Monday, April 23, 2012

Once in Four Years 29 February 2012

Assalamualaikum :)

29 Februari 2012. Pizza 7days Zagazig. Khalilah Sapawi ft. Saiful Amri. Perghh :D








Terima kasih sangat-sangat semua :)

Sunday, April 22, 2012

Jelajah dari Zagazig ke Luxor Aswan

Assalamualaikum :)

27 Januari 2012. Winterbreak yang lalu. Benda dah lama. Ketinggalan la katakan. Tetapi setiap saat, minit, jam, hari, "pengalaman", cruise semua kompem tak dapat dilupakan. Awesome. Perghh. Eseh lebih-lebih pula kan. Hee enjoy !






Sempat naik HOT AIR BALLON. Winkwink :D


Thanks :)

Wednesday, January 25, 2012

L.A Here We Come

Assalamualaikum :)

A very quick update for today, tomorrow we'll be facing our last paper Anatomy for this second year midterm exam. Eseh speaking jap. Nak pergi LA kan, jadi kena latih cakap omputeh la katakan. Perghh. Ngahaha.XD


Cantik kan cantik kan ? Okay dari semalam aku feeling jambu2 sikit. Like serously aku sangat-sangat jatuh hati dengan bunga ros berwana hot pink gitu. Auw! Boleh-boleh aku pergi search semua image di google then download. Macam tiada kerja kan, padahal esok exam. Tolonglah Khalilah =.=' Tapi serius, cantik. Erk okbai ! Hehe :D

Baru-baru ni ramai orang makin pelik degan cuaca kat Mesir ni. Aku pun pelik lah juga. Okay gini, sepanjang aku duduk tinggal di Mesir ni (walaupun baru setahun jagung), hujan turun paling lama pun 5 minit kali. Tapi hari tuuu (entah bila tu) memang terkejut lah juga bilamana dari awal pagi hingga ke petang non-stop hujan. Oh ya, hari tu hari Jumaat, dan aku perasan hujan cuma berhenti masa solat Jumaat ja. Hurm then heboh berita Mesir ada turun "salji". KLIK SINI UNTUK VIDEO .Luar jangkaan suda tu. Mungkin pasal ni juga Mesir terutama Zagazig makin hari makin sejuk. Wallahualam. 


"We have our own Kundasang. Yeah!"
p/s : Ignore muka aku, sangat excited buat "asap asap" time tu. =.=''

Okay tiga paper sudah lepas. Setakat ni alhamdulillah sangat-sangat sebab dapat jawab soalan dengan baik. Cuma paper biochemistry tu kureng sebab tak sempat recheck. Tapi inshallah okay ja kali. *yakintetiba. Nama pun exam kan, baca hafal punya lah main banyak, sekali yang keluar cipuut semacam. macam 5 % jak dari yang dihafal tu. Tapi ndapa, orang kata belajar untuk ilmu bukan untuk exam. Ingat tu. Yeah !

Tengok meja aku clean and clear kan. Hahaha belum tengok lantai lagi ni, sepah dengan makanan buku sekalian. Okay exam kali ni, aku langsung ndak sentuh meja belajar aku. Mood aku lebih kepada belajar atas lantai dengan meja ala korea gitu. (Korea la sangat =.='') Situlah belajar, situ lah heater, situlah online. Yeah itu dia. Ngahaha XD

Okay kita cakap balik pasal LA. Sebut jak LA mesti ada yang ingat pergi Los Angeles ka, macam menarik kan. Sebenarnya L.A tu stands for Luxor Aswonn. Yelaah. Kite orang takde duit ler nak pergi jauh jauh macam ada orang tu pergi London gitu winter break ni. Yelah pergi lah, tak kesah. (Sila tampar) Hahaha Kebanyakan kawan kelas aku pergi LA ni, mak aku pun bagi green light, jadi aku pun excited. Satu rombongan dalam 20 lebih orang under agent Sunshine. FYI, Aswonn adalah tempat ke 15 tercantik di dunia. Huehuehue tak percaye ek, KLIK SINI. dan ni ialah jadual perjalanan sepanjang trip ke LA.

Itinerary 3 Nights / 4 Days Aswan --> Luxor (departs every Friday)

Day 1: Aswan

Embarkation before lunch. 
Then in the afternoon, 
visit the High Dam,
 the Unfinished Obelisk, 
sailing by Felucca & 
view of Agha Khan Mausoleum. 
Overnight at Aswan.

