Monday, December 26, 2011

Asal Ada Kamera baru, Memang Akulah Perasmi

Assalamualaikum :)

Okeh malam ni aku rasa malam yang sangat sangat panjang dan boring. Haih nothing to do dude,really ! Perghh tahek betul kan. Kena penampar baru tahu =.=' Padahal belambak lagi subjek yang aku kena baca, belajar, faham dan terus hafal. Oh ya, fyi tadi baru kena inform pasal tarikh midterm exam untuk pelajar medic tahun 2. 

Mid Term Exam's schedule.


19 Jan - Physiology
22 Jan - Biochemistry
24 Jan - Histology
26 Jan- Anatomy 


Kira punya kira adalah lebih kurang 23 hari lagi dan aku di sini masih lugai lugai lagi depan laptop, hadap facebook, chitchat sama kawan, biarkan buku sebelah dibiar terbuka. Okay fine Khalilah. Sudah-sudah la tu, belum ada kesedaran ka. Ingat aim kau tahun ni no more last minit kan, jadi wake uuup dude ! Astaghfirullah..

Ada kawan aku baru beli handphone Blackberry (bukan yang buah buah tu ya. ehem haha :p) tapi aku yang excited gila merasmikan camera handphone tu. Sejujurnya setulus ikhlas hati, aku sangat suka kamera hp tu. Seriuus. Tapi kan ehem ehem tak boleh tanding kamera handphone i la. I lagi suke kamera hp i sendiri (perghh sila tampar) jkjk :D Haha aku ni pantang sikit jumpa kamera, tak kira lah hp ka dslr ka camera compact ka mp4 ka semua aku layan.


Tuan handphone excited tangkap gambar kami malam dia beli handphone tu. Siapala tu kan :D


Ok tahun ni serius aku rasa bertambah sejuk banding tahun lepas. Tahun lepas aku still boleh tahan lagi pakai jaket kuar rumah pi kuliah tahan satu hari.Tangan pun sentiasa panas. Tahun ni extra sejuk pula, pergi kelas pun double triple baju di dalam. Tangan selalu sejuk. Ka aku yang dah makin kurus ? *winkwink. Haha :D

Okay esok kuliah. Malam ni tidur awal. 30 minit sahaja untuk post kali ni. See ya ! :)

Terima kasih.

2 comments:

Liyana Khalisa ♥ said...

haha. yaaaa! memang kau la perasmi segala kamera. haha

Nafsah Dulajis said...

Tahun ni extra sejuk pula, pergi kelas pun double triple baju di dalam. Tangan selalu sejuk. Ka aku yang dah makin kurus ? *winkwink. Haha :D

~pura-pura nda reti membaca...~ =P