Tuesday, February 8, 2011

Syukur Alhamdulillah

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi masih memberi peluang kepada kami pelajar Malaysia di Mesir, Sabah khususnya untuk sampai di muka bumi Sabah.

Aku sebenarnya dah lama sampai Sabah. Sabtu jam 5 petang. Aku bukan ikut rombongan pelajar Sabah balik Malaysia. Persendirian. Persendirian itu bukan bermaksud aku balik ikut jet bapa aku (uiseh macam ada), tapi guna tiket tambang sendiri. Itu pun sebab mak aku suruh aku join keluarga Abang Safwan yang kebetulan pergi Mesir untuk lawat adik dia yang baru kena operate. Aku memang kenal family dia, tu lah mak aku tanpa ragu2 suruh aku ikut dorang pulang Malaysia.

Masa awal2 tahu ikut abang safwan tu balik, sedih la juga. Entahlah macam mana nak cakap. Sedih sebab tinggalkan kawan2 kat Mesir yang masa tu belum kompem lagi balik Sabah ke tak. Time tu juga aku rasa, aihh macam pentingkan diri pula aku ni. Berat hati juga nak pisahpisah ni. Nak join dorang, kesian pula mak aku. Takkan nak burn gitu ja kan tiket tu. Last2 terpaksa suda ikut.

Masa tengah bersalam-salam dengan dorang, aku rasa yang sebelum ni susah hati, tiba2 jadi tenang. Clueless.

Sampai2 jak Sabah, balik terus telefon Shukriah. Berita baik !! Semua budak Sabah balik tanpa ansur2 lah. Wuhuuu Ndak tau macam mana mau cakap perasaan waktu tu. Mau nangis pun ada, mau jerit pun ada. Semua laaah ! Alhamdulillah.

Jumpa juga kita semua bah. Wiwit ^^.

Sini nak share sikit gambar yang akak aku ambil masa sampai airport Satu lalu. Enjoy :)

Syaakiraaaaah dan Syafiq ;)

Ya,aku paling pendek. Tapi comel yaw (sila tampar)


Semua sibuk bercerita.

Ni adik abang safwan. Ensem kan.Eiseh.


Sampai Sabah, ramai lah yang bertanya macam mana keadaan sana. Siap tanya 'belum kena tembak lagi kau ilah'. Soalan yag sama dituju pada Nisa.Hehe. Nauzubillah.

Nanti kalau aku rajin, aku jawab lah ya. Hehe. K lah. ak masuk tidur dulu.

P/s : Tadi jam 12.30 malam aku pergi airport, semangat dah nak sambut kedatangan kawan2 Mesir dari KLIA. Sampai2 jak, Wan Sherhan kata flight dorang kena delay sampai esok pagi jam 6 gitu. Sedih sedih. Pastu sempat juga chat dengan dorang, dorang kata ada masalah teknikal. Syukur. Nasib belum terbang lagi masa tu. Apa2 selamat sampai ke Sabah semua. Ameen. :)

Sekian.
Terima kasih.


Thursday, January 27, 2011

Doakan Keselamatan Kami Semua.

Assalamualaikum :)


Tempat : Meja study.
Masa : 12 plus tengah malam.
Tarikh : Melampau. Luu cari cindili.
Aktiviti : Dengar lagu. Nasyid okeh. Wanita-Dehearty sambil sedih2.

Notes for today :
Bersukur sangat hari ini sebab dapat jawab ujian Anatomy praktikal dengan baik. Hehe. Alhamdulillah. Selesai juga urusan pasal tasdiq tadi. Sekali lagi, alhamdulillah. Dan fyi, kami akan cuti WinterBreak, start dari 29.01.2011 selama dua minggu. Wuhuu. Opp opp tapi ehem tak boleh enjoy sangat sebab dua minggu lepas kami cuti holiday tu ada Midterm Exam. Inshallah kali ni nak belajar sungguh untuk exam ni. Banyak masa ,jadi ambil peluang sebaiknya. Yeahh !

Okok. Stop for that.

Hari ni nak cerita pasal apa yang dah berlaku di sekeliling kami. Baru baru ni banyak dengar pasal rusuhan di Mesir, yang mulanya dari kes pengeboman di salah sebuah gereja di Alexandria, pastu dengar pula pasal rusuhan di Cairo. Bom sana bom sini. Fuhh. Menakutkan.

Yang lagi menakutkan, rusuhan ni berjangkit pula di kawasan kami, Zagazig di bahagian Mahattah. Shock. Scared. Speechless. Fuh. Padahal Mahatta di kira dekat jugalah dengan kawasan saya tinggal ni. Erkk bukanlah dekat sangat, naik tremko(mini van) lah juga. hehe. Tapi aishh dalam kawasan yang sama kan, bikin takut la juga. Sebab rusuhan tu pula, entah lah. kami pun tak pasti. Ada yang kata masalah kaitan keagaaman dan ada beberapa sumber cakap rusuhan tu berkenaan dengan menteri dorang. Wallahualam.

