Wednesday, May 4, 2011

Penyakit Yang Perlu Dielakkan Menjelang Peperiksaan

Assalamualaikum :)

Tengah blogwalking tadi, tiba-tiba terjumpa satu post yang bermanfaat inshallah bagi sesiapa yang bakal menempuh peperiksaan besar.


Waktu fatrah imtihan ni memang ada 2 penyakit yang selalu timbul, mungkin sebab terlalu tension study sampai syaitan dapat peluang nak goda manusia yang alpa ni :

1. Hasad Dengki
2. Su’ Dzon (Buruk Sangka)


Simptom-Simptom

1. Hasad Dengki
- Senang hati melihat orang lain susah
- Susah hati melihat orang lain senang
Ahmad senang hati apabila melihat Salim tidur tak study. Manakala, apabila dia ternampak Salim study, dia rasa tak senang hati.

2. Buruk Sangka
- Sentiasa mengesyaki segala tindakan orang
Ahmad menyangka Salim seronok apabila Salim ternampak dia tertidur.
Kesan2 penyakit ni sangat bahaya dan boleh memutuskan ukhuwah



Langkah mengatasi


1. Berlapang dada
2. Husnul Dzon (Baik Sangka)
3. Mengubati Hati


Ubat Hati


1. Baca Qur’an dan maknanya
2. Dirikanlah solat malam
3. Berkumpullah dengan orang soleh
4. Perbanyakkan berpuasa
5. Perbanyakkan zikir malam



Semoga kita sama-sama dikurniakan hati yang tenang dan dihindarkan dari godaan syaitan yang melampau.


Taken from here.

p/s : Aku dah dapat semangat yang baru. Alhamdulillah Usaha lagi ! :)

Monday, May 2, 2011

We are Not Twins !

Assalamualaikum :)


I miss you Kak Ann dan KadeQ !

:')

Enthusiasm

Assalamualaikum :)



Semalam beri banyak pengajaran buat aku. 
Pengajaran yang buat aku tersedar akan sesuatu.
Tersedar akan kesilapan selama ini.
Tersedar akan kekurangan dalam diri.
dan tersedar betapa lemahnya diri hamba ini. 

BANGUN LAH WAHAI KHALILAH !

p/s : Aku bersyukur dengan apa yang terjadi semalam. Mungkin silap aku sendiri. Kurang ini dan itu. Sekurangnya aku tahu macam mana gambarnya untuk menghadapi sesuatu yang lebih besar. YA ! Aku cuba perbaiki kelemahan ini. 

Inshallah.

Saturday, April 30, 2011

Bersama SC ke Tanta,Egypt

Assalamualaikum :)

Kemarin kami satu SC (group usrah) kena bagi surprise. Surprise la juga sebab kena bawa ke Tanta satu daerah yang tidak lah jauh sangat dari Zagazig, cuma mengambil masa 1 jam 30 minit sahaja. Jauh la juga tu kan. Ngehh :)


Bergambar kejap kat roof top rumah Kakak di Tanta.


Lebih kurang masjid jamek. Hee.

Masyallah. Cantik sangat masjid ni.

Kami melawat dua makam wali. Makam Syed Ahmad Badawi dan Makam Said Mujahid.

Dipercayai tapak kaki Rasulullah s.a.w




Next Station : Apple's Cafe.







Semoga ukhuwah kita berkekalan.

Inshallah Ameen !

Friday, April 29, 2011

Kelebihan dan Fadhilat Surah Pilihan

Assalamualaikum :)


SURAH AL-KAHFI (surah yang ke-18-mengandungi 110 ayat)
Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”

 SURAH AS-SAJDAH (surah yang ke-32-mengandungi 30 ayat)
Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata:”Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk”
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar.

SURAH YAASIN (surah yang ke-36-mengandungi 83 ayat) 
Daripada Ma’qil ! Ibni Yasar berkata:
“Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran”.

SURAH AD-DUKHAN (surah yang ke-44-mengandungi 59 ayat)
Daripada abi Hurairah r.a. berkata :nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya”.

SURAH AL-WAQIAH (surah yang ke56-mengandungi 96 ayat)
Rasulullah saw bersabda:
” Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi miskin selama-lamanya”

SURAH AL-MULK(surah yang ke-67-mengandungi 30 ayat)
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata:
“Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!”
Dan Nabi saw bersabda:
“saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku”.

SURAH AL-HASYR(surah yang ke-59-mengandungi 24 ayat)
Nabi saw bersabda:
“Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati syahid”

Terima kasih :)