Saturday, April 30, 2011

Bersama SC ke Tanta,Egypt

Assalamualaikum :)

Kemarin kami satu SC (group usrah) kena bagi surprise. Surprise la juga sebab kena bawa ke Tanta satu daerah yang tidak lah jauh sangat dari Zagazig, cuma mengambil masa 1 jam 30 minit sahaja. Jauh la juga tu kan. Ngehh :)


Bergambar kejap kat roof top rumah Kakak di Tanta.


Lebih kurang masjid jamek. Hee.

Masyallah. Cantik sangat masjid ni.

Kami melawat dua makam wali. Makam Syed Ahmad Badawi dan Makam Said Mujahid.

Dipercayai tapak kaki Rasulullah s.a.w




Next Station : Apple's Cafe.







Semoga ukhuwah kita berkekalan.

Inshallah Ameen !

Friday, April 29, 2011

Kelebihan dan Fadhilat Surah Pilihan

Assalamualaikum :)


SURAH AL-KAHFI (surah yang ke-18-mengandungi 110 ayat)
Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”

 SURAH AS-SAJDAH (surah yang ke-32-mengandungi 30 ayat)
Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata:”Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk”
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar.

SURAH YAASIN (surah yang ke-36-mengandungi 83 ayat) 
Daripada Ma’qil ! Ibni Yasar berkata:
“Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran”.

SURAH AD-DUKHAN (surah yang ke-44-mengandungi 59 ayat)
Daripada abi Hurairah r.a. berkata :nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya”.

SURAH AL-WAQIAH (surah yang ke56-mengandungi 96 ayat)
Rasulullah saw bersabda:
” Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi miskin selama-lamanya”

SURAH AL-MULK(surah yang ke-67-mengandungi 30 ayat)
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata:
“Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!”
Dan Nabi saw bersabda:
“saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku”.

SURAH AL-HASYR(surah yang ke-59-mengandungi 24 ayat)
Nabi saw bersabda:
“Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati syahid”

Terima kasih :)

Thursday, April 28, 2011

Aku Terima Dia Seadanya

Assalamualaikum :)

Yeah sesungguhnya aku sedang merindui bilik tidurku di Sabah. 

Sesiapa yang cepat pick-up tu kompem tahu apa point aku rindu2 kat bilik tidur ni. Ehem. Hehe. Tiada papa lah. Aku cuma tengah mengantuk ni tapi mahu belajar juga Aih macam mana tu ya? Kalau lah aku tidur, dalam masa yang sama aku mimpi aku belajar dan dan dan apa yang aku belajar tu masuk dalam otak. Walaweh. 

KALAU lah.

Ish ish tak baik lah guna kalau ni. Pooodah Khalilah !

Okok berhenti mengarut. 

Sebenarnya aku tengah cari mood untuk belajar. Mengantuk. yeahh itu lah yang aku tengah lawan sekarang. Jadi dengan itu aku berblog ka kejap main gitar kejap minum teh kejap. Semua kejap yapi takes time gila. Dekat sejam lebih dah aku buang masa. Astaghfirullah.

Ya Allah ya Tuhanku, kembalikan semangat hamba mu yang lemah ini Ya Allah. Ameen !

p/s : Tajuk jak hangat tu. Dia yang aku maksudakan ialah Final Exam. Hehe. 12 days more to final exam. Dan yeah ahad malam ada trial Anat senior buat. Im not ready yet tapi aku tetap usaha sebaiknya. Wish me luck. Thanks !! ;)

Begini lah Adat Orang Jauh

Assalamualaikum :)

\



Serius rindu mereka. Bulan 8 inshallah ilah balik ya. ;)

Hehe.

Wednesday, April 27, 2011

Practical Class Khalas !

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah. Berakhirlah sudah kelas praktikal bagi subjek Anatomy. Terbaek lah Dr. Asma tadi. Hehe Lucu juga last class tadi, dr. ada buat pop quiz berkenaan abdomen. 

Ada dua team lawan. Laki lawan perempuan. Dan dan dan aku salah seorang yang dia pilih dalam team tu. Haha sudah lah belum revise abdomen, tetiba sampai part aku, dia suruh pergi berdiri sebelah dia depan kelas dan suruh explain pasal jejunal dan ileum. Perghh punya terkejut. Dalam hati aku "Doctor !! Tu benda mana ada belajar dalam kelass ! =.=" 

Kawan2 group aku yang lain pun cakap "ui ui kita teda belajar tu benda".  Berabisan la panggil dr kasitau yang kami belum belajar. Itu dia semangat ssepasukan orang bilang. Haha.

Doctor ndak peduli apa kami cakap =.='' terus dia explain semua pasal jejunal dan ileum tu. Bagus la, banyak  point dapat dari situ.

Then habis jak dia explain, tetiba dia bagi hadiah dan cakap kat aku "Thank you Khalilah for telling the whole class about jejunal and ileum" Hahaha !! berabis satu kelas tepuk tangan. Punya malu >.<''

Okok aku buat kesimpulan sendiri yang aku kena kuat usaha sikit merevise semua subjek anat ni. Sebab tadi pun banyak yang blank2 ni. Kuatkan semangat ya Khalilah !

