Tuesday, December 15, 2009

No Time ! =.='

Assalamualaikum :)


PSI ! Tinggal ko jak lagi mau dijawab. =.='. hehe.Esok Rabu baru kami habes. Subjek Pendidikan Syariah Islamiah je lah yang tinggal sekarang. Dan lepas tu kami ENJOY! Arrr!








Huh. Banyak rancangan yang mau buat lepas ni. Tapi sangat terhad. Sebab 18 hb ilah dengan mak akan terbang ke Terengganu balik kampung. Wohoho ilah cuma ada sehari jelah untuk jalan2 ngan kawan2. =.='.


16 hb pagi : Pendidikan Syariah Islamiah Kertas 1 & 2.
!6 hb ptg : Main boling ^^
!6 hb malam : BBQ ngan GKM
17 hb Pagi : Shopping ngan Kawan sampai petang..
!7 hb malam : Kemas beg
!8 hb pagi : BALIK KAMPUNG ! yeahh ^^

hehehe. tak sabah la weh! heee k Salam. Sekian.

Sunday, December 13, 2009

Blogger :: Edit Layout

Blogger :: Edit Layout

Syafiq, ilah mau pulang suda !

Assalamulaikum :)


Nama : Mohd Syafiq bin Sapawi
Umur : 13 tahun (Tingkatan Satu)
Sekolah : SMK Tansau Penampang
Tinggal : Sebelah bilik aku jak .hehe.
Suka : Makan ! =.='

Syafiq ni anak bongsu lelaki ayah ilah punya isteri. Hee :) Adik ilah la ni. Sekarang ni dia duduk Terengganu sebulan sebab ada kursus Tahfiz kat Masjid Kristal Kuala Terengganu.

Syafiq,
ilah dan kawan2 GPM semua rindu kat Syafiq. we miss u so much lah ! :).

Rindu mau tengok gelagat syafiq. Rindu mau main2 dengan dia. Rindu mau gaduh2 ngan dia. Rindu mau kasi bangun dia setiap pagi walaupun sangat susah. Heh =.='. Rindu mau berebut makanan sama dia. Rindu mau duduk sebelah dia sambil tengok tv. Rindu mau berebut tempat duduk depan kereta. Rindu mau puluk2 dia. Rindu mau minum teh malam2 dengan dia. Rindu mau marah2 dia lambat mandi. Rindu mau tengok dia makan banyak. Rindu mau tengok dia beli Milo depan rumah. Rindu mau suru dia beli barang. Hee. Rindu mau share2 makanan sama dia dan makan di buaian depan rumah. Rindu mau nyanyi2 sama dia. Rindu mau belajar sama2. Ishhh banyak la lagi benda nak rindu kat dia ni. Sunyi tau rumah kalau tiada dia sebab syafiq ni kaki tv ckit. hehehe :)


" Ni la Masjid Kristal Kuala terengganu yang Syafiq tengah kursus tu" Cantik kann.. :)










p/s :

SYAFIQ, 18 hb ni ilah ngan mak balik Terengganu. We will see you soon.. !

Hehe. Sekian !

Wednesday, December 9, 2009

Assalamualaikum :)




Setiap malam pi library. Setiap malam pi library. Sampai ada yang kat kat ilah "ndak boring ka?". adedeii. Ilah ni kalau boring, buat apa pegi juga. Sebab ndak boring la setiap malam pegi. Tak pernah jemu. Tak pernah muak. Gambar kat atas tu lah geng-geng ilah kat library.


Dorang best. Susah mau cakap macam mana. Satu kepala. Satu rasa. Sama perangai. Gila-gila. Solat pun sangat-sangat di jaga. Open yang berbatas. Sama fabret lagu. Ada yang suka menyanyi. Ada yang suka bercakap. Ada yang suka ketawa. Ada yang suka loyar buruk. (hehehe).


ilah kawan dorang ni macam sepuluh tahun jak. bole dikatakan macam keluarga sendiri la. Mak ilah pun dah anggap dorang ni macam anak sendiri. wahal baru satu tahun ja berkenalan. Banyak aktiviti yang kami buat sama-sama.


Dan satu perkara yang ilah paling suka : Mereka Sangat Suka bergambar ! Yeah. Me toO :)

Sekian.

ilah

Tuesday, November 3, 2009

11 Jenis Manusia Yang diDoa Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah :

1. Orang yang tidak dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya : " Sesiapa yang tidur dalam keadaan yang suci, malaikat akan bersamanya dalam pakaiannnya. Dia tidak akan bangun sehingga malaikat berdoa,'Ya Allah, ampunilah hamba-Mu ini kerana tidur dalam keadaan suci' "

2. Orang yang sedag duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : " Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya : "Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah dia"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan "

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah.
Rasulullah bersabda, maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf"

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah bersabda,maksudnya : "Jika seorang imam selesai mambaca al-Fatihah, ucaplah oleh kamu 'amin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu"

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat"

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari ( yang sudah betugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari ttap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang betugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka, " Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab," Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat."

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya : "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya,setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'amin' dan engkau pun mendapat apa yang ia dapatkan"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya : " Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata : "Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak"

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat kepada orang yang makan sahur"

11. Orang yang sedang melawat orang yang sedang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan waktu malam hingga Subuh"

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai bersama. Amin.

:: ilahpeace292 :) ::