Assalamualaikum :)
Buka-buka jak belog, tetiba excited bila tengok bahagian link blog "FRIENDS".
Tertarik dengan perkataan 'Orang MESIR'. Saya dengan perasan nya menganggap 'Orang Mesir' tu sebagai saya. Hehe sebab setahu saya si Dia tidak punya kawan di bumi anbiya ni selain saya. Erkk ada kot, tapi itu pun maybe kak senior kami lah. Kak Afifah.
Dia yang saya maksudkan tu ialah
haha. Sori kalau eja nama kau ah rat.
Beliau (ahaha) senior a.k.a tua setahun dari saya di SMK Perempuan Likas. Dialah satu2 nya kakak senior yang paling rapat dengan saya. Kalau part-part bercakap atau berhujah memang dia lah nombor satu. Lahir pun satu hari bulan satu. Haishh semua la satu bah. Hehehe :D
Kak Ratna ( *tetiba ),
Terima banyak pasal post yang kau buat spesial untuk aku tu. Cewahh. Hehe Aku hargai sangat. Nanti aku pulang sabah, jumpa kita mau cerita banyak hal sambil makan spageti di OneB ah. Yang penting kau belanja. Hehe dan satu lagi, aku tau kau rindu aku, jangan kau diam2. Hehe :D Sekali lagi, thanks a lot and gambar tu bah buat aku nampak cun melecun. Auww :)
Sesiapa nak join baca post yang dia tulis tu, klik SINI.
----------------------------------------------------------------------------------------
Okok. Stop pasal rindu merindui ni. Hehe.
Alhamdulillah, tadi baru selesai Pogram Smart Circle (SC) Gabungan.
Usrah di sini (kawasan Zagazig) kena panggil Smart Circle. Diadakan setiap hari Jumaat. Kalau di Malaysia cuti Sabtu dan Ahad kan. Di sini, cuti hujung minggu setiap hari Jumaat dan Sabtu. Tempat perjumpaan pula tak tetap, ikut rumah mana yang kena pilih. Minggu ni sepatutnya rumah kami jadi tuan rumah, tapi disebabkan ada program tadi, jadi SC kali ni ditunda ke minggu depan.
Program tadi pula adalah program di mana semua group SC dikumpulkan. Dari mahasiswi tahun pertama hinggalah tahun kelima. Salah satu aktiviti dia yang menarik ialah ceramah bertajuk PERMATA YANG DICARI.
Zuhaili Zainal Ali. Nama penceramah kali ni. Banyak lah input2 yang menarik dan cerita berkaitan dengan tokoh-tokoh islam wanita yang boleh dijadikan contoh untuk menjadi salah satu permata yang dicari contohnya Sumaiyah, Zinnirah, Saidatina Khadijah, Ummu Habibah, Syifa binti Abdulah, Asma bin Abu Bakar dan macam2 lagi.
Selain itu, ada juga diselitkan slot taaruf. Dan slot yang paling menarik perhatian ialah sesi makan. Hehe. Excited jumpa kuih-kuih yang lama diidamkan. Makan lagi dalam talam. Suap menyuap antara satu sama lagi. Mengeratkan lagi silaturrahim insyaAllah.
Okay. Itu sahaja untuk kali ini.
"United We Stand, Divided We Fall"
Syukran.
Wa Ma'as Salamah.
1 comment:
wooo~ hahaha.amek ne pesanan utk ko.
p/s 1 : sah.memang sah salah eja nama.haha.tapi bukan nama aku, nama bapa aku. mcm ne : KACHONG MA'AROF.haha.ok2 dimaafkan.=P
p/s 2 : belanja? bah bulih kalau ko.sebab bukan selalu balik malaysia kan, jadi SAVE duit aku.wakakakaka.roger jak awal2 bila mau balik, i prepare what u want ladies! haha.
p/s 3 : weh3, saja jak la mau bagitau kan. tadi aku baru siap buat kek coklat lagi.kale ne alter resipe sikit, base kek tu aku buat guna bread dgn hawflakes.waaaalaaa marvellous!~haha
p/s 4 : "tua" ishk3.haha.matang la.=P
p/s 5 : ui, ada lagi bah kawan aku di mesir.ramai lagi.hahahaha. nda pa la bagi ko can perasan kale ne.haha* kejam2.
p/s 6 : cun? aku nda puas hati betul.hahahahahahahahha!
Post a Comment