Monday, December 19, 2011

Merapu Sekali Sekala Bukan Salah Kan

Assalamualaikum :)

Rasa rindu la pula mahu update blog setiap hari macam masa muda-muda dulu. Eseh sekarang pun masih muda okeh. Ehem. Hee sekarang rasanya banyak dah benda yang aku rasa lagi penting dari update belog ni, lagi2 kalau dah masuk bab study. Tahun ni honestly aku kata tahun yang serius kot untuk aku. Kena push berabis tahun dua ni, satu pasal subjek dah makin susah dan makin banyak, dua kalau tak pass (nauzubillah!) exam tahun dua ni, tak boleh naik tahun tiga tau. Nauzubillah. Sama2 kita doakan usaha dan semangat tahun ni akan terus istiqamah dan berpanjangan dan inshallah mengharap agar diberi ganjaran kecemerlangan dalam setiap ujian dan peperiksaan kita. Ameen ya rabb :)

Erk bab facebook pula, kita ketepikan dulu ya. Ehem ..:p

Minggu ni minggu ujian bagi tiga subjek, Physiology practical, anatomy dan histology.Dalam banyak2 subjek ni, subjek histology sahaja yang ada mark yang nak dicarry ke result final exam. Carry mark orang bilang. Dan alhamdulillah sangat dapat juga jawab soalan2 test histo ni. Aku tekad tahun ni aku akan berusaha untuk tidak belajar last minit, seriuss. Dapat jawab ke tak, itu soal kedua. Yang penting kita dah usaha habis-habisan kan. Allah tak lihat pada hasil, Allah akan lihat akan usaha yang kita lakukan itu. :)

10 hb Disember yang lalu, dari pagi ke malam aku join program-program dalam Fiesta Perubatan Cawangan Zagazig(PCZ). Pagi tu, Seminar Motivasi Kerjaya oleh Dr Jamnul Azhar Bin Mulkan. Petang pula ada Majlis Anugerah Cemerlang dan malam pula ada dinner amal Viva La Palestina. NONSTOP! haha :D








Ini lah MC dinner amal Viva La Palestina. Yang paling kanan, Wawan dan yang tengah tu, Liyana khalisa adalah classmate aku. *tetiba rasa bangga. Wink wink :D


Baru-baru ada dua sahabat sekelas aku yang ditimpa musibah. Syafakillah buat "Dr. Dull" dan "Dr S". Aku sangat bangga tau sebab dorang dapat menempuh dugaan yang datang ni dengan penuh sabar. Semua ujian yang Allah bagi dekat kamu dua adalah tanda yang Allah sayangkan kamu tahu. Jan sedih2. Kepada Dr S, hati-hati kau balik Sabah. Kami di sini sentiasa mendoakan keselamatan dan kesihatan kau, seriuus rindu pula rasa tetiba. Sempat juga aku pergi lawat kau terus kita nyanyi2 di dapur kan tengah2 masak. Anduuu sedhh pulaa. Laju2 kau balik aah, jangan lupa bawa makanan. Ehem. hehe jk :D

Kepada adikku Syafiq pula, nda lama lagi mau keluar keputusan PMR. Ilah doakan Syafiq mendapat keputusan yang cemerlang. Inshallah. Kasi kalah ilah tau, kasi nangis mak teruuus. hehe :D


Panjang kan entry aku kali ni. Bukan selalu kamu dengar aku membebel, lain lah kalau satu rumah dengan aku. Wakaka. Okay next entry, aku pun ndak tahu bila. Midterm exam ndak lama lagi, inshallah akhir bulan satu. Mau stuuudy berabisan ni. Hehe okay salam sayang untuk semua.

Saya sayang semua kerana Allah :)


Terima kasih.

0 comments: