Assalamualaikum :)
Hai guys. Tadi pagi ada seorang kawan saya mengeTAG gambar atas ni dalam Facebook saya. Maaf lah sebab gambar atas tak terang.
Srikandi yang berpakaian ungu seperti dalam gambar atas tu ialah Pengawas sekolah menengah saya dulu, SMK Perempuan Likas. Pandai-pandai lah kamu detect mana satu saya ya. Saya yang paling comel berkaca mata, yang hitam sikit. Tapi jangan risau, saya dah makin puteh sekarang okay. (Sila Tampar) Hehe ;)
Saya mula menjawat jawatan pengawas sejak tingkatan satu lagi. Menjadi seorang pengawas ini merupakan satu tanggungjawab yang sangat besar dalam kalangan pelajar. Pegang amanah, berani bercakap, berani menegur, jadi bahan umpatan orang yang membenci, menjadi pereport kepada cikgu kalau ada yang buat salah, tabah, kena pandai urus masa belajar sukan dan aktiviti pengawas, imej kena sentiasa jaga, tepati masa dan banyak lagi.
Rindu dengan aktiviti pengawas masa sekolah mengangah dulu. Kalau ada program macam Majlis Hari Guru, pengawas juga la yang kena handle semua. Dari sukaneka sampailah acara dewan. Kena banyak bagi idea. Fuhh kena lagi jadi setiausaha, buat report setiap kali mesyuarat. Sebut saja mesyuarat, senyum lebar semua. Dah masing-masing enjoy kalau keluar kelas, kadang-kadang sengaja lgi kasi lama-lama dalam bilik mesyuarat tu. Muahaha ;)
Setiap awal tahun mesti pengawas sibuk. Sibuk dengan Sukan Tahunan, sibuk dengan kawad. Geng-geng saya ni menang kaki kawad terutama kelas sendiri. Kawad sampai hitam. Uishh maybe kalau buat pertandingan, bole menang kali dengan keLEGAMan kulit ni =___='' Kalau kawad kami pakai blazer kan. punya panas, terutama masa ucapan. Lepas tu, sibuk sepanjang hari pasal blazer sebab tidak cukup.
Ish best lah jadi pengawas ni. Masa jamuan akhir tahun mesti pakai baju lawa-lawa, main tukar-tukar hadiah lah. Gambar sana gambar sini.
Then biarpun pengawas, kami bawa handphone juga. Haha ni lah pengawas yang tidak berdisiplin kan. Hakhak kadan-kadang dalam kelas, siap pasang lagu lagi main bluetooth sama-sama kawan. Pengawas buat dek jak. Time spotcek jak bukan main garang lagi muka rampas handphone. Perghh hipokrit betul! =__=''
Apa-apa pun saya sangat rindu masa sekolah. Rindu sama kawan dan cikgu-cikgu. Semoga ikatan silaturahim antara kita semua berkekalan. Aminn ^___^.
P/S : Ehh sepa-sepa tak suka sekolah memang rugi lah. Rugi yang tersangat-sangat rugi. Nanti besar, nak fikir duit lah, fikir kawin lah, fikir rumah anak kereta. Haihh Tengok ! Masa sekolah tak yah lah nak sibuk-sibuk dengan masalah lain. Sibuk dengan belajar ja. Janganlah kamu sia-siakan waktu belajar kamu tu ya adik-adik.Enjoy !:)
Sekian.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment