Tuesday, November 3, 2009

11 Jenis Manusia Yang diDoa Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah :

1. Orang yang tidak dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya : " Sesiapa yang tidur dalam keadaan yang suci, malaikat akan bersamanya dalam pakaiannnya. Dia tidak akan bangun sehingga malaikat berdoa,'Ya Allah, ampunilah hamba-Mu ini kerana tidur dalam keadaan suci' "

2. Orang yang sedag duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : " Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya : "Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah dia"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan "

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah.
Rasulullah bersabda, maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf"

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah bersabda,maksudnya : "Jika seorang imam selesai mambaca al-Fatihah, ucaplah oleh kamu 'amin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu"

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat"

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari ( yang sudah betugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari ttap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang betugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka, " Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab," Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat."

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya : "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya,setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'amin' dan engkau pun mendapat apa yang ia dapatkan"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya : " Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata : "Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak"

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat kepada orang yang makan sahur"

11. Orang yang sedang melawat orang yang sedang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan waktu malam hingga Subuh"

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai bersama. Amin.

:: ilahpeace292 :) ::

Wednesday, October 28, 2009

Saturday, October 10, 2009

Haih ~ !

Assalamualaikum :)

Makan TIGA tempat dalam satu Masa. ^.^

1. VedaBlue Ice-Cream
Tripple Ice-Cream (Raspberry,Mocha,DURIAN). Hee~! Durian paling sedap. Yeahh !
Blueberry Cheese. Punya rasa cheese dia.
Uits Dolly, kalau ndak mau bagi aku. ^.^

2. Lamenta Penang, Warisan Square.

Uishh. mana sedap nie? makanan tu atau tangan dia? Hehehe :) Ntah apa la nama makanan ni c pira yang order.
Si BABAT dan Si TEMBAM. ^-^
Aii. Habis minum baru di gambar.

3. Olde Town, Warisan Square.
Sebelum pulang,ilah sempat beli selendang. :)


That's All. Salam :)

Tuesday, October 6, 2009

I Will be There Too :)

Assalamualaikum :)

Nama : Mohd Amiruddin Ibrahim
Lokasi : Universiti Al-Azhar, Mesir
Tarikh : 06 Oktober 2009
_______________________________________________

Selamat tinggal ame. Adui menyesal betul ilah rasa tak pergi airport tadi tengok pelajar2 yang pergi ke Mesir untuk sambung belajar Medik atau Syariah. ilah sangat geram dengan ***** yang menyebabkan ilah ndak sampai sana. Argghh~!

Mak ada cerita tadi. Dia sempat tanya mak abah salah seorang pelajar yang nak sambung medik tu. Dorang kata, Subjek Teras ( Bm, Bi, Sej ngan M3 ) kena kuat. Lepas tu kalau nak dapat Sponsor JPA tu mesti semua A1. Huh~! Tapi kalau Zakat Sabah plak ada longgar ckit. Kalau sns Tulen ( Phy,Che,Bio ) at last kena dapat B3 la. Tapi saingan kuat la.

Apa2 pun ilah kena usaha betul2 sekarang untuk dapat kan apa yang ilah impikan selama ini.
Memang susah tapi itulah nama nya pengorbanan kan.
"Bersusah-susah dahulu, Bersenang-senang kemudian"
______________________________________________________
P/s : Apa2 pun. Kita akan berjumpa juga suatu hari nanti. Amin. Insya-Allah ~ !
Salam.

Thursday, October 1, 2009

RAYA 1430H !

Assalamualaikum :)

SUASANA HARI RAYA
sangat best ^^.




Untuk pertama kali meraikan Hari Raya bersama kawan kesayangan :).
Sangat meriah dan menyeronokkan !
Salam Hari Raya :).