Tuesday, June 9, 2009

Anggur & Kiwi Fresh Cream Trifle !

Kali ini aku nak berkongsi resipi manisan yang kakak aku, Kak Ann peroleh ilhamnya dari http://nanirostam.blogspot.com/. Nama resipi ini ialah Strawberry Fresh Cream Trifle. Ia mudah dibuat, manis dan sedapppp...:) jadi, sempena nak menyambut kepulangan emak yang berada d Terengganu dan abang ipar aku yang baru nak balik dari satu kursus. Tapi kakak aku gantikan strawberry kepada kiwi dan anggur sebab strawberry kat KK ni sangat2 lah mahal dan payah nak cari :) Dan tugas aku cuma taking piktur dan bantu benda2 yang patut. hehe (^^).so let's check this out..



Baiklah,cara-caranya ialah...:
Lapisan bawah sekali:
Susunkan kek sponge yang dipotong kiub memenuhi lapisan dasar di dalam mangkuk kaca kaserol. Sapukan di atas kek tersebut lapisan jem strawberry secukupnya. (Jem buah yang asli atau berkualiti).
Lapisan 2:
Didihkan 1 tin susu cair ideal, 1 tin air, ½ tin gula pasir atau manis mengikut kesukaan. Apabila mengelegak masukkan 2 sudu makan tepung kastard yang telah dibancuh dengan ½ cawan air. Kacau tanpa henti dan tutup api. Sejukkan dan tuang setengah daripadanya ke atas lapisan kek yang telah di sapu jem. Simpan yang setengah lagi untuk lapisan seterusnya.
Lapisan 3:
Putar 250gm fresh cream hingga kembang (fresh cream boleh didapati di kedai menjual barangan membuat kek. Sapukan separuh daripada krim yang diputar tadi di atas lapisan kastard tadi. Simpan separuh lagi untuk lapisan seterusnya.Tabur di atasnya hirisan buah-buah stawberi. (Kalau suka boleh tambah buah-buah lain seperti anggur, kiwi atau pic.
Lapisan 4:
Sapukan baki lapisan kastard yang separuh tadi.
Lapisan 5:
(Lapisan Paling Atas)Sapukan baki lapisan fresh cream yang separuh tadi. Dan taburkan hirisan buah strawberi atau kiwi atau buah anggur. (Sejukkan di dalam peti ais semalaman sebelum dihidang)
**************************************************************************************************************

Kakak aku dah cuba resipi ni sendiri. Tapi dia tak guna kek sponge,dia hanya guna kek gulung yg available kat mana-mana kedai roti.hehehe :).Kalau tak percaya.scroll bawah ni....ni version yang kakak aku buat sendiri..:)


Langkah pertama,susun kek mcm ni dan sapukan jem atas kek.
Then, langkah kedua letak kastard masak dan disejukkan di atas lapisan pertama ni ok.

Langkah ketiga pula,sila baca langkah2 di atas
ni langkah keempat.Sepatutnya,tuang jak kastard ni tapi oleh kerana tak cukup, maka kakak aku pun berhati-hati la dlm membahagikan kastard ni untuk 2 portion supaya cukup.Hehe :). dan akhir sekali....*****



TADAaa..inilah DIA - Anggur & Kiwi Fresh Cream Trifle - yang kakak aku berjaya hasilkannya buat kali pertama.



BEST! Pembuat bersama hasilnya..
Tak salah kalo buat sekali-sekala walaupun kita tengah diet..mesti ahli keluarga atau adik-adik atau suami/isteri kita suka kan? Dan kalau ada jamuan pun,kita boleh la hidang pada para tetamu.



SELAMAT MENCUBA..:) !!!

2 comments:

Liyana Khalisa ♥ said...

waaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhh~ sodap!! :)

khalilahsapawi said...

hehehe.
mesti lah. tengok yang membuat nya :)