Day 2: Aswan /
Kom Ombo / Edfu


Sailing to Kom Ombo Philae temple in the morning and 
visit the temple shared by two Gods Sobek & Haroeris 
then continue on to Edfu. 
That afternoon, visit the temple of Horus and sail on to Esna. 
Overnight at Esna.

Day 3: Esna / Luxor

Morning sail to Luxor. 
Upon arrival in Luxor visit Luxor and Karnak Temples. 
Overnight in Luxor.

Day 4: Luxor

Disembarkation after breakfast. 
Cross the West Bank to visit Thebes Necropolis, Valley of the Kings, El Deir El Bahari of Hatshepsut and Colossi of Memnon facing the Nile.

Semoga dipermudahkan urusan dan keselamatan sepanjang perjalanan. Doakan kami ya ! :)
Ohya satu lagi, dua dua kakak aku Kak Ann dan Kadek dah balik Sabah, kerja kat Sabah. Kak Ann dapat jadi Ustazah. Alhamdulillah dan Kadek sekarang masih mencari kerja. Semua orang rumah dah complete kecuali aku. Sobsob tiapa lah, yang penting boleh skype selalu. Boleh lepas rindu tengok Syaakirah. Yehaaa :D

 Rindu rindu rindu semuaa :')

Okay doakan kejayaan kami semua di sini.
Terima kasih :)

Wednesday, January 4, 2012

MTC Zagazig 2011 | Sepia Mood

Assalamualaikum :)

Mesyuarat Tahunan Cawangan Zagazig 2011, 31 Disember 2011. Aku diamanahkan untuk menjadi AJK Unit Teknikal dalam mesyuarat ni. Tugas aku seperti biasa menangkap gambar sepanjang mesyuarat berlangsung. Dan tadi tetiba aku ada mood mengedit sebahagian gambar versi sepia. Eseh sepia la sangat. Enjoy :)




Okeh aku perasan sekarang adalah musim gadget. Ramai kawan2 aku dah beli handphone baru daaan kebanyakan dorang beli Sony Erricson Experia. Perghh. Dan aku pula gerigitan mau beli lens canon baru. Oh tidaaaak. Midterm exam dulu okeh. Fuhh >_<

15 hari lagi untuk ke exam midterm. Doakan kami semua di sini. See ya ! 


Terima kasih :)

Monday, December 26, 2011

Asal Ada Kamera baru, Memang Akulah Perasmi

Assalamualaikum :)

Okeh malam ni aku rasa malam yang sangat sangat panjang dan boring. Haih nothing to do dude,really ! Perghh tahek betul kan. Kena penampar baru tahu =.=' Padahal belambak lagi subjek yang aku kena baca, belajar, faham dan terus hafal. Oh ya, fyi tadi baru kena inform pasal tarikh midterm exam untuk pelajar medic tahun 2. 

Mid Term Exam's schedule.


19 Jan - Physiology
22 Jan - Biochemistry
24 Jan - Histology
26 Jan- Anatomy 


Kira punya kira adalah lebih kurang 23 hari lagi dan aku di sini masih lugai lugai lagi depan laptop, hadap facebook, chitchat sama kawan, biarkan buku sebelah dibiar terbuka. Okay fine Khalilah. Sudah-sudah la tu, belum ada kesedaran ka. Ingat aim kau tahun ni no more last minit kan, jadi wake uuup dude ! Astaghfirullah..

Ada kawan aku baru beli handphone Blackberry (bukan yang buah buah tu ya. ehem haha :p) tapi aku yang excited gila merasmikan camera handphone tu. Sejujurnya setulus ikhlas hati, aku sangat suka kamera hp tu. Seriuus. Tapi kan ehem ehem tak boleh tanding kamera handphone i la. I lagi suke kamera hp i sendiri (perghh sila tampar) jkjk :D Haha aku ni pantang sikit jumpa kamera, tak kira lah hp ka dslr ka camera compact ka mp4 ka semua aku layan.


Tuan handphone excited tangkap gambar kami malam dia beli handphone tu. Siapala tu kan :D


Ok tahun ni serius aku rasa bertambah sejuk banding tahun lepas. Tahun lepas aku still boleh tahan lagi pakai jaket kuar rumah pi kuliah tahan satu hari.Tangan pun sentiasa panas. Tahun ni extra sejuk pula, pergi kelas pun double triple baju di dalam. Tangan selalu sejuk. Ka aku yang dah makin kurus ? *winkwink. Haha :D

Okay esok kuliah. Malam ni tidur awal. 30 minit sahaja untuk post kali ni. See ya ! :)

Terima kasih.