Dan ada kakak2 senior banyak cakap, nanti winterbreak kalau tiada urusan, jangan keluar dari rumah. Bahaya. Ermm rancang mau pergi Alex time cuti, tapi ntah jadi ka tidak. Sob sob =.=''

Ok. Sekarang nak share sikit videos berkenaan rusuhan tu di sekeliling Mesir ni.




Kalau nak tengok lagi lanjut, klik SINI.


Dan sekali lagi terkejut bila saya ada terbaca salah satu komen video-video tu ;

"This is not a revolution .......this is only a TASTE of THE revolution....we're 80 millions ...this was only around 100,000 - 150,000 all over Egypt ....and we're learning from our mistakes, next time, there won't be no standing in the streets shouting...next time we'll move directly towards the presidential palace. Imagine 800,000 or 1 Mil. marching towards the bastard...sooner or later bitch....sooner or later..it's inevitable...see if your police and guards can save you from our teeth!"

Menakutkan. Thats all I can say.







Jadi kepada rakan2 seperjuangan sekalian yang di Mesir ni, jangan lupa kasitau parents kamu supaya sentiasa doakan keselamatan kita semua di sini. Doa ibubapa ni makbul tau. Huhu.

Rakan-rakan kat Malaysia pun doakan lah keselamatan kami semua di sini. 

Ya Allah, 
Engkau lindungilah kami, Ya Allah.
Kau lindungilah kami, Ya Allah.
Kau lindungilah kami semua, Ya Allah.
Jauhkanlah kami dari sebarang kesusahan dan masalah yang tidak dapat kami tanggung. 
Kuatkanlah semangat kami, ya Allah.
Teguhkan dan tabahkan lah hati kami ya Allah dalam meneruskan perjuangan. 
Sesungguhnya Engkau maha pengasih dan Penyayang. 
Ameen.

Kepada Mak Ayah dan semua adik beradik ilah, 
Doakan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan ilah di sini. Ilah sayang semua. Sobbsobb rinduu ! ;(

Sekian sahaja untuk kali ini.
Terima kasih. 

Friday, January 21, 2011

Bagai Pokok Tanpa Buah

Assalamualaikum :)


"Barang siapa yang bertambah ilmunya namun tiada bertambah amalnya, tiada bertambah baginya dengan Allah kecuali bertambah jauh."

P/S : 0423 pagi. Tiba-tiba bangun dengan semangat belajar yang tinggi. Sebulan lagi kami akan menghadapi Midterm Exam. Doakan kami semua di sini. 
Bahh Jum MUMTAZ ramai2 !Insha-Allah. Ameeen :)

Sekian.
Terima kasih.

Monday, January 17, 2011

Rendah Diri

Assalamualaikum :)

" Barang siapa yang bertambah ilmunya namun tiada bertambah amalnya Tiada bertambah baginya dengan Allah kecuali bertambah jauh "

Aku pun tidak tahu kenapa dan mengapa. Baru-baru ini aku sedar yang diri aku sangat sensitif dan mudah terasa. Tadi pula aku sangat sangatlah rasa rendah diri, rasa diri ni terlampau kerdil pada seseorang yang aku rapat masa sekolah menengah dulu lepas tahu dia dapat Band 5 dalam Muet. 

Ya dia memang hebat sampai mak aku sendiri pun selalu puji2 dia, selalu suruh aku jadi macam dia. Ya aku respect sama dia. Hebat yang aku maksudkan ni hebat dari segi berbahasa,bertutur, berkomunikasi BM pun ya, BI pun ya.

Mungkin aku memang tiada kepakaran atau lemah dalam bidang ni, mungkin juga aku belum cukup berkeyakinan tapi aku banyak kali berusaha untuk perbaiki kelemahan aku ni. Lama suda. 

Aku selalu juga mengadu masalah aku ni sama senior aku, Ratna. Aku memang macam ni. Apa2 masalah aku lebih suka cerita sama orang yang lagi tua dari aku. Aku rasa lebih selesa. Entah kenapa. Jangan tanya. Kak Ratna ni lagi hebat lah dari semua aspek. Kalau dia suda start bercakap depan orang, bagi ceramah ka, ouwhh sangat suka. Inspirasi aku. Cewah ;D Suka bagi semangat denga orang. Respek lah.

Tahun lepas, dia ada bagi aku peluang untuk jadi fasilitator dalam satu program BALKIS di SMP dulu dengan satu laki ( entah sepa tuh nama dia, lupa ) kawan dia di USIM juga. Sepanjang jadi fasi tu, kebanyakan laki tu yang bercakap. Ada beberapa kali juga dia bagi aku cakap time dia penat, tapi dia bantulah aku kasi goreng2 sikit ayat. Hehe. Dia kata kat aku, aku tiada masalah dalam bercakap, cuma perlu goreng2 sikit ayat tu jadi power. Makaseh atas nasihat tu. I appreciate it ;)

Ya Allah ya tuhan ku, berilah aku kekuatan untuk memperbaiki kelemahan kelemahan yang ada pada diriku ini, Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui. 


Sekian.
Terima kasih.