Inshallah.

Tuesday, April 26, 2011

Go Go Away This Feeling !

Assalamualaikum :)

Yeah. Aku berasa sedikit down untuk beberapa hari ni. Kemuncaknya rasanya semalam.haha Sampai aku rasa nak menangis sepanjang aku belajar semalam. Sebabnya ? Erm. Susah susah mau terangkan.

Selalunya aku suka cari sorang tu untuk meluah. Tapi dia tiada semalam. Jadi aku meluah dekat orang lain. Bersyukur juga la ada dia. 

Dia sempat cerita yang ada pensyarah universiti Cairo pernah pesan, kalau sesekali kamu rasa stress ka down ka tidak tenang ka di bumi Anbiya, sebaiknya ambil lah wuduk dan solat sunat. Kalau masih tidak tenang, baca Quran inshallah kamu akan okay. Ya aku mengaku, aku terharu.

Dalam masa yang sama, aku sempat sms kat mak aku. Aku rasa sangat memerlukan dia masa tu. Aishh gini la kalau rasa down kan. Benci betul perasaan ni.

Tapi fikir-fikir balik, aku usaha untuk muhasabah diri aku sikit. Aku teringat kat satu entri yang pernah aku post sebelum ni. 



"Don't tell Allah how big your problems are, 
tell your problems how big Allah is"

Di samping tu, aku teringat kat kawan yang rapat kat aku sepanjang di Mesir ni. Yeahh sekali lagi, aku sangat bersyukur dapat kawan macam mereka ni. Sayang semua :)


Semangat makin lama makin meningkat. Tiada lagi feeling2 down ni. Aku harap semangat ni akan berterusan. Inshallah. Terima kasih pada yang menolong selama ni. Doakan aku ya !

Oh ya. Nak kasitau ni. 11 mei 2011 ni semua Tahun Satu Zagazig Universiti akan menghadapi final exam. Sekarang tengah rushing cover semua subjek. Memang bikin panik la juga. Tambah tambah lagi sekarang masuk musim panas, musim di mana malam lebih pendek dari siang. Tidur pun makin lama makin kurang. 4 jam setiap hari. Apa tidak. Study sampai jam 1.30 pagi. Tidur then jam 4 suda azan subuh. Awal kan? orang bilang ndak bagus tidur pas subuh, tapi sekarang ndak peduli sudah kan. Tidur jak. Perghh buruk perangai =.=''



Ini jadual final exam kami. Last exam 4 Julai 2011. Terfikir suda mau balik Sabah. Haha tapi kena tunggu paling kurang sebulan untuk keluar result. Ndak kesabaran suda ni. Haha.

Pada rakan-rakan sekelas dan sama waktu dengan nya, 

JOM MUMTAZ RAMAI2 !!

Inshallah ;)

Terima kasih.

Monday, April 25, 2011

Assalamualaikum :)




“Jadilah kamu seperti sepohon pokok. Mereka melempari kamu dengan batu, kamu menggugurkan kepada mereka buah yang ranum.”

- Imam as-syahid Hassan al-Banna



Everyday Prayer

Assalamualaikum :)

Sekadar Perkongsian


Ada seorang pemuda yang mencari seorang guru agama, pemuka agama atau siapapun yang bisa menjawab tiga pertanyaannya. Akhirnya sang pemuda itu menemukan seorang bijaksana.

Pemuda (P) : Anda siapa? Bisakah menjawab pertanyaan-pertanyaan
saya ?
Bijaksana (B) : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan
menjawab pertanyaan anda.
P : Anda yakin ? Sedang profesor dan banyak orang pintar saja
tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
B : Saya akan mencoba sejauh kemampuan saya.
P : Saya punya tiga buah pertanyaan.

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan wujud Tuhan kepada
saya.
2. Apakah yang dinamakan takdir ?
3. Kalau setan diciptakan dari api kenapa dimasukkan ke neraka
yang terbuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat setan,
sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak
pernah berfikir sejauh itu ?

Tiba-tiba sang orang bijaksana tersebut menampar pipi si
pemuda dengan keras.

P (sambil menahan sakit) : Kenapa anda marah kepada saya ?

B : Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawaban saya atas
tiga buah pertanyaan yang Anda ajukan.
P : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
B : Bagaimana rasanya tamparan saya ?
P : Tentu saja saya merasa sakit.
B : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada ?
P : Ya.
B : Tunjukkan pada saya wujud sakit itu !
P : Saya tidak bisa.
B : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan
keberadaan Tuhan tanpa mampu melihat wujudNya
B : Apakah tadi malam Anda bermimpi akan ditampar oleh saya ?
P : Tidak.
B : Apakah pernah terpikir oleh Anda akan menerima sebuah
tamparan dari saya hari ini ?
P : Tidak.
B : Itulah yang dinamakan Takdir.
B : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar
anda ?
P : Kulit.
B : Terbuat dari apa pipi anda ?
P : Kulit.
B : Bagaimana rasanya tamparan saya ?
P : Sakit
B : Walaupun setan dan neraka sama terbuat dari api, neraka
tetap menjadi tempat menyakitkan untuk setan..:((

RENUNGKANLAH......

