Thursday, December 30, 2010

Its a LONG Story

Assalamualaikum :)

Fuhh punya lama tidak update belog. Ya SERIUS ! 

Sangat2 minta maaf pada kawan-kawan di Malaysia terutmama pada Norezzati Ramli, 5B 2009 dan GPM sebab lama ndak bercontact sama kamu. Aihh rindu sama kamu eh. Auww =.='' Fyi, kami punya rumah masih lum ada internet. Sekarang ni pun tengah pinjam broadband classmate. Balik2 pinjam dari dia, segan lah juga. Huhu. Kami dah minta ngan satu kedai cc tu untuk pasang kabel. Sampai sekarang dia ndk kol / datang2. Janji arab la katakan. Sabar sabar..

Jadi sekarang saya mau ambil kesempatan habis2an untuk update blog ni dengan gambar terbaru. 

Yehaaaa :)


Tadi baru berskype dengan Mak, Ayah, Kak Ann Kadek ngan Syaakirah. Sayang Syafiq ja tiada tadi. Lebaaaaaar senyuman sambil kuar air mata. Huhu rindu teramat ngan dorang semua. First time ni video kol semenjak datang sini. Kebetulan pula. Sayang semua :) 

Ehem kurus suda kan? hehehe ;D

Dan gambar berikut adalah semasa di kuliah bersama rakan-rakan seperjuangan :

Ni on the way pergi ke kuliah.


Gerai buah yang paling kerap dikunjung. hehehe :)





Banyak lagi mau share, tapi lambat lah internet sekarang. Setakat ni jelah.

Di sini saya nak ambil kesempatan juga nak ucapkan Tahniah pada pasukan Malaysia menang bola. Kami yang ndak tau papa pun bole2 ba nervous. Hehe tau pun dari facebook juga.

Dan dan Selamat Tahun Baru 2011.Tahun baru mesti ada azam baru. Hehe :)

Dan pada mak tersayang,ilah baru tau tadi pasal kaki mak dari Abang Im. Mak jaga diri elok2 ya. Sayang mak :)

Mungkin post seterusnya mengambil masa yang agak panjang. Tambah2 lagi ada exam bulan 2 ni. 

Sekian saja.
Terima kasih.

Saturday, November 13, 2010

Saya Rindu ORANG Malaysia ~

Assalamualaikum :)

Buka-buka jak belog, tetiba excited bila tengok bahagian link blog "FRIENDS".


Tertarik dengan perkataan 'Orang MESIR'. Saya dengan perasan nya menganggap 'Orang Mesir' tu sebagai saya. Hehe sebab setahu saya si Dia tidak punya kawan di bumi anbiya ni selain saya. Erkk ada kot, tapi itu pun maybe kak senior kami lah. Kak Afifah.

Dia yang saya maksudkan tu ialah
haha. Sori kalau eja nama kau ah rat. 

Beliau (ahaha) senior a.k.a tua setahun dari saya di SMK Perempuan Likas. Dialah satu2 nya kakak senior yang paling rapat dengan saya. Kalau part-part bercakap atau berhujah memang dia lah nombor satu. Lahir pun satu hari bulan satu. Haishh semua la satu bah. Hehehe :D

Kak Ratna ( *tetiba ),
Terima banyak pasal post yang kau buat spesial untuk aku tu. Cewahh. Hehe Aku hargai sangat. Nanti aku pulang sabah, jumpa kita mau cerita banyak hal sambil makan spageti di OneB ah. Yang penting kau belanja. Hehe dan satu lagi, aku tau kau rindu aku, jangan kau diam2. Hehe :D Sekali lagi, thanks a lot and gambar tu bah buat aku nampak cun melecun. Auww :)

Sesiapa nak join baca post yang dia tulis tu, klik SINI.

----------------------------------------------------------------------------------------

Okok. Stop pasal rindu merindui ni. Hehe.

Alhamdulillah, tadi baru selesai Pogram Smart Circle (SC) Gabungan

Usrah di sini (kawasan Zagazig) kena panggil Smart Circle. Diadakan setiap hari Jumaat. Kalau di Malaysia cuti Sabtu dan Ahad kan. Di sini, cuti hujung minggu setiap hari Jumaat dan Sabtu. Tempat perjumpaan pula tak tetap, ikut rumah mana yang kena pilih. Minggu ni sepatutnya rumah kami jadi tuan rumah, tapi disebabkan ada program tadi, jadi SC kali ni ditunda ke minggu depan.