Saturday, January 15, 2011

Entri Khas Buat Teman Yang Jauh

Assalamualaikum :)

Kepada NOREZZATI RAMLI,

SELAMAT HARI LAHIR
yang ke-19.
( Ehem tiba2 terasa diri ini sangat muda. Yay! )

Untuk kali ni, aku minta maaf banyak-banyak sebab ndak dapat telefon and wish birthday kau face to face.

Maaf juga sebab aku ndak dapat bagi apa2 hadiah untuk kau.
Maaf juga kalau aku ndak dapat celebrate besday kau kali ni. 
Tapi aku wakilkan gambar sebelah ni jak lah ya untuk kau. Totally Special Okay ! ( Pembaca yang lain jangan jeles yeay, kalau nak contact je i. hehe :P) 

Kawan aku tengah nyanyi lagu sedih sekarang, jadi tetiba teringat nostalgia kita zaman muda2 dulu. Hehe kau masih ingat kah? Rindu pula tiba2. Sob sob sob.

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Yeah hadis di atas ni memang banyak kaitan sepanjang aku berkawan sama kau masa di sekolah menengah dulu. Banyak perkara positif yang aku ambil dengan kau. Terutama nya dari segi pelajaran. Memang aku rasa bersaing gila masa belajar sama kau terutamanya dalam Addmath (ehem2) dan Biology. Aku rasa gila pun ndak bersaing macam aku bah. Hehe. Kerajinan kau lagi buat nota dan kerja2 rumah yang cikgu bagi. Dengan tulisan buat2 kau lagi. Dengan kepantasan kau lkalau mencari maklumat, yeah ndak kira lah dari internet ka atau dari buku. kau la juga paling manang.. hehehe. Aih memang itu juga lah yang paling aku ingat. 

Dulu setiap petang kita pergi library kk. Setiap petang tu lah juga kita tunggu bas ditempat yang sama, berhimpit mcm ikan sardin dalam bas terutama hari jumaat, jumpa conductor2 bas yang mcm2 jenis. Setiap petang lah juga kita makan soto atau nasi goreng ayam masin di restorang murah sebelah library tu. Haha. Bukan setiap ari lah tapi most of week itu jak kerja kita kan sebelah petang lepas habis kelas. Hehe. 


Aku sangat rindu mau belajar dengan kau dalam kelas. Sangat sangat. Aku rindu mau beljar di library kk tu sampai petang. Aku rindu mau sms sama kau setiap kali stay up sampai tengah malam. Aku rindu mau diskus subjek sama dengan kau. Rindu dengan high lighter kau yang warna warni tu (*tetiba) Yeah aku rindu kau. Serius sangat rindu.

Dari segi kesihatan pula, aku memang respect lah sama kau. Aku ingat tu, kita kan selalu makan nasi ayam. Kau mesti ndak makan kulit ayam kan. Aku dengan pira jak kesiokan menikmati kulit2 ayam dari kau. Hehe Lepas tu, kau take care sangat dengan body kau terutama bahagian paha. Selama ni aku memang ndak berapa kisah juga pasal pemakanan aku, tapi lepas aku rasa betapa payahnya menjadi seorang gemuk dan try mau buat perkara yang sihat, aku akan ingat sama kau. Hehe ;D

Aku suka bersms dekat kau kalau aku banyak masalah. Serius aku cakap aku sangat susah mau berkongsi rahsia personal sama orang lain. Then, kalau aku rasa down memang aku suka cari orang yang lagi tua dari aku. Tapi, sepanjang kawan dengan kau, kau lah kawan gembira aku, kau jugalah kawan sedih aku.

Aku masih juga ingat pasal kita yang kita terlampau rapat sampai kazen2 kau kata yang kita ni les. Huishh memang panas la juga dengar. Tapi ini lah nama kawan rapat kan. Sentiasa ada di sisi. Sob sob sob.

Satu lagi, norez kau sangat-sangat pemurah ndak kira lah dari segi apa pun. Actually makanan lah terutamanya. Aku ingat tu kau selalu kasi aku kek chocolate cheese n tart sma aku, kau pernah bagi aku beg hitam love2 kau beli 2 lain2 bentuk jak, belanja aku. Macam2 lagi lah. Dan satu lagi, kau sangat suka tegur aku kalau aku ada buat salah.Nice ;)

Uishh kalau mau tulis pasal kau, memang ndak tidur aku satu malam eh.Aku suka cerita pasal kau dengan kawan aku. Serius. Hehehe :D

Pesanan dari aku, teruskan perjuangan dalam bidang kau ambil sekarang. Aku harap apa yang aku tulis ni bawa semangat untuk kau dan istiqamah lah dalam membuat kebaikan tu semua. Dan jangan lupa semua memori yang kita pernah lalui sama2 dulu. Ceewahh macam laki aku pula kau ni. Hahaha ;D Back to the topic, dan satu lagi, aku sangat2 minta maaf kalau aku banyak buat salah atas tingkah laku, atas apa2 yang perkara yang pena buat kau sakit hati ka, terluka ka. Mohon diampun tuanku. Hehe ;)


P/s : Sori kalau ayat aku di atas macam budak tadika.Lama suda ndak mengarang kan. Kahkah :D

Remember, I ALWAYS LOVE U, NOREZZATI RAMLI.

Thanks for reading.
Come again. Hehe.