Wednesday, April 20, 2011

Musim Panas yang HOT

Assalamualaikum :)

Selamat pergi musim sejuk. 

Selamat Datang Musim Panas.

Yeah. Musim panas yang hot gitu. Haha. First day musim panas tu, terasa betul bahang dia. 42 degree celcius ndak silap masa tu. Sudah la cuti. Stay lagi di rumah yang paling tinggi, yakni yang dikira paling dekat la dengan matahari (uiseh hiperbola sikit). Phewwww =.=''

Ada bestnya juga. Kain basah kena jemur, sekejap jak kering. Malam jemur, esok petang dah boleh ambil. Satu lagi, sekarang ndak payah suda lipat lihaf a.k.a selimut. Apa tidak, malam pun panas kan. Fuhh. Time tidur, bersusun segala kipas dalam bilik tidur tu. Macam protector pun ada. Hehe :)

Di kuliah pun ramai dah orang yang pakai sunglasses. Jeles gak. Aku tak boleh lah pakai glasses tu, bab i ni rabun okeh. Kalau nak beli pun, kena ada power atau pakai contact lens gitu okay. Perghh ada juga yang bawa payung, wuhuu tak terpikir pun. menumpang si Lily jak ni nanti. Hee :)

Musim sejuk ka musim panas ka, kulit tetap kering. kena pakai losyen setiap hari. kalau tidak, naa jadi sisik ular segala kulit ni. Plus kena minum air yang sangat banyak. Ermmm >.<

Hari tu berazam, time summer mau kasi slim badan kunun. Tapi sekali berlawan dengan final exam ni.. Naah, adedei. Makin stress makin banyak pula mau di makan. Perghh =.=''

Tidak apa. Saya tetap akan berusaha. Caiyok !

Terima kasih.

Tuesday, April 19, 2011

Bukan Lapar, Bukan Mengidam

Assalamualaikum :)

Hai. Haha lama aku tidak update blog kan. Sangat lama. Sori Kak an dan Kadek pasal ilah jarang dah kasitau apa yang jadi kat sini sekarang. Inshallah lepas exam, setiap hari tu ilah update. Uisehh.

Tadi on the way balik rumah tetiba aku terpikir pasal makanan yang aku gila gila kepingin mau makan time balik Sabah hari tu. Jadi sekarang aku just mau share apa makanan2 tu. Hee ;)


Durian Cheese SR.
Oh ya. kepada Encik A, sila langsai hutang anda ya. Jangan lupa ya >.<


Brownies with ice cream Vanilla SR.


Noodle in Tom Yum Kung SR.


Spagetti Cheese Bolognese.


Sushi Jusco
Paling puas. Yaiyy thanks Kadeq :)


Rice with Chicken BBQ La Manila Cafe.


Sweet Sour Senario Cafe.


Mee goreng ayam MAS BAKSO Ketiau. Uiseh xp.


Bakso urat campur ayam goreng MAS BAKSO Ketiau.
Pheww paling sedap. Sori gambar ndak menarik sgt sebab ambil gmbar time tengah makan. Hee ;)


LAKSA PENANG masakan bonda. 
Ini bukan tahap paling sedap, ini TERLAMPAU sedap suda. Wuhuu.
Tambah2 lagi kalau ada cili padi, kasi pedas2 gitu. Auww.

*yaiy gmbar di atas ni haha diambil sbeelum letak bahan sayur. ;D

Hari tu makan dengan dorang GPM, tambah lagi sedap. Dua kali tambah setiap orang. Yeahh sangat godoot >.<


Yummy. Ice blended Chocolate SR >.<

Lucu. Asal pi SR mesti aku ngan Kak Ann order ni drink. Yalah, asal try benda lain mesti ndak kena. Last2 ni jak yang minum. Sodaap !

P/s : Haha sorilah sesiapa yang tetiba terliur. Hehe Aku pun perghh terpikir2 suda ni balik Sabah mau makan lagi. >.<'

To DOLLY Tembam, aku rindu mau keluar makan sama kau. Aku rindu perasaan godoot aku sama kau. Uiseh especially time di uptown. Hehe. Dan dan aku rindu mau pi rumah kau, makan segala makanan yang ada di rumah kau. Hekhek. Nanti jumpa kita di Sabah, berabisan ah ! ILYSM and IMYSM ;)

Thanks.

Friday, April 1, 2011

Dan Pabila Esok

Assalamualaikum :)





P/S : Tadi kami satu rumah rasa gegar lepas azan asar tadi. Ya Allah, panik nya rasa masa tu. Ndak tau macam mana mau cerita, heboh satu facebook. Rupanya ada gempa bumi di Greek. Kami kena tempias dia. Masyallah.

Banyak gambar dah kumpul. Ada masa aku share k.

Terima kasih.