Wednesday, October 5, 2011

Alexandria Mareeeh !

Assalamualaikum :)

Currently listening to Hingga Akhir Waktu, by Nineball. Nice sad song :')

Okeh now I have mood for sharing pictures that I took when we were having trip to Alexandria. yeah. *Walaupun cerita ni suda basi iaitu 3 bulan yang lalu tapi ehem tak salah kan ehem. Hee enjoy :)

Finished with "house-moving" process, my classmates did a plan to go there for about 3 to 4 days. We stayed at Rumah Sabah, and thanks to Nisa, Aimi, Dg Syazana, Burin and the rest for taking care of us by cooking us some food. Ehem hehe :)


City Centre, the first shopping mall we visited just after we arrived in Alexandria.


Then that night, Lily, Dayana, Khalid and I went to Green Plaza.


All of us went to "Montazah" on the next day. Awesome place to visit :)




The 3rd day, we enjoyed visiting Bibliotheca Alexandrina (library act.), beach and ate beriyani. :)


Nyum  nyumm :)

Okay thats all. 

Love , 
US.

Thank you.

Percaya Padaku

Assalamualaikum :)

Entah kenapa semangat mengupdate tetiba datang tengah malam buta ni. Phew. -.-

Okay aku rasa happy hari ni dari tadi pagi. Apa tidak, ayahku sayang kol biarpun masa tu jam 4 pagi.  Aku mengaku yang ini adalah pertama kalinya aku dapat panggilan direct dari ayah aku. Aku ambil kesempatan letak nombor Mesir aku di handphone dia masa bercuti di KL hari tu. Wee :)

Terima kasih pada mak dan ayah sebab percaya pada ilah dalam bidang perubatan ni. Walaupun bidang ni bukan satu bidang yang senang, tapi inshallah ilah buat yang terbaik. 

Okeh aku rasa aku tetiba homesick. Rindu mau main sama Syaakirah setiap petang. :')

Sangat rindu !

"You just have to be happy. If you are, everything else will fall into place"

Thank you.

Tuesday, October 4, 2011

Jangan Fikir Aku Menghilang

Assalamualaikum :)

Minta maaf banyak pasal tetiba ja mendiamkan diri dari mengupdate belog ni. Erk rasanya hampir tiga bulan dah belog ni terbiar sampai banyak kawan tanya pasal pa balik2 buka kek batik kek batik kek batik -.-

Okeh disebabkan terlampau banyak cerita yang aku mau share, jadi aku pun nda tahu mahu mula dari mana. 

Oleh itu, aku buat keputusan untuk simpan dulu cer cer tu, dan aku mahu mengambil kesempatan untuk mengucapkan bittaufiq wannajah kepada adikku tersayang, Mohd Syafiq bin Sapawi yang akan menghadapi PMR tahun ni. Buat yang terbaik, jawab elok2, banyakkan berdoa dan solat hajat tu. Minta maaf dengan mak ayah dulu sebelum buat apa2 pun. Ilah sentiasa doakan Syafiq di sini. Inshallah Syafiq boleh buat tu. Jangan oberkonpiden suda la ya.

Wee aku pula yang rasa nebes nebes sejuk. -.-


Ini adik aku yang aku maksudkan tu. Ya ya dia memang lagi tinggi dari aku. Aku kan kecil, comel lagi tu (sila tampar.hehe) Dan satu lagi, ramai orang kata muka aku sejibik macam adik aku. Adik beradik la katakan :)

Okay next time aku share storimori ya. See ya !

Terima kasih :)

Tuesday, July 5, 2011

Resepi Kek Batik

Assalamualaikum :)

Lama dah aku perhatikan kakak aku, Kak Ann buat kek itu, kek ini. Macam-macam kuih muih dah dia pandai. Macam best. Bukan macam, memang. Puding coklat durian, kek coklat, tart cheese, puding roti, eh macam-macam lah lagi. Mahu bandingkan dengan aku ni, pergh jauh beza kot. Aku bukan lah pandai sangat masak. Tapi ingat, part makan memakan ni, I number satu okeh (Sila tampar)

Tetiba satu hari tu entah kenapa aku ada mood mahu buat kek batik. Sebab rasa tidak mahu kalah kot. Eiseh -.-' haha. Aku masak tu sebab sahabat dari Alex datang tempat kami, Zagazig. Jadi saja buatkan dorang yang special sikit. Ehem special la sangat. Ehem.

Aku buat kek batik ikut resepi yang kakak aku selalu buat. Aku search la kat blog dia resepi. Meh aku nak share sikit macam mana nak buat :)

Okay tuan tuan dan puan-puan sekali,
Bahan-bahannya adalah seperti berikut : ( cewah ! )

  • 2 blok butter/mentega
  • 2 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 10 biji telur
  • 1 paket milo (paket kecil)
  • 1 tin susu manis
  • 500 gm biskut marie
  • Setengah cawan serbuk koko
  • Setengah botol browning **
(** Kalau bahan-bahan tersebut takde pun takpe :)

Cara-caranya ialah :

1. Gaulkan semua bahan jadi sebati dalam satu bekas. Ikut urutan dalm bahan-bahan tu lagi bagus. 

2. Kemudian masukkan ke dalam kuali. 
3. Gaulkan dengan api yg sederhana perlahan. Api jangan kuat sangat,nanti hangus pula.

4. Gaul/kacau lagi sehingga kelihatan berketul-ketul & campuran tidak melekat pada kuali.

5. Masa inilah paling sesuai untuk masukkan biskut marie supaya biskut tidak terlalu rangup atau terlalu lembik.

6. Setelah bahan campuran dan biskut menjadi sebati, masukkannya ke dalam bekas container atau dulang kek. Tekan sehingga adunan menjadi mampat di dalam bekas tersebut.

7. Biar dulu adunan tersebut di bawah kipas/udara selama 30-45minit sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.


Tadaaaa ^________^

Rasa dia kurang sikit la bab koko tiada. Jadi kurang kick gitu. Hehe. Sebenarnya ini kali kedua aku buat. First time aku buat untuk jadi makanan sample bagi orang Arab rasa masa ada satu program PCZ terlibat. Hehe.Sesiapa yang nak ikut resipi ni, selamat mencuba :)

Terima kasih.

Monday, June 27, 2011

Mohon Kekuatan Dari MU Ya Allah

Assalamualaikum :)


Aku memohon kekuatan dari Mu Ya Allah.

p/s : 2 hari lagi mau exam paper histo. Aku sedang berlawan dengan sakit aku sekarang. Cpox, demam, bengkak bawah mata, bengkak bawah telinga, pening. Semua dugaan Allah berikan.

 "Ujian Allah bagi utk orang terpilih. itu tanda Dia syg. :) "
 Thanks Wawan :')

Friends and family, 
Terima kasih atas semangat dan perhatian yang kamu berikan dekat aku sepanjang aku sakit ni. Sayang kamu semua :) Thanks again for your concern.