Sunday, July 12, 2009

Events.

Assalamualaikum :)
Hai. uish lama suda aku ndak update blog aku ni. Aku buka tu buka juga tapi malas mau post entry. Tapi hari ini aku rasa sangat rajin tuk menaip. Ecehh ~ ! Hehehe ^^


Michael Jackson

Selepas Michael Jackson atau nama Islam dia Mikael meninggal dunia, aku still rasa yang dia ni masih hidup. Tengok la. Mana2 jak ada gambar dia. Lagu dia. Berita pasal dia. Bukan la aku kata aku ni jeles ngan dia (hehe) tapi sudah ternyata yang dia ni sangat disukai oleh orang ramai. Dan aku ni semakin hari semakin gila ngan satu lagu dia yang sanga menyentuh jiwa sanubari ku ini. Ecehh ^^. Lagu yang aku maksudkan tu YOU ARE NOT ALONE. Aku pun dah letak lagu tu kat blog aku sendiri. Enjoy~!


Motivasi Aliran Pelajar (MAP)

Hari Sabtu dan Ahad lalu aku ada ikut satu program under Doktor Tengku Asmadi. Program yang aku maksudkan tu Motivasi Aliran Pelajar. Aku dapat jumpa ngan kawan lama aku iaitu Saebah :). Uish punya lama kita ndak jumpa kan. Hehehe. Aku ngan Fiza jak la budak SMP yang ikut. Program ni bawa kesan pada aku terutama berkaitan dengan semangat aku. Huhu. Tapi yang teruknya pasal aku ni, aku balik2 tertidur time ceramah. Hehe C fiza pun siap ketawakan aku lagi. How dare u ^^. Nanti 1 Ogos ada Program berita Harian. Jum la kita raai2 ikut :))!


Pelik

Huh~! Aku pelik dengan diri aku dua menjak ni. Aku rasa diri aku ni cepat betul terasa kala orang lain ejek pasal aku. Lebih kurang sensitif la. Sebelum ni aku tak kesah pun. Then, aku macam rasa diri aku ni tersisih dari kawan2 aku. Tapi aku ndak kesah la. Maybe pasal Hormon aku tu yang jadi gila2. Hehehe :)

Nasyid

Hari Jumaat sekolah aku ada pertandingan Nasyid sempena minggu bahasa.Syarat nasyid tu mesti satu bahasa Arab then satu lagi bahasa bebas. Aku pun ada join sekali. Aku jadi pemain tamborin jak bab leh duduk belakang dorang yang lain. Hehehe :) Kami ada pilih satu lagu "Ummi w Abbi" tajuk dia. Sebenarnya kami dah bawa lagi tu dah dua tahun Hehehe :). Malas bha. Pastu time tengah persembahan tu boleh dorang lupa lirik, aku ni pun dengan semangat cover dorang. Hahaha dah la suara bidak, nyanyi kuat. Ndak tau la ustazah yang adi pengadil tu dengar ka ndak. Hehehe :) Habis jak nasyid kami ketawa berabis.

Makan2 :)
Habis jak pertandingan nasyid tu, lebih kurang jam 3, aku,Pira dan Dolly pi K.k mau makan di Olde Station :). Nyam2. Kebetulan kereta ndak dapat ambil, jadi kami naik bas jak la. Kuat angin time tu. Kami naik bas ekon dan dalam bas tu langsung teda orang. Jadi boss la kami tym tu. Dua kerusi satu orang. Hehehe :). Sampai jak Olde Station, warisan tu kami duduk2 dulu tengok makanan apa yang mau di makan. Huh~! kami pilih empat jenis. Asam Laksa, Bubur ayam,Kuew Tiau Soup ngan Nasi Goreng Asam Pedas. Cashier tu pun nampak terkezut ni. Tengok tiga orang tapi empat makanan. Huh! itu lah lambang Ketamakan kami. Hehehe :). Time makan plak, kami ganti2 makanan. Kejap makn ni, kejap makan tu. Kami habis makan masa tu jam 5. Uish best eh time tu. Kenyang Bangat2~!
Dalam minggu ni sebenarnya banyak lagi benda aku nak cerita. Tapi takut ndakcukup page. Hehehe k have a nice day. Tata. Salam :)

No comments: