Saturday, January 15, 2011

Entri Khas Buat Teman Yang Jauh

Assalamualaikum :)

Kepada NOREZZATI RAMLI,

SELAMAT HARI LAHIR
yang ke-19.
( Ehem tiba2 terasa diri ini sangat muda. Yay! )

Untuk kali ni, aku minta maaf banyak-banyak sebab ndak dapat telefon and wish birthday kau face to face.

Maaf juga sebab aku ndak dapat bagi apa2 hadiah untuk kau.
Maaf juga kalau aku ndak dapat celebrate besday kau kali ni. 
Tapi aku wakilkan gambar sebelah ni jak lah ya untuk kau. Totally Special Okay ! ( Pembaca yang lain jangan jeles yeay, kalau nak contact je i. hehe :P) 

Kawan aku tengah nyanyi lagu sedih sekarang, jadi tetiba teringat nostalgia kita zaman muda2 dulu. Hehe kau masih ingat kah? Rindu pula tiba2. Sob sob sob.

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Yeah hadis di atas ni memang banyak kaitan sepanjang aku berkawan sama kau masa di sekolah menengah dulu. Banyak perkara positif yang aku ambil dengan kau. Terutama nya dari segi pelajaran. Memang aku rasa bersaing gila masa belajar sama kau terutamanya dalam Addmath (ehem2) dan Biology. Aku rasa gila pun ndak bersaing macam aku bah. Hehe. Kerajinan kau lagi buat nota dan kerja2 rumah yang cikgu bagi. Dengan tulisan buat2 kau lagi. Dengan kepantasan kau lkalau mencari maklumat, yeah ndak kira lah dari internet ka atau dari buku. kau la juga paling manang.. hehehe. Aih memang itu juga lah yang paling aku ingat. 

Dulu setiap petang kita pergi library kk. Setiap petang tu lah juga kita tunggu bas ditempat yang sama, berhimpit mcm ikan sardin dalam bas terutama hari jumaat, jumpa conductor2 bas yang mcm2 jenis. Setiap petang lah juga kita makan soto atau nasi goreng ayam masin di restorang murah sebelah library tu. Haha. Bukan setiap ari lah tapi most of week itu jak kerja kita kan sebelah petang lepas habis kelas. Hehe. 


Aku sangat rindu mau belajar dengan kau dalam kelas. Sangat sangat. Aku rindu mau beljar di library kk tu sampai petang. Aku rindu mau sms sama kau setiap kali stay up sampai tengah malam. Aku rindu mau diskus subjek sama dengan kau. Rindu dengan high lighter kau yang warna warni tu (*tetiba) Yeah aku rindu kau. Serius sangat rindu.

Dari segi kesihatan pula, aku memang respect lah sama kau. Aku ingat tu, kita kan selalu makan nasi ayam. Kau mesti ndak makan kulit ayam kan. Aku dengan pira jak kesiokan menikmati kulit2 ayam dari kau. Hehe Lepas tu, kau take care sangat dengan body kau terutama bahagian paha. Selama ni aku memang ndak berapa kisah juga pasal pemakanan aku, tapi lepas aku rasa betapa payahnya menjadi seorang gemuk dan try mau buat perkara yang sihat, aku akan ingat sama kau. Hehe ;D

Aku suka bersms dekat kau kalau aku banyak masalah. Serius aku cakap aku sangat susah mau berkongsi rahsia personal sama orang lain. Then, kalau aku rasa down memang aku suka cari orang yang lagi tua dari aku. Tapi, sepanjang kawan dengan kau, kau lah kawan gembira aku, kau jugalah kawan sedih aku.

Aku masih juga ingat pasal kita yang kita terlampau rapat sampai kazen2 kau kata yang kita ni les. Huishh memang panas la juga dengar. Tapi ini lah nama kawan rapat kan. Sentiasa ada di sisi. Sob sob sob.

Satu lagi, norez kau sangat-sangat pemurah ndak kira lah dari segi apa pun. Actually makanan lah terutamanya. Aku ingat tu kau selalu kasi aku kek chocolate cheese n tart sma aku, kau pernah bagi aku beg hitam love2 kau beli 2 lain2 bentuk jak, belanja aku. Macam2 lagi lah. Dan satu lagi, kau sangat suka tegur aku kalau aku ada buat salah.Nice ;)

Uishh kalau mau tulis pasal kau, memang ndak tidur aku satu malam eh.Aku suka cerita pasal kau dengan kawan aku. Serius. Hehehe :D

Pesanan dari aku, teruskan perjuangan dalam bidang kau ambil sekarang. Aku harap apa yang aku tulis ni bawa semangat untuk kau dan istiqamah lah dalam membuat kebaikan tu semua. Dan jangan lupa semua memori yang kita pernah lalui sama2 dulu. Ceewahh macam laki aku pula kau ni. Hahaha ;D Back to the topic, dan satu lagi, aku sangat2 minta maaf kalau aku banyak buat salah atas tingkah laku, atas apa2 yang perkara yang pena buat kau sakit hati ka, terluka ka. Mohon diampun tuanku. Hehe ;)


P/s : Sori kalau ayat aku di atas macam budak tadika.Lama suda ndak mengarang kan. Kahkah :D

Remember, I ALWAYS LOVE U, NOREZZATI RAMLI.

Thanks for reading.
Come again. Hehe.

1 comment:

hani tiara said...

ohhhh. she is my bestfriend at st agnes. dia mmg baik kan!! huhu