Thursday, April 28, 2011

Aku Terima Dia Seadanya

Assalamualaikum :)

Yeah sesungguhnya aku sedang merindui bilik tidurku di Sabah. 

Sesiapa yang cepat pick-up tu kompem tahu apa point aku rindu2 kat bilik tidur ni. Ehem. Hehe. Tiada papa lah. Aku cuma tengah mengantuk ni tapi mahu belajar juga Aih macam mana tu ya? Kalau lah aku tidur, dalam masa yang sama aku mimpi aku belajar dan dan dan apa yang aku belajar tu masuk dalam otak. Walaweh. 

KALAU lah.

Ish ish tak baik lah guna kalau ni. Pooodah Khalilah !

Okok berhenti mengarut. 

Sebenarnya aku tengah cari mood untuk belajar. Mengantuk. yeahh itu lah yang aku tengah lawan sekarang. Jadi dengan itu aku berblog ka kejap main gitar kejap minum teh kejap. Semua kejap yapi takes time gila. Dekat sejam lebih dah aku buang masa. Astaghfirullah.

Ya Allah ya Tuhanku, kembalikan semangat hamba mu yang lemah ini Ya Allah. Ameen !

p/s : Tajuk jak hangat tu. Dia yang aku maksudakan ialah Final Exam. Hehe. 12 days more to final exam. Dan yeah ahad malam ada trial Anat senior buat. Im not ready yet tapi aku tetap usaha sebaiknya. Wish me luck. Thanks !! ;)

Begini lah Adat Orang Jauh

Assalamualaikum :)

\



Serius rindu mereka. Bulan 8 inshallah ilah balik ya. ;)

Hehe.

Wednesday, April 27, 2011

Practical Class Khalas !

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah. Berakhirlah sudah kelas praktikal bagi subjek Anatomy. Terbaek lah Dr. Asma tadi. Hehe Lucu juga last class tadi, dr. ada buat pop quiz berkenaan abdomen. 

Ada dua team lawan. Laki lawan perempuan. Dan dan dan aku salah seorang yang dia pilih dalam team tu. Haha sudah lah belum revise abdomen, tetiba sampai part aku, dia suruh pergi berdiri sebelah dia depan kelas dan suruh explain pasal jejunal dan ileum. Perghh punya terkejut. Dalam hati aku "Doctor !! Tu benda mana ada belajar dalam kelass ! =.=" 

Kawan2 group aku yang lain pun cakap "ui ui kita teda belajar tu benda".  Berabisan la panggil dr kasitau yang kami belum belajar. Itu dia semangat ssepasukan orang bilang. Haha.

Doctor ndak peduli apa kami cakap =.='' terus dia explain semua pasal jejunal dan ileum tu. Bagus la, banyak  point dapat dari situ.

Then habis jak dia explain, tetiba dia bagi hadiah dan cakap kat aku "Thank you Khalilah for telling the whole class about jejunal and ileum" Hahaha !! berabis satu kelas tepuk tangan. Punya malu >.<''

Okok aku buat kesimpulan sendiri yang aku kena kuat usaha sikit merevise semua subjek anat ni. Sebab tadi pun banyak yang blank2 ni. Kuatkan semangat ya Khalilah !

Inshallah.

Tuesday, April 26, 2011

Go Go Away This Feeling !

Assalamualaikum :)

Yeah. Aku berasa sedikit down untuk beberapa hari ni. Kemuncaknya rasanya semalam.haha Sampai aku rasa nak menangis sepanjang aku belajar semalam. Sebabnya ? Erm. Susah susah mau terangkan.

Selalunya aku suka cari sorang tu untuk meluah. Tapi dia tiada semalam. Jadi aku meluah dekat orang lain. Bersyukur juga la ada dia. 

Dia sempat cerita yang ada pensyarah universiti Cairo pernah pesan, kalau sesekali kamu rasa stress ka down ka tidak tenang ka di bumi Anbiya, sebaiknya ambil lah wuduk dan solat sunat. Kalau masih tidak tenang, baca Quran inshallah kamu akan okay. Ya aku mengaku, aku terharu.

Dalam masa yang sama, aku sempat sms kat mak aku. Aku rasa sangat memerlukan dia masa tu. Aishh gini la kalau rasa down kan. Benci betul perasaan ni.

Tapi fikir-fikir balik, aku usaha untuk muhasabah diri aku sikit. Aku teringat kat satu entri yang pernah aku post sebelum ni. 



"Don't tell Allah how big your problems are, 
tell your problems how big Allah is"

Di samping tu, aku teringat kat kawan yang rapat kat aku sepanjang di Mesir ni. Yeahh sekali lagi, aku sangat bersyukur dapat kawan macam mereka ni. Sayang semua :)


Semangat makin lama makin meningkat. Tiada lagi feeling2 down ni. Aku harap semangat ni akan berterusan. Inshallah. Terima kasih pada yang menolong selama ni. Doakan aku ya !

Oh ya. Nak kasitau ni. 11 mei 2011 ni semua Tahun Satu Zagazig Universiti akan menghadapi final exam. Sekarang tengah rushing cover semua subjek. Memang bikin panik la juga. Tambah tambah lagi sekarang masuk musim panas, musim di mana malam lebih pendek dari siang. Tidur pun makin lama makin kurang. 4 jam setiap hari. Apa tidak. Study sampai jam 1.30 pagi. Tidur then jam 4 suda azan subuh. Awal kan? orang bilang ndak bagus tidur pas subuh, tapi sekarang ndak peduli sudah kan. Tidur jak. Perghh buruk perangai =.=''



Ini jadual final exam kami. Last exam 4 Julai 2011. Terfikir suda mau balik Sabah. Haha tapi kena tunggu paling kurang sebulan untuk keluar result. Ndak kesabaran suda ni. Haha.

Pada rakan-rakan sekelas dan sama waktu dengan nya, 

JOM MUMTAZ RAMAI2 !!

Inshallah ;)

Terima kasih.

Monday, April 25, 2011

Assalamualaikum :)




“Jadilah kamu seperti sepohon pokok. Mereka melempari kamu dengan batu, kamu menggugurkan kepada mereka buah yang ranum.”

- Imam as-syahid Hassan al-Banna