Assalamualaikum :)
Memandangkan aku ni seorang yang kuat ketawa, kuat kacau orang, kuat buat lawak (yaka), ramai kawan tanya aku, aku ni tiada masalah kah dalam hidup.
Lepas tu, kebanyakan kawan sekeliling aku selalu bercakap pasal lelaki atau pasangan dorang masing-masing, aku selalunya tolong dengar jelah. Kadang2 sibuk2 juga bagi pendapat kalau dorang ada masalah dengan pasangan dorang tu.
Sampai ada certain kawan pernah cakap kat aku, "jarang aku dengar si khalilah cakap pasal orang yang dia suka. Ada ka khal ~ ?" Haha. Ketawa dalam hati.
Siapa yang betul2 rapat dengan aku sahaja tau aku ni jenis macam mana.
Siapa yang yang duduk sama study sama aku jelah pengalaman tengok aku sedih. Tapi sedih2 aku, aku jarang kasitau apa yang aku sedihkan tu.
Kebanyakan sedih yang aku suka share ialah sedih sebab rindukan bonda di rumah. Yeah itu aku ngaku, aku selalu nangis pasal perkara ni. Biarlah di mana aku berada, bila dah fikir pasal bonda, direct keluar air mata. Itu tidak boleh dinafikan lah.
Yeah.
Maafkan aku ya kawan-kawan.
Walaupun sedalam mana perasaan suka atau benci aku pada seseorang, walau sekuat mana dendam aku (wow) walau sebanyak mana masalah yang aku hadapi, maaf lah aku bukan jenis orang yang suka meluah perasaan atau masalah atau share2 rahsia diri pada orang lain.
Kekadang aku pun tak faham dengan diri aku. Orang lain punya senang nak meluah perasaan atau masalah dekat kawan sendiri, famili sendiri, dekat fb, blog, twitter, aku ni pula susah sangat mau buka mulut cerita apa2 benda yang berkaitan dengan emosi aku sendiri.
Boleh tengok sendiri lah kan, susah lah nak cari benda berkaitan dengan emosi atau luahan perasan dalam belog aku, terutamanya.
Mungkin pasal aku punya kenangan pahit berkenaan dengan share2 rahsia, jadi aku jadi begini. Entah.
Tapi aku tahu, bukan selamanya aku akan jadi gini. Mungkin lama kelamaan aku akan dapat teman yang akan faham keadaan aku. Siapa la tu kan. Inshallah dipermudahkan.
Maafkan aku.
Norezzati Ramli, i need you.
Norezzati Ramli, i need you.
Sekian.
1 comment:
kekadang kena share jugak, dgn share rahsia tu kita rasa kemanisan ukhuwwah juga. Pengalaman kakakla.
Orang yg strong mcm khalilah jak yg dpt sorok perasaan.
Padahal kuat mrajuk sensitif lagi. Mcmla kak nda tau
:P
Post a Comment