Thursday, January 27, 2011

Doakan Keselamatan Kami Semua.

Assalamualaikum :)


Tempat : Meja study.
Masa : 12 plus tengah malam.
Tarikh : Melampau. Luu cari cindili.
Aktiviti : Dengar lagu. Nasyid okeh. Wanita-Dehearty sambil sedih2.

Notes for today :
Bersukur sangat hari ini sebab dapat jawab ujian Anatomy praktikal dengan baik. Hehe. Alhamdulillah. Selesai juga urusan pasal tasdiq tadi. Sekali lagi, alhamdulillah. Dan fyi, kami akan cuti WinterBreak, start dari 29.01.2011 selama dua minggu. Wuhuu. Opp opp tapi ehem tak boleh enjoy sangat sebab dua minggu lepas kami cuti holiday tu ada Midterm Exam. Inshallah kali ni nak belajar sungguh untuk exam ni. Banyak masa ,jadi ambil peluang sebaiknya. Yeahh !

Okok. Stop for that.

Hari ni nak cerita pasal apa yang dah berlaku di sekeliling kami. Baru baru ni banyak dengar pasal rusuhan di Mesir, yang mulanya dari kes pengeboman di salah sebuah gereja di Alexandria, pastu dengar pula pasal rusuhan di Cairo. Bom sana bom sini. Fuhh. Menakutkan.

Yang lagi menakutkan, rusuhan ni berjangkit pula di kawasan kami, Zagazig di bahagian Mahattah. Shock. Scared. Speechless. Fuh. Padahal Mahatta di kira dekat jugalah dengan kawasan saya tinggal ni. Erkk bukanlah dekat sangat, naik tremko(mini van) lah juga. hehe. Tapi aishh dalam kawasan yang sama kan, bikin takut la juga. Sebab rusuhan tu pula, entah lah. kami pun tak pasti. Ada yang kata masalah kaitan keagaaman dan ada beberapa sumber cakap rusuhan tu berkenaan dengan menteri dorang. Wallahualam.

Dan ada kakak2 senior banyak cakap, nanti winterbreak kalau tiada urusan, jangan keluar dari rumah. Bahaya. Ermm rancang mau pergi Alex time cuti, tapi ntah jadi ka tidak. Sob sob =.=''

Ok. Sekarang nak share sikit videos berkenaan rusuhan tu di sekeliling Mesir ni.




Kalau nak tengok lagi lanjut, klik SINI.


Dan sekali lagi terkejut bila saya ada terbaca salah satu komen video-video tu ;

"This is not a revolution .......this is only a TASTE of THE revolution....we're 80 millions ...this was only around 100,000 - 150,000 all over Egypt ....and we're learning from our mistakes, next time, there won't be no standing in the streets shouting...next time we'll move directly towards the presidential palace. Imagine 800,000 or 1 Mil. marching towards the bastard...sooner or later bitch....sooner or later..it's inevitable...see if your police and guards can save you from our teeth!"

Menakutkan. Thats all I can say.







Jadi kepada rakan2 seperjuangan sekalian yang di Mesir ni, jangan lupa kasitau parents kamu supaya sentiasa doakan keselamatan kita semua di sini. Doa ibubapa ni makbul tau. Huhu.

Rakan-rakan kat Malaysia pun doakan lah keselamatan kami semua di sini. 

Ya Allah, 
Engkau lindungilah kami, Ya Allah.
Kau lindungilah kami, Ya Allah.
Kau lindungilah kami semua, Ya Allah.
Jauhkanlah kami dari sebarang kesusahan dan masalah yang tidak dapat kami tanggung. 
Kuatkanlah semangat kami, ya Allah.
Teguhkan dan tabahkan lah hati kami ya Allah dalam meneruskan perjuangan. 
Sesungguhnya Engkau maha pengasih dan Penyayang. 
Ameen.

Kepada Mak Ayah dan semua adik beradik ilah, 
Doakan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan ilah di sini. Ilah sayang semua. Sobbsobb rinduu ! ;(

Sekian sahaja untuk kali ini.
Terima kasih. 

5 comments:

Munawarah Jamaludin said...

huhu...smoga smua dlindungi Allah....igt khal..aq sntiasa doakn kmu dsana...

( MNT ) said...

moga kalian diberi keselamatan dan kemudahan...

Anonymous said...

take care please..

i randomly nk bc psal rusuhan tu.
:)

Unknown said...

Al-hamdulillah sekarang udah aman.. :D

Unknown said...

Alhamdulillah sekarang udah aman.. :D