Assalamualaikum :)
Tadi tengah bongkar-bongkar folder dalam hard disk, tetiba jumpa ni gambar. Woah saya rindu mereka. Serius ! Rindu sangat. Rindu mau berkumpul di bilik bawah, kumpul di dapur sambil cerita-cerita, ketawa-ketawa dan menari nari, =.=''
Al kisah semalam.
Haha saya gembira sebab kumpulan saya dah lepas dari tugas memasak. Saya dan beberapa kawan, 10 orang gitu ditempatkan di sya'ah(rumah) 8. Setiap sya'ah ada satu ruang tamu besar, satu dapur, 4 bilik tidur dan 2 bilik air. Habis ja SMS, kami semua dibahagi kumpulan ikut hari untuk masak. Kemarin adalah turn kami, saya, Sarinah dan Fathiyah. Kami masak Kari ayam, sayur terung dan buah tembikai. First time masak kan, tau2 la macam na perasaan time tu. Hehehe Terima kasih kepada Kak Ann, Kak Ken dan Kak Nana sebab tolong komen2 tu kari.;)
Okok. Next. Tidak tau lah kenapa. Tapi kebanyakan orang sini ingat saya ni ambil Pengajian Islam. Mungkin disebabkan cara berpakaian saya. Berdasarkan apa yang saya perhatikan sini, cara berpakaian mahasiswi yang ambil pengajian dan ambil perubatan sangat jauh beza. Terutama dari segi baju dan tudung. Tapi tidak apa lah kan, masing-masing ikut cara sendiri. Saya pun insyallah akan teruskan dengan apa yang saya pakaikan sekarang. Y Allah ya Tuhanku, teguhkan dan kuatkan lah hati dan pendirianku di sini ya Allah.
Hehe tadi saya ada baca satu artikel yang Saiful Amri share kat Fb dia. Saya suka. Mau baca juga? Meh la klik SINI.
Sebenarnya banyak lagi saya yang saya nak ceritakan pasal di sini tidak kira lah yang ok kah yang tak ok. Tapi entah lah, Tak tertulis, tak terkata dari mulut. Dalam hati jelah saya simpan, Wallahualam.
Sekian sahaja untuk kali ni.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment