Friday, January 14, 2011

Useful Sacrifice

Assalamualaikum :)

"Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan terus hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. 
Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilanh dan dosa yang dilakukan akan terus kekal."

- Saidina Ali bin Abi Thalib -


P/S : Tadi SC memang best. Kak Safiyah siap masak mee bandung lagi untuk kami. Macam keluarga pulak rasa tadi. Tapi sedih la, kami akan tukar naqibah lepas winter break nanti. Sob sob. Semoga iktan ukhwah kita akan terus berkekalan. Insha-Allah.

Sekian.
Terima kasih.

Saturday, January 8, 2011

Tersenyum Lagi

Assalamualaikum :)


Yeah. Sekali lagi dapat berskype dengan famili. Sebenarnya dengan Kadeq, Mak shaiyang dan Syaakirah comel. Hehe. Senyum lebar ni. Tadi mengantuk. Sekali masa habis skype, terus segar. Ndak boleee ~ ! Esok ada gotong royong. Jadi kena tidur awal supaya ndak ngantuk. Hehehe :)

Selamat malam.
Terima kasih.

Thursday, January 6, 2011

Bila DSLR mula aktif, Ini jadinya.

Assalamualaikum :)

Berhabuk bah DSLR tu. Lama tidak guna kan. Last2 tadi bawa juga pergi kuliah. Memang hari Rabu jugak lah, hari banyak ambil gambar. Belajar asing dari lelaki kan, pastu tambah lagi hari Rabu ja lah hari pakai lab coat. Eksyen eksyen sikit. Bukan sikit, banyak. Hehe ;D

Gambar di bawah kena ambil di Muzium Anatomy.






Gambar bawah pula kami ambil di lab Boichemistry.

Like Dr. Randa said,
"Dont just be an excellent student, let be an excellent Muslimah doctor"

Insha-Allah.

Thanks for visiting.
Come again.

Wednesday, January 5, 2011

Syok Sendiri itu Perlu. (Konon lah)

Assalamualaikum :)

Baru jak habis buat nota Histology. Sekarang ambil masa sikit untuk berFb dan blog walking. Hehe :)

Hari ni extra sejuk sikit. Selalunya saya lah paling manang part2 menahan sejuk ni. Biasalah ada extra insulator kan. Ehem ~ Tapi untuk hari ni terutama malam ni, sangat sejuk. Mau menulis pun aihh payah eh. Meja sejuk, buku pun sejuk, teda heater lagi di ruang tamu ni. Ish ish. Saboo jelah. =.=''



SS kejap. Ngehh. Memandangkan suhu tengah sejuk, masing2 kami pakai baju sejuk tebal2. Ada yang siap berbalut lagi segala muka. Hehe.

Tadi tiba2 timbul mood mau dengar lagu raya. Kahkah (ketawa sendiri). =.='' Jadi sepanjang dengar lagu raya, aihh banyak benda main di kepala. Lagi-lagi perasaan mau balik Malaysia ni. 

Aihh kalau sudah balik Malaysia, apa yang saya mau buat ah ? Banyak eh. Berangan suda ni.
  • Mau jumpa semua famili di rumah. Rindu semua :'(
  • Mau peluk-peluk, cubit2 pipi Syaakirah. Geram geram. Makin comel tu budak. Grrrr..
  • Mau drive kereta. (Paling mau !)
  • Jalan-jalan di KK, di CP, Warisan, OneB. 
  • Jumpa Norezzati Ramli, Arrhatnasari, GPM (of coz bebeh !), ex SMPLikas, Cigu Tini. Semua lahh ~!
  • Mau mandi setiap hari. Ehem !
  •  Mau tidur di bilik sendiri. 
  • Rindu mau kecoh2 sama Kak Ann, Kadeq dan Syafiq. Hehehe.
  • Mengidam makan Laksa penang, nasi minyak, nasi dagang, ayam masak serai, rendang daging merah yang mak shaiyang buat. (Berliur-liur suda ni).
  • Rindu mau makan kek Kak Ann buat ; karamel, kek batik, dadih, n others.
  • Dan rindu juga mau makan makanan di KK tu ; kek2 di secret recipe, nasi ayam CP, Mee tomyam SC, mushroom di Manhattan Fish Market, Nasi + BBQ di La Manilla, Big Apple. Semua lahh ~!
Aihh macam bikin tkut juga kan balik Malaysia ni, takut tambah berat. Macam semua mau di makan. Hehehe ;D Fyi, saya turun suda 5 kilo. Alhamdulillah. Sekarang tengah mantain. TAPI, pipi pula masalah. Makin tembam. Ndak lah kesah sangat kan, sebab kawan2 saya yang kurus juga, tembam pipi dorang. Hehehe. Biasalah winter kan. Cewaah ;D

P/S : Dolly, kalau ko datang sini mesti tambah comel pipi ko tu. Hehehe :D

Dan pada Lily Nazura dan Liyana Khalisa,
Memandang besok kita pulang awal (yeahh !), besok jak lah ya aku masakkan kamu nasi goreng special yang kaw kaw punya. Hehehe ;D

Okay lah, tiba-tiba ada mood balik mau belajar balik.

Sekian sahaja.
Terima kasih.

Monday, January 3, 2011

Malaysian Day in Zagazig University

Assalamualaikum :)

First of all i wanna say, AKU SUDAH ADA BROADBAND !! Yeahhh. Punya excited saya rasa. Satu rumah kami beli broadband. Apa tidak, semua ndak ketahanan sudah tu ammu(pakcik) c.c tu pasang kabel. Last-last, masa kumpul malam NY semua satu hati mau beli broadband sendiri. Yehha ;D

Oh, saya mau ambil juga kesempatan ucap 

SELAMAT TAHUN BARU 2011






Sempat juga kami satu rumah raikan tahun baru ni dengan sepotong kek yang ehem ehem dan pizza dari Pizza Alex. Semua sponsor dari Shukriah. Jangan jeles okay ;D

Okok. Stop for HNY. Back to the topic.

Pagi sebelum pergi kuliah, saya sempat tengok satu pos yang classmate saya buat d fb. Dorang banin (lelaki) semua hari ni pakai baju melayu. Pelik. Hairan. 

Datang pergi kuliah pulak, tengok kawan banat (perempuan) yang dari rumah lain semua cun melecun pakai baju ala ala glamor gituu. Tambah la pelik. Malas mau bising menanya. Fokus jak lah dalam kelas.

On the way ke kelas kedua, Anatomy, kami ada lalu dataran di tengah kuliah Tib(perubatan). Saya perasan ramai orang Malaysia tengah busy pasang barner. Tengok punya lah tengok, rupanya baru dapat detect something. Rupanya hari ni Malaysian Day. 

Kelas kedua tu dibatalkan sebab nak beri laluan pada student Malaysia raikan hari kebesaran mereka. Sekali lagi, excited ! Yeahh. Hee :)

Orang Arab di kuliah tu pun ramai-ramai join raikan ni program. Best kan ;)

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang Malaysian Day tu ialah nyanyian dari satu band ntah pa nama band tu, pastu choral speaking, silat, ucapan, dan ada juga gerai2 menjual makanan. Paling best apa? Nyanyi lagu NEGARAKU ramai. Terharu.. Sob sob sob >.<''

Paling lucu time choral speaking, orang tengah khusyuk dengar orang buat persembahan, orang Arab kat belakang pula buat choral speaking sendiri. Ish ish ish =.=''

Next, enjoy gambar2 yang sempat ambil sepanjang Malaysian Day.


Ni sebelum kelas ANAT kena batal.

Sempat lagi kami Group D bergambar. Siokkk ^_^
Always Together ;)
Barner yang menyedarkan saya. Kehkeh :D
Erkk sorilah terlebih NUR. Alhamdulillah ;D
Tengok, walaupun kat Mesir, semangat Satu Malaysia tak lupa punya lah ! :)
Lagu INTRODUCING ME dorang best :)
Kumpulan Choral Speaking yang Macho gitu. Hehe.
Silat yang penuh dengan gaya.
Abang Arab yang jadi speaker perantaraan.
Finally kami semua budak Sabahan a.k.a Group D gambar ramai2. Sweet kan :)

Okay. Untuk kali ni, sangat menyesal ndak bawa DSLR. Perghh =.=''

Tapi ndak pa lah. Asal enjoy. Kan kan ? Sweet memory ;)

Sekian.
Terima kasih.