Program tadi pula adalah program di mana semua group SC dikumpulkan. Dari mahasiswi tahun pertama hinggalah tahun kelima. Salah satu aktiviti dia yang menarik ialah ceramah bertajuk PERMATA YANG DICARI. 

Zuhaili Zainal Ali. Nama penceramah kali ni. Banyak lah input2 yang menarik dan cerita berkaitan dengan tokoh-tokoh islam wanita yang boleh dijadikan contoh untuk menjadi salah satu permata yang dicari contohnya Sumaiyah, Zinnirah, Saidatina Khadijah, Ummu Habibah, Syifa binti Abdulah, Asma bin Abu Bakar dan macam2 lagi. 

Selain itu, ada juga diselitkan slot taaruf. Dan slot yang paling menarik perhatian ialah sesi makan. Hehe. Excited jumpa kuih-kuih yang lama diidamkan. Makan lagi dalam talam. Suap menyuap antara satu sama lagi. Mengeratkan lagi silaturrahim insyaAllah.

Okay. Itu sahaja untuk kali ini.

"United We Stand, Divided We Fall"

Syukran.
Wa Ma'as Salamah.

Friday, November 12, 2010

F.R.I.E.N.D.S

Assalamualaikum :)

Woahh hai hai. Lama dah saya tak update belog. Sangat sangat lama. Dekat sebulan rasanya.

Alasan :
1. Tiada internet la di rumah sekarang. Pastu, satu orang pun ndak beli broadband d rumah kami ni. Jadi mengharap WiFi jelah. Dah urus, tinggal tunggu ustad yang uruskan tu. 
2. Belajar. Banyak yang nak di catch up sekarang, jadi masa untuk online pun susah nak cari. Kalau ada pun buka kejap ja. Itu pun buka fb. Hehehe :D

Sekarang ni pun tengah pinjam broadband kawan sekelas. Nama dia AFNAN. Thanks to him. Yeahh dia lah yang selalu kasi pinjam broadband. Erkk actually baru dua kali. Hehehe.

Kali ni saya cuma nak share gambar saya dan kawan-kawan yang saya rapat di Mesir ni. Enjoy :)




Jus buah sini juga paling manang. Huh ~
Makanan paling digemari. Hehe :)




That's all for today. Hehe actually banyak lagi bah gambar, cuma kali ni saja mau upload gambar kawan2 yang rapat. Hehe :)

Sekian.
Terima kasih.

Because of YOU

Assalamualaikum :)

Mata bengkak. Sudah dua tiga hari nangis. Nangis pasal apa? Menangis sebab terlampau rindukan MAK SAYANG

Mak, 
ila sentiasa rindukan mak ya dan ila akan senantiasa doakan kesejahteraan mak dunia dan akhirat.
Miss you Mak !

Salam sayang.

Sunday, October 10, 2010

Assalamualaikum :)

Hari ni alhamdulillah masuk 3 minggu 2 hari dah saya berada di bumi Anbiya Mesir.

Ya, makin lama makin ramai kawan tanya “Amacam study kat mesir, okay?”. Entah la macam mana nak cakap. Sebenarnya kuliah kami yang di Universiti Zagazig tu dah mula, 3 oktober lagi. Tapi kami semua masih kat Cairo (2 jam dari Zagazig). Semua tengah tunggu keputusan pasal rumah sewa kat sana dari Ustad Sabli.  Insyallah, kalau dah pindah ke sana, saya akan kasitau semua ya.

Alhamdulillah, setakat ni semua okay kat sini. Cuma ada certain masalah sikit kat sini, pasal kad bank. Hari selasa lepas, kad bank HSBC saya kena tahan. Berurusan sana sini, masih tak dapat. Last-last mak kirim kad bank dia dengan saya. Insyallah, minta-minta itu pun tiada masalah. Mak kirim dengan kak Bahirah. Sempat lagi dia kasi intro pasal kakak tu. Dia kata Kak Bahirah tu student terbaik Medik tahun kedua. Woahh naik terus semangat mau jadi cam tu. Hehehe :D

Baru-baru saya kena tag oleh Kak Ann satu gambar. Nak tahu gambar siapa? Hehe Syaakirah. Wiwit dia dah pandai dah angkat kepala tegak. Huhu rindunya. Muka Syaakirah pun dah tembam tau. Hehe suka suka suka :)


Syaakirah, mak tam rindu Syaakirah la. Muah :D

Dan dan beberapa hari lalu saya dan kawan-kawan enjoy2kan diri sat. Hehe pergi tempat-tempat yang menarik especially tempat yang main game. Hehe :)

Nanti saya update dengan gambar gambar kami main ya.

Sekian.
Terima kasih.