Assalamualaikum :)
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi masih memberi peluang kepada kami pelajar Malaysia di Mesir, Sabah khususnya untuk sampai di muka bumi Sabah.
Aku sebenarnya dah lama sampai Sabah. Sabtu jam 5 petang. Aku bukan ikut rombongan pelajar Sabah balik Malaysia. Persendirian. Persendirian itu bukan bermaksud aku balik ikut jet bapa aku (uiseh macam ada), tapi guna tiket tambang sendiri. Itu pun sebab mak aku suruh aku join keluarga Abang Safwan yang kebetulan pergi Mesir untuk lawat adik dia yang baru kena operate. Aku memang kenal family dia, tu lah mak aku tanpa ragu2 suruh aku ikut dorang pulang Malaysia.
Masa awal2 tahu ikut abang safwan tu balik, sedih la juga. Entahlah macam mana nak cakap. Sedih sebab tinggalkan kawan2 kat Mesir yang masa tu belum kompem lagi balik Sabah ke tak. Time tu juga aku rasa, aihh macam pentingkan diri pula aku ni. Berat hati juga nak pisahpisah ni. Nak join dorang, kesian pula mak aku. Takkan nak burn gitu ja kan tiket tu. Last2 terpaksa suda ikut.
Masa tengah bersalam-salam dengan dorang, aku rasa yang sebelum ni susah hati, tiba2 jadi tenang. Clueless.
Sampai2 jak Sabah, balik terus telefon Shukriah. Berita baik !! Semua budak Sabah balik tanpa ansur2 lah. Wuhuuu Ndak tau macam mana mau cakap perasaan waktu tu. Mau nangis pun ada, mau jerit pun ada. Semua laaah ! Alhamdulillah.
Jumpa juga kita semua bah. Wiwit ^^.
Sini nak share sikit gambar yang akak aku ambil masa sampai airport Satu lalu. Enjoy :)
Syaakiraaaaah dan Syafiq ;)
Ya,aku paling pendek. Tapi comel yaw (sila tampar)
Semua sibuk bercerita.
Ni adik abang safwan. Ensem kan.Eiseh.
Sampai Sabah, ramai lah yang bertanya macam mana keadaan sana. Siap tanya 'belum kena tembak lagi kau ilah'. Soalan yag sama dituju pada Nisa.Hehe. Nauzubillah.
Nanti kalau aku rajin, aku jawab lah ya. Hehe. K lah. ak masuk tidur dulu.
P/s : Tadi jam 12.30 malam aku pergi airport, semangat dah nak sambut kedatangan kawan2 Mesir dari KLIA. Sampai2 jak, Wan Sherhan kata flight dorang kena delay sampai esok pagi jam 6 gitu. Sedih sedih. Pastu sempat juga chat dengan dorang, dorang kata ada masalah teknikal. Syukur. Nasib belum terbang lagi masa tu. Apa2 selamat sampai ke Sabah semua. Ameen. :)
Sekian.
Terima kasih.
1 comment:
syukurlah kamu sampai sini sabah dengan selamat juga akhirnya ila :)
Post a Comment