. Study sampai jam 1.30 pagi. Tidur then jam 4 suda azan subuh. Awal kan? orang bilang ndak bagus tidur pas subuh, tapi sekarang ndak peduli sudah kan. Tidur jak. Perghh buruk perangai =.=''



Ini jadual final exam kami. Last exam 4 Julai 2011. Terfikir suda mau balik Sabah. Haha tapi kena tunggu paling kurang sebulan untuk keluar result. Ndak kesabaran suda ni. Haha.

Pada rakan-rakan sekelas dan sama waktu dengan nya, 

JOM MUMTAZ RAMAI2 !!

Inshallah ;)

Terima kasih.

2 comments: