Friday, September 24, 2010

Itu Yang Saya Rasa

Assalamualaikum :)

Hai hai semua. Saya sekarang tengah online di maktabah (library) rumah Sabah. Seorang diri. Ya sorang-sorang ja ni. Tidak apa lah, masing-masing ada hal sendiri kan. ;)

Petang ni lepas solat Jumaat, sebenarnya ada jemputan Open House tapi malas sangat ok mau join dorang. Lagipun saya hari ni macam kurang sihat sikit. Sakit tekak. Kurang minum air kot. Suara pun jadi serak serak dah sekarang. =.=''

Serius, tengah saya dengar lagu Sunnah Orang Berjuang,saya tiba-tiba teringat dengan orang rumah. Rindu sama Mak ngan ayah, Kak ann, Syaakirah, Syafiq, kadek, bilik tidur, aihh semua lah. Tapi demi berjuang dalam mencari ilmu ni, saya jadikan rindu itu sebagai pembakar semangat. Betul serius. 

Saya diberi tanggungjawab atau AMANAH yang sangat besar apabila sampai di bumi Anbiya ini. Amanah dari Allah, ibu bapa, cikgu-cikgu sekolah, rakan-rakan dan dari pusat zakat. Teringat beberapa pesanan dari Kakak senior sini. Dia kata "Jangan kamu main-main bila sampai sini. Ingat balik duit siapa kamu guna untuk datang ke sini. Duit Zakat kan? ZAKAT ! Zakat dah beri kamu amanah, beri kamu kepercayaan untuk belajar sungguh-seungguh sini. Jangan pernah sesekali kamu sia siakan peluang kamu berada di sini."

Di sini selalu diperingatkan tentang niat. Ya NIAT. Banyak niat yang saya buat sebelum sampai ke Mesir ni. Siap letak dalam hp lagi niat tu. Hari tu masa SMS, ada kami lawat Makam Imam Syafi'e, di situ kakak kakak senior kata bagus doa banyak-banyak supaya dimakbulkan. Uishh ndak tau la macam mana mau cakap masa datang situ. Sayu sangat. Masing-masing berdoa. Saya lagi lah berdoakan memperkuatkan niat yang ada, mumtaz dalam segala ujian dan peperiksaan, beri kesihatan kepada diri dan keluarga, kurangkan nafsu makan, ish banyak la lagi.

Dari segi pemakaian kat sini, banyak pengaruh la. Nak yang mana satu, nak seksi meksi pun ada, nak berjubah tudung besar pun ada. Entah la, saya adalah saya. Saya nak berubah sikit kat sini. Bukan berubah apa nya, satu jak. Mau try tidak pakai selendang di sini. Selain tu, mak pun banyak kali pesan kalau bole jangan lah beli baju kat sana, kalau nak beli, beli lah yang panjang dan berlengan. Jangan pula beli yang tiada lengan, dan pandai pandai pakai baju inner kat dalam. Itu bukan tutup aurat, itu sekadar tutup kulit. Ya mak. ilah faham. Insyallah ilah akan ikut semua yang mak cakap. Kakak sini pun banyak pesan jangan pakai baju tshirt yang atas punggung, tetap ada yang pakai macam tu terutama kalau keluar jalan-jalan. Ya Allah, jauhilah aku daripada perkara-perkara sebegitu.

Dari segi makanan pula, di sini tiada masalah juga. Ya betul tiada maslaah, banyak pilihan lagi. Tapi itulah semua yang berat-berat. Huhu ndak pa, niat saya sekarang sangat tinggi untuk kuruskan badan. Makan malam pun kurang juga sini. Tak tahulah masa musim sejuk nanti sebab ramai senior kata kompem cepat lapar . Saya tidak mau jadi orang yang kuat makan di sini. Doakan lah saya ya. 

Okay. Malam ni ada majlis ramah tamah lagi tapi tidak tahu dengan siapa. Semua Banat(perempuan) dijemput di surau. Tak tahu mau pakai baju apa bab nanti dalam gambar baju yang sama jak kan yang di pakai. hehehe.

Ok. Itu sahaja yang bole saya kongsi untuk hari ni. 

Sekian.
Terima Kasih.

1 comment:

Penulis Hingusan said...

akhirnya, terubat rindu aq dgn ko. he~
nnt kita bervideo call lagi ek.
khal, insyaAllah buat masa ni anda sudah berjaya utk nampak kurus di mata kami. he~
bljr rerajin kat sne ek!
Kuatkan iman. ;)
Take care dear. ;)